Kalendar IKRAM PJ

31 December 2010

Selamat Pulang Para Hujjaj IKRAM Petaling Jaya

IKRAM Petaling Jaya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli IKRAM PJ yang telah berjaya melalui ibadah haji di tanah suci Mekah tempohari:
1. Mohd Noor dan Roslizar (isteri)
2. Akram dan Ainil (isteri)
3. Tidak dilupakan Nazaruddin (PSU) yang melakukan haji untuk ayahnya.


Semoga Haji Mabrur!

11 December 2010

Ucapan Tahun Baru oleh Ketua Wanita IKRAM- Ustazah Maznah Daud

Ikhwah dan Akhawat

Hari ini kita baru menjejakkan kaki di gerbang 1432. Syukur kepada-Nya kerana masih memanjangkan usia kita sempat melihat terbenamnya matahari 1431. Mudah-mudahan ia turut membenamkan duka lara akibat kealpaan dan kecuaian kita sepanjang tahun yang lalu. Dan munculnya matahari 1432 akan menggilapkan azam dan tekad di dalam diri kita untuk berjuang dan berkorban demi mendaulatkan Syariah di persada dunia.

1432 hijriah membawa maksud 1445 tahun sudah Islam diturunkan ke muka bumi. Selama itulah cahaya kebenaran itu dipancarkan dari langit dan dinyalakan di persada bumi. Dan dari semenjak itu cahaya kebenaran itu tidak pernah terpadam meskipun pelbagai percubaan dilakukan oleh musuh-musuh untuk memadamkannya. Dan sesungguhnya ia tidak akan padam buat selama-lamanya.

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Maksud As-Saff:8)

Seluruh umat bersepakat bahawa Hijrah merupakan satu noktah penting dalam perjuangan menegakkan din Allah di muka bumi ini, satu lonjakan saujana dalam penyebaran dakwah dan pemantapan aqidah di seluruh pelusuk dunia.

Hijrah adalah lambang ketulusan iman, kemurnian hati dan kejernihan jiwa. Hati yang benar-benar telah berjaya disucikan dari karat-karat jahiliah, jiwa yang telah lulus piawaian Ilahi terhindar sepenuhnya dari saki baki najis syirik dan nifaq.

Hijrah adalah manifestasi kebenaran iman yang didakwa bersarang di dalam dada, mercu tanda sahihnya pengakuan seorang hamba bahawa tiada ia bertuhan kecuali pada Yang Esa.

Hijrah adalah syarahan kepada maksud kalimah pengorbanan dari segala seginya!

Ikhwah dan Akhawat

Meneliti kisah-kisah yang tertulis di dalam sejarah mengenai peristiwa hijrah membuatkan lidah terasa kelu dan tangan terasa kaku. Tidak mampu untuk kita mengungkapkan betapa besar pengorbanan yang telah mereka curahkan, betapa hebat sumbangan yang telah mereka taburkan. Dapat dibayangkan betapa kesedihan yang terpaksa ditanggung kerana meninggalkan tanah air tercinta. Lebih-lebih lagi tanah air yang ditinggalkan itu bukan sebarangan tempat, ia merupakan tanah haram yang dimuliakan, tanah haram yang terbina di atasnya Rumah Allah yang agung. Betapa pilu dan rindu bagaikan tidak tertanggung. Hal ini diceritakan oleh Sayyidatuna Aisyah r.a. dengan katanya: setibanya Rasulullah s.a.w. di Madinah, Abu Bakar dan Bilal jatuh sakit. Aku menziarahi keduanya dan bertanya, “bagaimana keadaanmu, ayahku? Dan bagaimana keadaanmu wahai Bilal?”

Aisyah menyambung ceritanya dengan berkata: Adapun ayahku Abu Bakar, setiap kali demamnya memuncak dia akan bermadah:

Setiapa insan berada dalam kalangan keluarganya

Sedang kematian lebih dekat kepadanya daripada tali kasutnya.

Manakala Bilal pula mencurahkan kerinduannya menerusi rangkap-rangkap syair:

Aduhai alangkah rindunya

Adakah mungkin aku akan bermalam walau satu malam Cuma

Di satu lembah dan di sekelilingku pokok izkhir dan jalil?

Adakah mungkin suatu hari nanti aku meminum air dari Mijanah?

Adakah mungkin nanti aku akan dapat melihat Syamah dan Tufayl?

Pengorbanan yang tercurah bukan dari golongan tertentu. Seluruh ummah berpadu memberikan segala yang termampu tanpa mengira lelaki dan wanita, golongan tua dan muda, dewasa, remaja dan kanak-kanak, kaya dan papa, bujang dan berkeluarga. Keluarga Abu Bakar r.a. adalah sebaik-baik contoh dalam hal ini.

