Kalendar IKRAM PJ

Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

26 June 2016

Ramadhan Youth Challenge (RYC) 2016

Program Ramadhan Youth Challenge telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Jun 2016 yang lalu. Program adalah anjuran Belia IKRAM PJ dan Belia Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat). Program RYC 2016 telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 40

sukarelawan belia dan beliawanis untuk menyelesaikan cabaran- cabaran aktiviti - aktiviti seperti berikut:

- Ziarah Asnaf Flat Lembah Subang
- Packing Bubur Lambuk dan Barangan Berbuka Puasa
- Ziarah Pesakit PPUM dan hulurkam sumbangan



Cabaran ini disahut oleh Belia bagi memberi manfaat dari Belia kepada Masyarakat. Peserta seramai 43 orang telah menyertai Program Ramadhan Youth Challenge. Program diakhiri dengan Tazkirah oleh Ustaz Halim Hafiz (orang muda). Semoga program ini memberi manfaat kepada peserta dan masyarakat yang kami santuni.

15 July 2014

Laporan: Majlis Tautan Kasih Ramadan

Alhamdulillah pada 13 Julai 2014 telah berlangsung satu majlis ‘Tautan Kasih Ramadan’ di surau Nurul Hidayah, PPR  Lembah Subang. Majlis ini telah diusahakan oleh Wanita Pertubuhan IKRAM Petaling Jaya dengan kerjasama wakil-wakil blok dari kalangan Muslimat.

Tujuan utama majlis ini diadakan ialah untuk membina hubungan dengan khususnya wanita-wanita di PPR Lembah Subang. Bersempena dengan bulan Ramadan, satu inisiatif telah diusahakan oleh Wanita Pertubuhan IKRAM Petaling Jaya dalam bentuk pengumpulan dana untuk disumbangkan kepada penduduk atau wakilnya yang telah dikenalpasti terdiri daripada golongan yang memerlukan. Alhamdulillah dengan jumlah yang terkumpul, sumbangan wang tunai sebanyak RM100 seorang telah dapat diagihkan kepada 60 orang yang dipilih.

Majlis ini telah dimulakan dengan pengenalan kepada Pertubuhan IKRAM Petaling Jaya khususnya aktiviti-aktiviti wanita yang boleh dimanafaatkan besama oleh Puan Aziah Aziz, ketua wanita Pertubuhan IKRAM Petaling Jaya. Ianya disusuli dengan tazkirah ringkas, ‘Puasa sebagai Perisai’ oleh Ustazah Dr Hamidah Mat seorang pensyarah dari Pusat Asasi UIAM. Selanjutnya sumbangan telah disampaikan oleh Puan Aziah Aziz sebelum ianya diakhiri pada sekitar pukul 11.30 pagi.

Ucapan jazakumullah khairan kathira kepada semua yang terlibat, semoga program kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.









22 June 2014

Laporan: JUS Talk! Ramadhan, Al-Quran dan Kita

'JUS Talk!' bulan ini telah berlangsung semalam, 21 Jun 2014 dengan tajuk Ramadhan, Al-Quran dan Kita oleh Ustaz Muhammad Arif bin Yahya. JUS telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta.
 
Di akhir penyampaian, Ustaz telah 'membuka mata' peserta yang hadir dengan video seorang kanak-kanak buta, seorang Hafidz. Beliau menegaskan, kita yang diberi nikmat fizikal dan kesihatan yang sempurna sepatutnya lebih berusaha untuk melazimi Al-Quran di dalam kehidupan seharian kita. Beliau juga mengajak peserta untuk cuba menghabiskan bacaan Al-Quran pada bulan Ramadhan memandangkan fadhilatnya yang besar dan terus membaca serta mentaddabur (memahami maksudnya) sepanjang masa.
 
JUS kali ini telah disertakan dengan aktiviti mengedar risalah Ramadhan dan Jadual Berbuka Puasa di kedai-kedai dan pejabat-pejabat sekitar Pejabat Ikram Petaling Jaya. Lebih dari 100 risalah dan Jadual Berbuka Puasa telah diedarkan para peserta yang hadir.
 
