ZIARAH TOKOH
PAK CIK SYED IBRAHIM & DR. MELASUTRA
SABTU, 16/10/10
9.00 PAGI -2.00 PTG
BANDAR SRI DAMANSARA
6 ikhwah, 13 akhawat
SABTU, 16/10/10
9.00 PAGI -2.00 PTG
BANDAR SRI DAMANSARA
6 ikhwah, 13 akhawat
Alhamdulillah, dengan izin Allah konvoi yg disertai pimpinan K-UM, K-PJ dan KAFA UM telah sampai ke teratak dua tokoh ini.
Bertentang mata dengan mereka merupakan perkara yang bermakna dan semangat pejuang dapat dirasakan dalam setiap getaran suara pak cik & mak cik.
Sesi dimulakan dengan ta’aruf yang dikendalikan oleh akh Fattah.
Melalui sesi ini, pak cik berkongsi cerita disebalik nama Syed dan Al Habshi. Makcik Mela pula bercerita disebalik namanya, MELASUTRA=Melaka + sumatera, juga kaitannya dengan tokoh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Darah pejuang mengalir dalam diri mereka.
Sesi makan-makan. Sedapnya sambal sotong + rendang… (syukran pada makcik Mela yang bekalkan kami makanan untuk bawa pulang)
Perkongsian oleh pakcik Syed (lengkap dengan slide show).Inilah gaya pemimpin. Buat sehabis baik!!
Sesi perkongsian menjurus kepada pengalaman pak cik ketika berada di US, dan bagaimana berlakunya proses perubahan kepada aktivis dan menjalani proses pentarbiyahan : ‘from Zero to HERO’.
Pesan pak cik :
- Kita perlu berani kehadapan dan kita tak kan tahu kemampuan kita selagi kita tak mencuba (rahsia pakcik sebagai pengerusi GMI)
- Mantapkan amal fardhi
- Tidak tahu untuk bercakap dikhalayak ramai? – latih diri (pakcik selalu di’kerah’ oleh naqibnya untuk bercakap)
1. ikhlas
2. sabar
3. istiqamah
4. tidak putus asa
5. berani mencuba
6. ingat 5 sebelum 5
*Makcik Mela cakap, lain kali nak buat sesi khas untuk akhawat.. nak sharing pasal macam mana kehidupan dia tahun pertama pulang ke Malaysia*
"Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi MU, bertemu untuk mematuhi perintah MU, bersatu memikul beban dakwah MU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.kekalkan kemesraan antara hati-hati ini,penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani MU yang tak kunjung malap,lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMU, suburkanlah hati ini dengan ma'rifah tentangMU,Matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."
~sekian~
-Pemudi IKRAM PJ-
No comments:
Post a Comment