Ikhwah dan Akhawat,

Bagi akhawat khususnya, kedatangan tahun baru hijrah kali ini menjadi lebih bermakna. Hanya beberapa hari saja lagi akan berlangsungnya PATWA yang merupakan detik permulaan tertubuhnya sayap wanita IKRAM. Mampukah kita menjadikan penubuhan sayap ini sebagai suatu landasan meluncurkan dakwah ini hingga berjaya mencapai puncaknya sebagaimana hijrah ar-Rasul menjadi titik permulaan tertegaknya Negara Islam yang pertama?

Buat ikhwah, terutamanya yang masih ragu dan teragak-agak untuk mengizinkan teman hidupnya bergiat aktif di dalam dakwah, jadikan peristiwa hijrah ini sebagai cermin. Lihat betapa Islam sentiasa menampilkan wanita sebagai pemegang watak utama dalam setiap peristiwa besar yang menjadi mercu tanda kebangkitan Islam. Orang yang pertama beriman, yang pertama syahid mempertahankan iman, yang menyiapkan bekalan untuk Sayyidil-Mursalin berhijrah menuju tapak pembinaan Negara Islam.

SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BARU YANG MEMBAWA KITA SEMAKIN HAMPIR MENGGAPAI WAWASAN.

Ukhtukum fillah

Kak Maznah

6 jam 35 minit sebelum terbit fajar 1 Muharram 1432

Riadhah badminton 12/12/2010

Anak-anak Jiluna dan ikhwah...

Riadhah badminton Jiluna bersama ikhwah sepertimana berikut:

Tarikh : Ahad 12/12/2010

Tempat : Kompleks Sukan Kelana Jaya, SS 7

Waktu : 5pm-7pm

Boleh bawa pakaian bersih. Ada bilik persalinan dan mandi. Boleh terus solat
maghrib di Masjid Tengku Kelana Jaya Putra lepas main. Kalau mula awal, boleh habis
awal dan minum-minum teh tarik lepas main.

Anas Fauzi
b/p Jiluna dan Akh Noorulameen (Chief Riadhah)

10 December 2010

Perkhemahan Wanita IKRAM PJ


Perkhemahan Wanita IKRAM PJ

TARIKH
11-12 Dec 2010

BERSAMAAN
5-6 Muharram 1432H

TEMPAT
Pondok Impian
Kg Janda Baik , Bentong, Pahang

ANJURAN
WANITA IKRAM PJ


OBJEKTIF
  1. Mewujudkan hubungan Ukhuwah Islamiyah yang berterusan antara semua wanita IKRAM Petaling Jaya
  2. Menyuburkan kepedulian akhawat terhadap isu-isu dalam persekitaran masyarakat.
  3. Mendedahkan dan melatih akhawat dalam penglibatan aktivitisme dakwah ilallah
TEMA:

“Kelestarian Tarbiyah, Kecemerlangan Dakwah ”

Semua peserta diminta berkumpul di MASJID UIA PETALING JAYA jam 8 pagi. Taklimat akan diadakan disitu. Mohon semua menepati masa. Moga dipermudahkan Allah.

Terima kasih.

-Ustazah Hanida Abdul Samat-
Ketua Wanita IKRAM PJ

Forum maal hijrah IKRAM & MASJID MUJAHIDEEN Damannsara Utama



SEMUA AHLI IKRAM dan Umat Islam dijemput hadir beramai-ramai ke majlis FORUM PERDANA sambutan MAAL HIJRAH, anjuran MASJID MUJAHIDEEN DAMANSARA UTAMA dan IKRAM:

10 DISEMBER 2010 (Jumaat)
Jam 7.30 malam lepas Solat Maghrib.
Di Masjid Mujahideen Damansara Utama.

Panel: Prof Madya Dr Fauzi Deraman & Us Abdul Muhimin Hj Shahar Al-Hafiz.
Moderator: Ust Fauzi Asmuin, YDP IKRAM PJ.
Terima kasih
-Assoc. Prof. Dr. Abdul Rahman Chik-
TYDP IKRAM Petaling Jaya

04 December 2010

Futsal 8.00 am Ahad 05/12/2010 di Kolej 12 Universiti Malaya (UM)


Dijemput bersama-sama berfutsal di Kolej 12 terletak sebelum Pusat Sukan UM. Sila turun beramai-ramai!

PIC futsal Muhaimin 013-3605484.

-Ameen-
JK Riadhah IKRAM PJ

25 November 2010

Bengkel Badminton Anak-anak IKRAM PJ.. Abang-abang dan bapak-bapak pun boleh join..

Ikhwah/akhawat yang dikasihi,

Insya Allah, sekretariat Jiluna (anak-anak) IKRAM PJ akan mengadakan pertemuan berbentuk
rekreasi santai ringkas untuk anak-anak Jiluna Banin dan ikhwah sepertimana
berikut:-

Konsep : Klinik badminton, sesi minum teh tarik dan halaqah ringkas (jiluna).