Bukan setakat itu, Jualan Amal untuk Palestin dan Syria dari ejen Kurma Medjoul Palestin dan Ikram Junior juga turut memeriahkan program ini.
 
Penganjur JUS Talk PJ mengucapkan Jazakumullaahu khairan kathira kepada semua peserta yang hadir juga kepada ahli-ahli yang telah menjayakan JUS Talk! kali ini. Selamat Menyambut Ramadhan 1435H. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas, Insya Allah.


 

 

 

01 August 2013

Semarakkan Ramadan Bersama Ikram Petaling Jaya

Ramadan Kariim

Semarakkan Ramadan ini bersama Ikram Petaling Jaya





1. Daurah 01: Fiqh Puasa (laporan bergambar)
Tarikh: 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa: 2 ptg - 5 ptg
Tempat: Pejabat Ikram Petaling Jaya
Penyertaan: Untuk semua Ahli Biasa 01 Ikram PJ. Ahli-ahli lain turut dijemput hadir.

2. Program Semarak Ramadan for Kids (laporan bergambar)
Tarikh: 7 Julai 2013 (Ahad)
Masa: 9 pg - 11 pg
Tempat: Pejabat Ikram Petaling Jaya
Penyertaan: Untuk semua anak-anak ahli Ikram PJ.

3. Edaran Kurma dan Nasi Kukus Sekitar PJ (laporan bergambar)
Tarikh: 13 Julai 2013 (Sabtu)
Tempat: Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) Subang Jaya
Masa: Jam 6 petang sehingga selesai tarawih
Penyertaan: Untuk semua ahli Ikram Petaling Jaya dan keluarga.

4. Iftar Jama'i Ikram Petaling Jaya (gambar-gambar aktiviti)
Tarikh: 13 Julai 2013 (Sabtu)
Tempat: Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) Subang Jaya
Masa: Jam 6 petang sehingga selesai tarawih
Penyertaan: Untuk semua ahli Ikram Petaling Jaya dan keluarga.

5. Remaja Raikan Ramadan (3R) (laporan bergambar)
Tarikh: 19, 20 Julai 2013 (Jumaat, Sabtu)
Tempat: Masjid Tengku Kelana Petra, Kelana Jaya
Anjuran: Ikram PJ, IkramTeens PJ dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Penyertaan: Ahli-ahli IkramTeens Petaling Jaya dan remaja qariah Masjid Tengku Kelana Petra

6. Tarawih dan Tazkirah Bersama Imam Dari Gaza (gambar-gambar aktiviti)
Tarikh: 18, 19, 20, 21 Julai 2013 (Jumaat, Sabtu, Ahad)
Tempat: Surau Nurul Iman Saujana Puchong, Masjid Al-Rahman Kg Tunku, Masjid Al-Mujahideen Damansara Utama, Masjid Al-Nur Kg Melayu Subang
Penyertaan: Semua dijemput hadir.

7. Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Selangor (laporan ringkas)
Tarikh: 20 Julai 2013 (Sabtu)
Tempat: Shah Alam Convention Centre
Masa: 4.30 petang - 10.30 malam
Penyertaan: Semua dijemput hadir dan menyumbang melalui pembelian tiket.

8. Klinik Al-Qur'an Akhawat (laporan bergambar)
Tarikh: 21 Julai 2013 (Ahad)
Tempat: Pejabat Ikram Petaling Jaya
Masa: 9 pagi - 12 tengah hari
Penyertaan: Untuk semua wanita Ikram Petaling Jaya.

