Kalendar IKRAM PJ

29 May 2013

Notis: Mesyuarat Agung Daerah IKRAM PJ 2013



Assalamualaikum

Ikhwah dan akhawat, semua ahli IKRAM PJ dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Daerah IKRAM Petaling Jaya (MAD). Manakala bukan ahli segala hormatnya dijemput hadir sebagai pemerhati. Maklumatnya adalah seperti di bawah.


Saudara / Saudari,

NOTIS MESYUARAT AGUNG DAERAH (MAD) IKRAM PETALING JAYA KALI KE 3 TAHUN 2013

Sukacitanya dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput menghadiri Mesyuarat Agong Daerah (MAD) IKRAM Daerah Petaling Jaya bagi kali ke 3. Maklumat mesyuarat adalah seperti berikut :-

Tarikh: 11 Jun 2013 (Selasa) bersamaan 2 Sha'ban 1434H
Masa: 9.30 malam
Tempat: Pejabat IKRAM Daerah Petaling Jaya

AGENDA
1. Pengerusi Tetap mengambil tempat
2. Ucapan Aluan Pengerusi Tetap
3. Bacaan Al-Qur'an
4. Pengiraan Korum
5. Ucapan Yang Dipertua Daerah
6. Ucapan Perasmian Wakil IKRAM Negeri Selangor
7. Pembentangan Laporan Tahunan (1 April 2012 - 31 Mac 2013)
8. Pembentangan & Pengesahan Penyata Kewangan Tahun 2012 (1 Januari - 31 Disember 2012)
9. Perlantikan AJK Daerah yang baru- JK Remaja
10. Perlantikan wakil IKRAM PJ ke MPN menggantikan wakil yang telah berpindah
11. Pembentangan dan Perbahasan Usul (sekiranya ada)
12. Penggulungan
13. Hal-hal lain
14. Penutup

والـسـلام عـلـيـكـم ورحـمـة الـلّـه وبـركـاتـه

Yang benar,

Mohd Hasyahril Mohd Hashim
Setiausaha IKRAM Petaling Jaya

Foto-foto Program: Program Cuti Sekolah Aulad IKRAM PJ

Program Cuti Sekolah Aulad IKRAM PJ

Tarikh: 25 Mei 2013 (Sabtu)
Masa: 9 - 11 pagi
Tempat: Tadika Little Azhar, Seksyen 16 Petaling Jaya









28 May 2013

Foto-foto Seminar Wanita Dan Syariah

Di sekitar Seminar Wanita dan Syariah pada 23 Februari di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14 (Masjid Bulat) Petaling Jaya.

Nota: Laporan seminar boleh didapati di capaian ini.