Tempat : Masjid Tengku Kelana Putra, Kelana Jaya & Kompleks Sukan Kelana Jaya.

Tarik : 28/11/2010 (Ahad) bermula jam 4.20 petang (solat asar)

Tentatif ringkas:-

4.20 pm : Solat asar berjamaah & halaqah ringkas utk jiluna

5.15 pm : Main badminton

6.30 pm : Minum teh tarik & makan roti canai

7.00 pm : Solat maghrib berjemaah (siapa nak balik lepas minum pun ok)

Insya Allah, sesi permainan badminton akan dikelolakan oleh Akh Rizal Gunx (dia
ni kira expert lah jugak sebenarnya, selain expert dalam fotografi dan
pembikinan filem pendek dan merupakan blogger indi yang agak gempak juga).

Beliau akan menunjuk ajar sedikit sebanyak teknik-teknik permainan badminton
yang betul.

Kompleks Sukan Kelana Jaya adalah bersebelahan dengan Masjid Tengku Kelana
Putra, Kelana Jaya (satu pagar dgn masjid, masjid tepi tasik) dan ikhwah dan
anak-anak boleh bawa salinan bersih untuk mandi dimasjid selepas main badminton.
Kompleks ni juga bersebelahan dengan taman tasik rekreasi (ada taman permainan
kanak-kanak).

Kami telah menempah 2 gelanggang badminton untuk tempoh dua jam (5pm - 7pm) dan
ikhwah yang berminat amat-amat dialu-alukan untuk join (satu court untuk Jiluna
dan satu court untuk ikhwah).

Jom siapa-siapa yang nak join, terbuka, ada dua gelanggang, dua jam...

Wassalam...

ANAS FAUZI
b/p AJK IKRAM PJ

17 November 2010

Eid Mubarak..Semoga Allah menerima amalan kita...

17/11/2010. Sempena hari lebaran yang mulia, IKRAM PJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya- Eid Mubarak. Bagi yang bercuti ke kampung, jangan tergesa-gesa, berhati-hati di jalan raya..jangan lupa membaca doa perjalanan. Sekiranya letih, berehat sebentar di RNR.

Bagi yang tidak pulang jauh, masih berada di persekitaran Lembah Kelang, marilah sama-sama membantu bergotong-royong melaksanakan qurban di surau-surau dan masjid-masjid. Jangan hanya terpaku di hadapan TV di rumah- sungguh malang! Orang lain diseliputi dengan pahala dan keberkatan ketika darah qurban terpalit ke tubuh, kita hanya termanggu dibelengu dosa di hari mulia...

Aktiviti Qurban IKRAM PJ- WAMY dan DUN Taman Medan yang sepatutnya berlangsung hari ini, dianjakkan oleh Pejabat DUN Taman Medan ke Sabtu 20 November 2010- di hadapan Pejabat DUN Taman Medan, PJS, Petaling Jaya. Hari ini yang berkesempatan marilah sama-sama membantu aktiviti Qurban di Riadatus Sakinah, Sungai Buloh.

Semoga Allah menerima amalan kita. Kul am wa antum bikhair.

Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahu akhbar, walillahilhamd.

-IKRAM PJ-

15 November 2010

Aktiviti terdekat IKRAM PJ

Sukacita dimaklumkan ttg program anjuran IKRAM PJ & kerjasama dgn pihak lain spt berikut :-

1. Programm Qurban anjuran bersama IKRAM PJ, WAMY & Pejabat ADUN Taman Medan
Tarikh: 17 Nov 2010(Rabu)
Masa : Selepas Solat Sunat Aidil Adha
Tempat : Perkarangan Pejbt ADUN Taman Medan di PJS 3.

2. Program Qurban anjuran bersama IKRAM PJ, WAMY, RS S'gor & JK Kampung
Tarikh: 17 Nov 2010(Rabu)
Masa : Selepas Solat Sunat Aidil Adha
Tempat : Rumah Perlindungan RS S'gor di Kg Kubu Gajah, Sg Buloh

3. Sunathon anjuran JK Masjid Masjid Muhtadin, Damansara Damai dgn kerjasama IKRAM PJ & Hospital Pakar An Nur, Bdr Baru Bangi
Tarikh : 28 Nov 2010 (Ahad)
Masa : 9.00pg
Tempat : Masjid Muhtadin, Damansara Damai

Dijemput semua ahli IKRAM PJ hadir ke program2 yg dinyatakan di atas.

Mohd Kamal Mohd Rathi
Setiausaha IKRAM PJ

13 November 2010

Riadhah brothers- 14/11/2010

Diharapkan semua dapat turun riadah pagi 8.00 am ahad di padang sebelah stesen petronas jalan PJS 1/25 Taman Medan, berdekatan pejabat ikram PJ. Ana tengok pagi Ahad takda orang yang main or pakai padang so insha-Allah kita akan mulakan riadah kita yang sulung. doakan semuanya berjalan lancar.