9. Ijtima' Ramadan Ikram Selangor (IRIS) 1434 Hijriyah (beberapa foto di sekitar IRIS 2013)
Tarikh: 27 - 28 Julai 2013 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Masjid Negeri Selangor (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz), Shah Alam
Masa: 8 pagi Sabtu hingga 9 pagi Ahad
Penyertaan: Terbuka kepada semua ahli Ikram Negeri Selangor

10. I'tikaf Perdana Ikram Petaling Jaya (Ahli Aktif & Ahli Teras)
Tarikh: 2 - 3 Ogos 2013 (Jumaat - Sabtu)
Tempat: Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya
Masa: Dari 6 petang Jumaat sehingga 8 pagi Sabtu
Penyertaan: Untuk Ahli Aktif dan Ahli Teras Ikram Petaling Jaya beserta keluarga masing-masing

Wajibat Sepanjang Ramadan Untuk Ahli IKRAM PJ

Amalan-amalan saranan untuk semua ahli Ikram PJ khusus untuk Ramadan 1434H.

Rayuan Ramadan Ikram 1434H
Berikan sumbangan iftar untuk golongan yang kurang bernasib baik.

Update: 2357 hrs 1 Ogos 2013

31 July 2013

Foto-foto: Imam Muda Gaza Di Sekitar Petaling Jaya




Foto-foto imam muda Gaza Ismail Matar Al-Hafiz di sekitar Petaling Jaya. Beliau adalah sebahagian daripada rombongan imam-imam dari Gaza yang dibawa masuk oleh Aqsa Syarif dan Pertubuhan Ikram Malaysia sempena Ramadan tahun ini.

18 Julai 2013 - Surau Nurul Iman Saujana Puchong




19 Julai 2013 - Masjid Al-Rahman Kg Tunku 









20 Julai 2013 - Masjid Al-Mujahideen Damansara Utama





21 Julai 2013 - Masjid Al-Nur Kg Melayu Subang






28 July 2013

Laporan Bergambar: Remaja Raikan Ramadan (3R) Ikram Petaling Jaya

Program Remaja Raikan Ramadan (3R) Ikram Petaling Jaya telah selamat diadakan pada 20-21 Julai 2013 (Sabtu dan Ahad) di Masjid Tengku Kelana Putera, Kelana Jaya. Ia telah dihadiri oleh seramai 120 orang peserta yang semuanya terdiri daripada kalangan remaja belasan tahun.

Program 3R mensasarkan agar dapat:

  1. Menghidupkan Remaja dengan pengisian bulan Ramadan
  2. Membawa Remaja mendekati Al-Quran
  3. Membimbing para remaja dalam mengenal tanggungjawab sebagai Individu Muslim.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Qiam, tadarus Al-Qur'an, tazkirah, Explorace dan Ibrah Explorace.

Dikepilkan adalah foto-foto di sepanjang program. Adalah diharapkan para remaja ini mendapat keberkatan Ramadan dan menghayati Al-Qur'an di dalam hidup mereka.










24 July 2013

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) 2013 Peringkat Negeri Selangor





Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) 2013 peringkat Negeri Selangor telah berjaya diadakan pada 20 Julai 2013 di Shah Alam Convention Centre (SACC) Shah Alam. Bertemakan "Journey to Jannah" ia telah dihadiri oleh lebih 1000 orang peserta, termasuk lebih kurang 400 orang saudara baru dan 100 orang non-muslims. 

Petaling Jaya telah menghantar lebih kurang 30 orang peserta termasuk wakil Jawatankuasa Daerah (JKD), Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa (JKPM) dan Ikram Siswa dari daerah Petaling Jaya. Ikram Petaling Jaya turut membantu menjayakan majlis ini dengan menghantar 20 orang sukarelawan yang bertugas sebagai usherer. 

Majlis dimulakan dengan forum da'wah di sebelah petang. Seterusnya bacaan Al-Qur'an serta terjemahan diadakan sebelum waktu berbuka, diikuti dengan iftar dan solat Maghrib berjemaah. 

Majlis makan diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan ABC dan Saff-One. Solat Isya' dan tarawih berjamaah diimamkan oleh imam dari Gaza Shaikh Ismail Matar, yang turut menyampaikan tazkirah Ramadan - menutup MIPHC dengan semangat dan harapan.  

