Kalendar IKRAM PJ

06 July 2013

Daurah Fiqh Puasa (Fiqh Al-Siyaam) Ikram PJ



Daurah Fiqh Puasa (Fiqh Al-Siyaam) telah sempurna diadakan di Pejabat Ikram PJ pada petang Sabtu 6 Julai 2013. Daurah ini dihadiri oleh lebih kurang 40 orang peserta yang rata-ratanya di kalangan belia Ikram PJ dan pelajar IPT di sekitar PJ.

Muwajjih Al-Ustaz Muhamad Osman Khusnan mengupas persoalan-persoalan mengenai ibadah puasa dan amalan-amalan lain di bulan Ramadan. Peserta nyata tertarik dengan penyampaian yang diberikan dengan tumpuan dan interaksi yang diberikan. Antara noktah-noktah yang sempat dibincangkan di dalam daurah:
  • Definisi dan kayfiyat puasa menurut Al-Rasul (s)
  • Amalan-amalan yang dituntut di bulan Ramadan
  • Salah faham dalam ibadah puasa
  • Persoalan-persoalan mengenai batal puasa, niat, sahur, tarawih dan doa
Semoga daurah ini dapat memberi kefahaman yang sahih kepada para peserta mengenai ibadah puasa Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, insha Allah.

Ramadan Kariim,
Penganjur (JK Tarbiyah Ikram PJ)









No comments:

Post a Comment