Ameen
0133303132

11 November 2010

MISI 2 DERU (Disaster and Emergency Response Unit)- Siri 1

6 November 2010, 8AM

Alhamdulillah Misi 2 DERU team pertama telah tiba di Kedah jam 3.30 pagi. Bermalam di Guar Cempedak rumah keluarga akhi Hasbullah.

Pasukan ini mengandungi 3 buah kenderaan membawa 5 Ikhwah & 9 akhawat KARISMA.

Setelah mendapat pengesahan dari akhi Mazlan Desa, pasukan kami telah ditugaskan utk mengikuti Ustaz Suhaimi ikhwah tempatan bagi tugasan selanjutnya. Tempat berkumpul di Petronas Guar Cempedak. Pasukan kami juga akan disertai oleh grup akhi Zulkifli Ahmad(Cheras) bersama 2 buah kereta yg juga tiba awal pagi & bermalam di Yan, Kedah (rumah keluarga akhi Zul)

Sedang bersarapan pagi di sini.

Wassalam.

Mohd Kamal Mohd Rathi
SU IKRAM PJ,
Bendahari IKRAM Selangor

08 November 2010

TERKINI: Mukhayam Aulad (kanak-kanak) IKRAM PJ/SJ

Ini adalah maklumat tambahan untuk hebahan awal: Jaulah Aulad IKRAM PJ/SJ

Mukhayam Aulad PJ dan SJ

Tempat: Kem Kersani, Johor.
Tarikh : 27 - 28 Nov 2010
Bayaran : RM 50 seorang
Peserta : Banin 9 - 11 tahun
Banat 9 - 10 tahun (dibuka penyertaan kepada banin 12 - 13 tahun dan banin/ banat 8 tahun yang ada abang/kakak yang turut serta dan boleh berdikari dalam khidmat diri sekiranya ada kekosongan)

Ahli IKRAM PJ sila daftar kepada: kalsomarif@gmail.com (0123877320)
Ahli IKRAM SJ sila daftar kepada: norasiah@tmsk.uitm.edu.my (0133623889)

Rayuan kutipan derma untuk mangsa-mangsa banjir Kedah dan Perlis

Seperti yang kita semua maklum, saudara-saudara kita diuji Allah dengan banjir di Utara dan Timur. Negeri-negeri yang paling teruk terjejas ialah Kedah dan Perlis. Lebih 30,000 orang telah dipindahkan dan ditempatkan di pusat-pusat perlindungan untuk mangsa-mangsa banjir. Ada juga yang tidak dapat berlindung dan terpaksa mendirikan khemah-khemah di perhentian bas dan sebagainya.

Namun apabila banjir surut, satu perkara yang sering menjadi beban kepada mereka: kerja-kerja membersihkan rumah.

IKRAM telah mengadakan bilik kawalan berpusat untuk mengkoordinasikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, khas ketika pasca bencana.

Oleh itu, sumbangan kewangan dari para dermawan yang membaca blog ini amat penting untuk membantu mereka. Wang yang diperolehi akan digunakan untuk membeli peralatan membasuh di samping menghulurkan derma kepada mereka yang terjejas.

Sumbangan boleh disalurkan kepada IKRAM Petaling Jaya:
Sila sms kepada Quziharris (Bendahari) 013-3479694 sekiranya derma telah dimasukkan ke dalam akaun IKRAM PJ.

Semoga Allah merahmati dan menambahkan rezeki untuk hamba-hambaNya yang dermawan.

-IKRAM PJ-

04 November 2010

Takziah buat Akh Shahrudin Omar...

4 November 2010
JOHOR, IKRAM PJ mengucapkan takziah kepada Akh Shahrudin Omar di atas kepulangan ibunda tercinta beliau pagi tadi 1:40am di Hospital Besar Johor Baharu, kerana uzur.

Takziah juga kepada isteri beliau- Haniza Mohd Talha dan ahli keluarga semuanya.

Sama-sama kita doakan Allah memberikan kesabaran kepada keluarga Akh Shahrudin di atas kehilangan ini dan dicucuri rahmat ibunya- tergolong di dalam golongan orang-orang yang dilindungi Allah di akhirat kelak.

Jenazah akan disempurnakan pengebumian di:
KM15 JA 5443,
Kampung Seri Minyak
Melaka

Rumah bersebelahan kubur dan surau.