Semoga Allah menerima amalan ini. 

Lihat blog Hidayah Centre Pusat untuk laporan dan gambar-gambar di MIPHC. 

21 July 2013

Laporan Klinik Al-Qur'an dan Tazkeerah Imam Gaza


Ahad, 21 Julai 2013 bersamaan 12 Ramadan 1434 berlangsung Klinik Al-Qur'an Wanita Pertubuhan
IKRAM Petaling Jaya mengambil keberkatan Bulan Ramadan kali ini. Program dihadiri lebih kurang 20 orang akhawat IKRAM Petaling Jaya yang senior dan junior. Program bermula dengan tilawah Juz 12 secara berkumpulan sementara menanti kehadiran Guru Tajwid yang masyhur di kalangan akhawat IKRAM Petaling Jaya Ustazah Sirri 'Aufa. 

Dalam siri kali ini Ustazah membuat ulangkaji tentang kedudukan dengung atau ghunnah dalam al-Qur'an iaitu ketika idgham, iqlab dan ikhfa' serta cara tilawah ketika berjumpa dengan ketiga-tiga hukum tersebut. Namun perkara yang perlu diambil berat ketika membaca al-Qur'an yang tidak kurang pentingnya ialah lahnun jaliyy (kesalahan besar) atau lahnun khafiyy (kesalahan kecil). Dalam pada itu, Ustazah juga mengimbas semula tentang tanda-tanda waqaf dalam al-Qur'an.


Majlis diserikan dengan kehadiran Imam Gaza Syeikh Ismail Mator yang memberikan perkongsian tentang Gaza dan taujihat kepada akhawat. Beliau berkongsi tentang Al-Khansaa' Palestine al-Mujahidah Maryam Farhat atau Ummu Nidhol dan mahu akhawat kaji tentang latar belakang sejarah hidup dan perjuangan beliau. Antara taujihat beliau juga iaitu:

1. Mempelajari al-Qur'an;
2. Menuntut ilmu-ilmu Diniyyah - antaranya ilmu hadith, fiqh dll.
3. Beramal dengannya; dan
4. Sampaikan kepada yang lain

Pesanan penting beliau sentiasa doakan untuk seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Hadiah beliau untuk Ketua Wanita IKRAM PJ dan Akhawat IKRAM PJ minyak zaitun dari bumi Palestine...

Semoga tadabbur, tilawah dan khatam al-Qur'an yang diusahakan memberikan seribu banyak kebaikan...

Sekian, wassalam.
Pelaporan,
Siti Khadijah bt Abdul Wahid
Setiausaha Wanita,
Pertubuhan IKRAM Petaling Jaya
Sesi 2012-2014

15 July 2013

Edaran Kurma dan Nasi Kukus di Lembah Subang dan Impian Baiduri

Sabtu, 13 Julai 2013 selepas solat asar, bermula aktiviti edaran kurma dan nasi kukus ayam penyet anjuran Pertubuhan IKRAM Petaling Jaya di Lembah Subang dan Flat Impian Baiduri sebagai aktiviti menyemarakkan Ramadan 1434 kali ini. Aktiviti edaran melibatkan para aktivis Wanita IKRAM Petaling Jaya. Semoga ianya menjadi amal soleh yang akan ganjari oleh Allah S.W.T dengan sebaik-baik ganjaran.








Sebanyak lebih kurang 300 bungkus kurma dan nasi kukus ayam penyet berjaya diedarkan kepada penduduk di kawasan Lembah Subang dan Flat Impian Baiduri sebagai juadah untuk berbuka puasa. Tidak dilupakan juga edaran goodies untuk kanak-kanak. Program seumpama ini banyak meninggalkan nostalgia yang sukar untuk dilupakan...

Ramadan kareem... Kullu 'am wa antum bi khair.


Sekian, terima kasih.

Siti Khadijah bt Abdul Wahid
Setiausaha Wanita,
Pertubuhan IKRAM Petaling Jaya
Sesi 2012-2014