Kalendar IKRAM PJ

09 July 2013

Semarak Ramadan Bersama Aulad

"RAMADHAN KAREEM!"

Sekretariat Aulad Ikram PJ telah menganjurkan Program Semarak Ramadhan bersama anak-anak ahli Ikram PJ Ahad lepas, 7 Julai 2013 di Pejabat Ikram Petaling Jaya. Program ini telah bermula pada jam 9 pagi dan berakhir lebih kurang jam 11:30 pagi. Seramai 14 orang aulad telah hadir memeriahkan majlis.

Acara dimulakan dengan penyampaian Carta Ramadhan, yang memerlukan aulad melengkapkannya sepanjang Ramadhan ini untuk diserahkan semula, InsyaAllah pada Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Ikram PJ nanti. Objektif Carta Ramadhan tersebut adalah untuk memantau jumlah hari aulad berpuasa, jumlah hari mereka bersahur, ibadah solat seharian dan 4 amal-amal soleh yang mereka akan lakukan sepanjang bulan ini. Semoga carta interaktif ini dapat menarik minat dan menambah semangat aulad untuk melakukan ibadah pada bulan yang mulia ini, InsyaAllah.

Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti 'Art and Craft' hiasan Ramadhan dengan tema "Ramadhan Kareem". Aulad telah dengan teliti, bersemangat dan bersabar menyempurnakan kerja tangan masing-masing untuk dibawa pulang dan menjadi hiasan menyambut Ramadhan. Ibu-ibu yang hadir turut sama membantu anak-anak menyiapkan 'master piece' mereka.
Program Semarak Ramadhan ini diharap dapat menghidupkan lagi semangat anak-anak untuk menyambut ketibaan Ramadhan. Kepada yang telah menjayakan program ini, khususnya anak-anak yang sangat menceriakan, Jazakumullahu khairan kathira.

Selamat menyambut Ramadhan dan melaksanakan ibadah di dalamnya..

Yang melaporkan,

Suhaila bt. Sharifuddin









No comments:

Post a Comment