-IKRAM PJ-

31 October 2010

Hebahan awal.. Mukhyyam Khariji AKhawat (Perkhemahan luaran wanita) IKRAM PJ

Tarikh : 11-12 disember 2010
Sasaran : Ahli Biasa, Ahli Aktif dan Ahli Teras
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian
PIC: Dr. Melasutra dan ukhti Fauziah Agos

Hebahan Awal: Jaulah Aulad (kanak-kanak) IKRAM PJ/SJ


Tarikh : 27-28 Nov 2010
Tempat : Kersani Segamat Johor
Yuran : RM50
Pendaftaran : Kak. Com - kalsomarif@gmail.com - 012 3877320

Hebahan awal..Jaulah (Jalan-jalan) Jiluna Banat (Anak-anak perempuan) IKRAM PJ/SJ


Tarikh : 27-28 Nov 2010
Tempat : Dorani Homestay Sabak Bernam
Sasaran : Jiluna Banat berumur 11-17 tahun
Yuran : RM 65
Pendaftaran : Hubungi- Ukhti Fauziah Baharuddin - 019 6024468

-Wanita IKRAM PJ-

29 October 2010

Perkongsian pengalaman 3 aktivis AQSA2GAZA




InsyaAllah perkongsian pengalaman bersama 3 aktivis AQSA2GAZA yang telah berjaya memasuki Gaza tempohari akan diadakan seperti berikut

Tarikh: 31hb Oktober 2010 (Ahad)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama, Petaling Jaya

Oleh:

Sdr Azmi Katiman (Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Subang Jaya)
Sdr Mohd Yusuf Ahmad (Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif KL)
Hj Norazmi Talib (Aktivis Aqsa Syarif Sepang)

Moderator:
Ustadz Idris

Anjuran:
IKRAM Selangor & Aqsa Syarif Selangor

Dengan Kerjasama
Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama, Petaling Jaya

Dijemput semua ikhwah dan akhawat bersama keluarga dan rakan-rakan bersama mendengar perkongsian ini.

26 October 2010

Selamat Pulang para pejuang Palestin! (25/10/2010)


KLIA SEPANG, Kira-kira 100 orang hadir untuk menyambut kepulangan para sukarelawan AqsaSyarif yang telah 40 hari berjuang untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Para sukarelawan ini adalah sebahagian dari Misi Kemanusian VivaPalestina5 sedunia.

Beberapa wakil IKRAM PJ juga berkesempatan menyambut kepulangan para pejuang ini.

Misi VivaPalestina5 kali ini Alhamdulillah telah berjaya menyerahkan 140 buah kenderaan yang sarat dengan bantuan makanan, perubatan dan alat tulis seberat 500 tan. Seramai 400 orang sukarelawan dari seluruh dunia telah berjaya melepasi sekatan ke Gaza. Perjalanan mereka bermula dari United Kingdom ke Perancis, Itali, Greece, Turki, Syiria, Mesir dan akhir sekali Gaza, Palestin. Konvoi ini mengambil masa 6 minggu untuk sampai menggunakan jalan darat dan air.

Semoga Allah merahmati usaha kerdil kita membantu membebaskan bumi Palestin yang dijajah.

IKRAM PJ mengucapkan tahniah kepada semua sukarelawan yang terlibat. Terima kasih tidak terhingga- balasan Allah yang lebih baik untuk semua yang menyumbang untuk menjayakan misi yang bersejarah ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari:
1. www.aqsasyarif.com
2. www.vivapalestina-my.org

Untuk beberapa gambar di KLIA layari:
facebook.com/ikrampj

24 October 2010

PERUTUSAN PRESIDEN IKRAM 2010

Sempena Ulang Tahun Pertama Pendaftaran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

15 Zulkaedah 1431 bersamaan 23 Oktober 2010

بسم الله الرحمن الرحيم ...... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya, melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai al-Din, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah………. Amin!

Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), anggota keluarga mereka, seluruh ummat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t, memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan ummah yang kita sayangi.

Semalam tanggal 22 Oktober 2010, ulang tahun pertama pendaftaran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) diluluskan Pendaftar Pertubuhan. Kita semua sejak tarikh 22 Oktober 2009 yang lalu telah memperolehi sebuah wahana perjuangan yang dapat dimanafaatkan untuk memperkasakan perjuangan menegakkan Islam kembali gemilang menaungi manusia dan alam dengan kehendak Allah s.w.t dengan rahmat dan keadilanNya.

Masa berlalu dengan cepat, kesibukan kita menguruskan transformasi entiti kita kepada IKRAM, pelancarannya di pusat, negeri dan cawangan-cawangan serta meletakkannya di atas landasan perjalanan yang terancang untuk mengejar visi dan menyempurnakan misi membuat kita terlupa tarikh kelahirannya semalam.

Ulang tahun kelahirannya yang merupakan tarikh keramat kepada kita semua. Permulaan era baru yang menuntut kerja-kerja keras, pengorbanan maksimum, dalam laluan mengkhidmati Islam, ummah dan manusia, pengabdian kepada Allah tahap tinggi sejajar dengan tuntutan masa dan situasi cabaran-cabaran getir yang sedang dihadapi ummah agar ummah kembali berada di posisinya yang mulia, memimpin ummat manusia menuju keredhaan Allah s.w.t, pencipta alam semesta.

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

22 October 2010

Selamat hari lahir... IKRAM- 22 Oktober 2010


Hari lahir yang pertama..semoga Allah berkati dan memberikan kita kekuatan untuk terus beramal mencapai keredhaanNya.

Tarbiah wat takwin tariquna lit tamkin.

Tarbiah dan pembentukan jalan kami ke arah kejayaan.

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Allah Matlamat kami
Ar-Rasul contoh kami

Al-Quran panduan kami

Al-jihad jalan kami

Mati di jalan Allah cita-cita utama kami

Aktiviti Pemuda IKRAM PJ- Ziarah Tokoh 16/10/2010

ZIARAH TOKOH
PAK CIK SYED IBRAHIM & DR. MELASUTRA
SABTU, 16/10/10
9.00 PAGI -2.00 PTG
BANDAR SRI DAMANSARA
6 ikhwah, 13 akhawat

Alhamdulillah, dengan izin Allah konvoi yg disertai pimpinan K-UM, K-PJ dan KAFA UM telah sampai ke teratak dua tokoh ini.

Bertentang mata dengan mereka merupakan perkara yang bermakna dan semangat pejuang dapat dirasakan dalam setiap getaran suara pak cik & mak cik.

Sesi dimulakan dengan ta’aruf yang dikendalikan oleh akh Fattah.



Melalui sesi ini, pak cik berkongsi cerita disebalik nama Syed dan Al Habshi. Makcik Mela pula bercerita disebalik namanya, MELASUTRA=Melaka + sumatera, juga kaitannya dengan tokoh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Darah pejuang mengalir dalam diri mereka.




Sesi makan-makan. Sedapnya sambal sotong + rendang… (syukran pada makcik Mela yang bekalkan kami makanan untuk bawa pulang)


Perkongsian oleh pakcik Syed (lengkap dengan slide show).Inilah gaya pemimpin. Buat sehabis baik!!

Sesi perkongsian menjurus kepada pengalaman pak cik ketika berada di US, dan bagaimana berlakunya proses perubahan kepada aktivis dan menjalani proses pentarbiyahan : ‘from Zero to HERO’.

Pesan pak cik :
  1. Kita perlu berani kehadapan dan kita tak kan tahu kemampuan kita selagi kita tak mencuba (rahsia pakcik sebagai pengerusi GMI)
  2. Mantapkan amal fardhi
  3. Tidak tahu untuk bercakap dikhalayak ramai? – latih diri (pakcik selalu di’kerah’ oleh naqibnya untuk bercakap)
Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang mukmin yang mengaku pejuang Allah:
1. ikhlas
2. sabar
3. istiqamah
4. tidak putus asa
5. berani mencuba
6. ingat 5 sebelum 5

Akhawat berkesempaan bergambar bersama sebelum pulang












*Makcik Mela cakap, lain kali nak buat sesi khas untuk akhawat.. nak sharing pasal macam mana kehidupan dia tahun pertama pulang ke Malaysia*


"Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi MU, bertemu untuk mematuhi perintah MU, bersatu memikul beban dakwah MU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.kekalkan kemesraan antara hati-hati ini,penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani MU yang tak kunjung malap,lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMU, suburkanlah hati ini dengan ma'rifah tentangMU,Matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."


~sekian~


-Pemudi IKRAM PJ-

20 October 2010

Salam Takziah buat Ustaz Roslan di atas pemergian ayahandanya..

20 Oktober 2010
Bapa Ustaz Roslan Mohamad, ahli IKRAM PJ telah meninggal dunia pada jam 7 petang semalam.

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ucapan takziah buat Ustaz Roslan Mohamad & seisi keluarga.

-YDP IKRAM PJ-

19 October 2010

Makluman Awal- Mukhayam Ahli Biasa IKRAM PJ (lelaki) 6-7 November 2010

Mukhayam atau perkhemahan untuk Ahli Biasa IKRAM PJ (lelaki) akan diadakan pada 6 - 7 November 2010.

Tempat belum dimaklumkan oleh AJK Mukhayam, mungkin untuk "suspen".

Tandakan kalendar anda pada tarikh ini. Jangan ke mana-mana, hanya ke Mukhayam Ahli Biasa IKRAM PJ!

16 October 2010

Laporan Mesyuarat JK Daerah Petaling Jaya yang ke-4


15 Oktober 2010

PETALING JAYA - Jawatankuasa Daerah IKRAM Petaling Jaya telah mengadakan mesyuarat ke-4 pada 10 malam bertempat di Pejabat IKRAM Petaling Jaya PJS3 Taman Sri Manja. Seramai 10 orang AJK telah hadir.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada bulan hadapan.

14 October 2010

Takziah buat Cikgu Azmi

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji'un
Bapa mertua Cikgu Azmi (Mohamad Azmi Che Musa), ahli Aktif IKRAM Petaling Jaya meninggal dunia pada petang 13 Oktober 2010.
IKRAM PJ mengucapkan takziah kepada Cikgu Azmi, isteri- Puan Norliyana Abdul Rahman dan keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Ameen ya rabbal a'lameen.

13 October 2010

Ibadah Qurban di Acheh, Kemboja dan Vietnam




Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) membuka peluang untuk saudara dan saudari untuk membuat ibadah Qurban di Acheh, Kemboja dan Vietnam.

Sesungguhnya melakukan amal kebajikan di tempat yang lebih memerlukan adalah mulia di sisi Allah.

Dalil:
“Barang siapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berqurban, maka janganlah dia
menghampiri tempat solat kami.” (Hadith riwayat Ahmad)

Zaid bin Arqam bertanya kepada Rasullullah SAW: “Apakah yang kita peroleh dengan
berkorban?” Rasulullah menjawab, “ Sesungguhnya pada setiap bulu dikulitnya terdapat
kebaikan.” (Hadith Riwayat Ahmah dan Ibnu Majah)

“Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah (qurbanmu).” (Surah Al-
Kauthar ayat 3).

Sekiranya berminat, isikan borang di atas, serahkan kepada salah seorang nama tertera di dalam borang.

Maklumat lanjut ada di dalam borang. Tarikh tutup penyertaan: 12 November 2010.

Sebarkan maklumat ini kepada yang lain. Semoga Allah menerima amal baik kita, amin.

11 October 2010

Mursyid Am umumkan penyertaan Ikhwan di dalam pilihanraya Parlimen

9 Oktober 2010

Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am IM telah mengumumkan penyertaan Ikhwan di dalam pilihanraya parlimen Mesir yang akan datang setelah merujuk pendapat Majlis Syura IM. Maktab Idari, cendekiawan dan sarjana IM juga bersetuju sebulat suara untuk menyertainya. Beliau telah membacakan ketetapan majlis syura tentang penyertaan di dalam pemilihan Dewan Rakyat akan datang 2010 pada kadar 30 peratus kerusi dewan rakyat.

Beliau turut menjelaskan di dalam sidang akhbar untuk memaklumkan pendirian jamaah dalam pemilihan Dewan Rakyat 2010 pada tengahari hari ini di atas tajuk “Penyertaan bukan perbalahan”. IM akan memaklumkan senarai calon dan persiapan mereka, manifesto dan agenda yang akan disesuaikan dengan tempat ditandingi dan selari dengan ketetapan majlis syura.

Beliau turut menyatakan bahawa jumlah terkini calon yang akan bertanding akan dimaklumkan kemudian kerana mengambil kira kepentingan umum dan selepas selesai pelarasan dengan parti dan pemimpin politik lain. Beliau menegaskan bahawa ketetapan penyertaan dalam pilihanraya ini adalah untuk menegakkan nilai-nilai yang positif di dalam masyarakat, kepentingan mengembalikan rakyat kepada hak-hak perundangan dan perlembagaan, menghalang golongan perosak dan pemusnah Negara, tidak meninggalkan lapangan politik sebagai medan yang subur bagi mereka tanpa pemerhatian dan kawalan, menghormati kehendak rakyat kepada umat dan mengukuhkan sunnah mempertahankan diri.

Beliau turut berterima kasih kepada wakil-wakil rakyat IM yang telah menjalankan tugas dengan baik dalam sesi yang lepas dan usaha gigih memberikan khidmat kepada penduduk dan tempat yang diwakilinya. Sambil itu beliau meminta semua anggota Ikhwan di semua kawasan dengan menjadikan hari pemilihan sebagai hari mengecapi kebebasan dalam semua maknanya dan titik pemisahan dalam sejarah Mesir.

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=71866&SecID=210

Hampir 2,000 ahli IKRAM sertai Muktamar Tarbawi Nasional 2010

9 Oktober 2010

SERDANG - Kira-kira 1,900 orang ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berhimpun di Dewan B, Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kerana menghadiri Muktamar Tarbawi Nasional (MTN) 2010 IKRAM di sini.

Para peserta yang mula tiba dari seluruh pelosok tanah air sejak awal pagi mengambil peluang memulakan hari yang indah ini dengan bertemu sahabat handai untuk mengukuhkan silaturahim, sebelum kesemuanya bergerak masuk ke dewan.

Majlis dibuka dengan bacaan ayat-ayat al-Quran dari surah Hud ayat 41-47 oleh Ustaz Mohd Norhisham Ahmad. Para hadirin kemudiannya berdiri untuk menyanyikan lagu rasmi IKRAM dengan penuh semangat.

Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah Pusat, Ustaz Tajul Arifin, dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran peserta ke muktamar ini. Menurut beliau, tema "Nuqaba' Berwibawa Teras Kecemerlangan IKRAM" dipilih untuk MTN kali ini kerana tanggungjawab dakwah yang berat ini perlu dipikul oleh ahli-ahli IKRAM yang berwibawa. IKRAM percaya bahawa mereka yang berkualiti sahaja yang akan mampu memilih anasir-anasir yang berkualiti.

Tambah beliau lagi, objektif terpenting MTN ialah memberi semangat kepada para naqib supaya mereka dapat memikul beban amanah dakwah dan tarbiah dengan lebih komited, seterusnya melahirkan naqib- naqib lain untuk memajukan dakwah di tengah masyarakat. "Orang yang mampu mentarbiah dirinya sahaja yang akan mampu mentarbiah orang lain," katanya.

"Kita yakin bahawa kemelut yang melanda masyarakat tidak akan dapat dirungkai dan diselesaikan melainkan dengan Islam sahaja," tegas Ustaz Tajul Arifin lagi.

Sesi kemudiannya diteruskan dengan pengisian oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad yang mengupas tema Muktamar Tarbawi ini- "Nuqaba' Berwibawa Teras Kecemerlangan IKRAM". Di antara penekanan beliau-Nuqaba' adalah nama sebutan bagi sekumpulan du’at yang memfokuskan usaha‐usaha mereka untuk membangun dan mengembangkan peribadi peribadi muslim yang telah dimenangi dan dikumpulkan oleh para‐para duat, menerusi pelaksanaan berbagai‐bagai wasail tarbiah seperti usrah, katibah, daurah, rehlah, mukhayyam dan lain‐lain.

"Bidang kerja mereka ialah pembangunan manusia, mengasuh dan membimbing mereka dengan matlamat membangun mereka agar menjadi muslim yang sempurna, soleh dan musleh, berperanan sebagai sebaik‐baik ummat yang hidup dimuka bumi dari perspektif Islam amnya dan IKRAM khususnya.", tambah Ustaz Parid.

Penyampaian ketiga pula disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hameed Elewa. Penyampaian beliau yang penuh semangat, lantang dan energetik itu menghurai tajuk "Murabbi Qudwah: Sifat, Kemahiran & Kewajiban". Ustaz Abdul Muhaimin Sahar Al-Hafiz menterjemah dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu. Terdapat juga terjemahan bertulis di layar skrin pada waktu yang sama. Ustaz Muhammad meminta para peserta mengulangi beberapa kali motto seorang Naqib atau Murrabi:

"Tarbiah wattakwin toriquna littamkin" yang bermaksud:

"Tarbiah dan pembentukan adalah jalan kami ke arah kejayaan"

Beliau juga menegaskan peri pentingnya bermuayashah oleh Naqib dengan anak-anak buah selain dari waktu usrah seminggu sekali. Naqib perlu mencari waktu lain di dalam seminggu untuk berjumpa. Muayashah akan membawa kepada kekuatan ukhuwwah. Ukhuwwah yang kuat akan membawa kepada kekuatan usrah. Dan usrah kuat akan membawa kepada kekuatan Tarbiah dan Jamaah.

Di sebelah petang selepas makan tengahari diadakan Forum "Nuqaba' Berwibawa Teras Kecemerlangan IKRAM". Ahli panel terdiri daripada:
1. Ustaz Dr. Ir Muhammad Fuad Teoh Abdullah, ahli DPN IKRAM
2. Mohd Hasyahril Mohd Hashim, SU Pemuda IKRAM dan
3. Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM.

Sesi perkongsian pengalaman- sesi pengisian terakhir Muktamar, disampaikan oleh Bapak M. Matri Aegong, Anggota DPR Indonesia, Parti Keadilan Sejahtera Indonesia. Bapak Matri berkongsi "Peranan Nuqaba' Dalam Mehwar (Peringkat) Terbuka". Pengalaman beliau sebagai seorang Naqib yang membawa usrah sebanyak 15 kali seminggu ketika menjadi pelajar IPT hingga ke Menteri Republik Indonesia yang masih lagi mampu membawa 1 usrah amat membuka mata dan minda para peserta.

Program MTN 2010 berakhir pada jam 7:30pm.

09 October 2010

VEST IKRAM PJ! Khas untuk semua ahli IKRAM PJ

Oktober 2010

Dapatkan vest IKRAM PJ yang tertera nama anda.. Harga: RM40 sehelai sahaja!. Tempah SEKARANG!.

Emelkan kepada:
ikrampj@gmail.com

Saiz:
M, L, XL dan XXL.

Contoh saiz:

SAIZ L

SAIZ XL

Contoh vest yang telah siap bersaiz L*: *Vest tidak termasuk t-shirt hitam seperti di atas.

Terujakan! Apa lagi tempahlah sekarang! kepada: ikrampj@gmail.com. Hanya RM40 sahaja. Sila nyatakan nama yang dikehendaki tertera di vest. Nama timangan dan manja tidak diterima. Terbaik, nama pendek.. Tempah SEKARANG!!!!