Kalendar IKRAM PJ

25 November 2010

Bengkel Badminton Anak-anak IKRAM PJ.. Abang-abang dan bapak-bapak pun boleh join..

Ikhwah/akhawat yang dikasihi,

Insya Allah, sekretariat Jiluna (anak-anak) IKRAM PJ akan mengadakan pertemuan berbentuk
rekreasi santai ringkas untuk anak-anak Jiluna Banin dan ikhwah sepertimana
berikut:-

Konsep : Klinik badminton, sesi minum teh tarik dan halaqah ringkas (jiluna).

Tempat : Masjid Tengku Kelana Putra, Kelana Jaya & Kompleks Sukan Kelana Jaya.

Tarik : 28/11/2010 (Ahad) bermula jam 4.20 petang (solat asar)

Tentatif ringkas:-

4.20 pm : Solat asar berjamaah & halaqah ringkas utk jiluna

5.15 pm : Main badminton

6.30 pm : Minum teh tarik & makan roti canai

7.00 pm : Solat maghrib berjemaah (siapa nak balik lepas minum pun ok)

Insya Allah, sesi permainan badminton akan dikelolakan oleh Akh Rizal Gunx (dia
ni kira expert lah jugak sebenarnya, selain expert dalam fotografi dan
pembikinan filem pendek dan merupakan blogger indi yang agak gempak juga).

Beliau akan menunjuk ajar sedikit sebanyak teknik-teknik permainan badminton
yang betul.

Kompleks Sukan Kelana Jaya adalah bersebelahan dengan Masjid Tengku Kelana
Putra, Kelana Jaya (satu pagar dgn masjid, masjid tepi tasik) dan ikhwah dan
anak-anak boleh bawa salinan bersih untuk mandi dimasjid selepas main badminton.
Kompleks ni juga bersebelahan dengan taman tasik rekreasi (ada taman permainan
kanak-kanak).

Kami telah menempah 2 gelanggang badminton untuk tempoh dua jam (5pm - 7pm) dan
ikhwah yang berminat amat-amat dialu-alukan untuk join (satu court untuk Jiluna
dan satu court untuk ikhwah).

Jom siapa-siapa yang nak join, terbuka, ada dua gelanggang, dua jam...

Wassalam...

ANAS FAUZI
b/p AJK IKRAM PJ

17 November 2010

Eid Mubarak..Semoga Allah menerima amalan kita...

17/11/2010. Sempena hari lebaran yang mulia, IKRAM PJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya- Eid Mubarak. Bagi yang bercuti ke kampung, jangan tergesa-gesa, berhati-hati di jalan raya..jangan lupa membaca doa perjalanan. Sekiranya letih, berehat sebentar di RNR.

Bagi yang tidak pulang jauh, masih berada di persekitaran Lembah Kelang, marilah sama-sama membantu bergotong-royong melaksanakan qurban di surau-surau dan masjid-masjid. Jangan hanya terpaku di hadapan TV di rumah- sungguh malang! Orang lain diseliputi dengan pahala dan keberkatan ketika darah qurban terpalit ke tubuh, kita hanya termanggu dibelengu dosa di hari mulia...

Aktiviti Qurban IKRAM PJ- WAMY dan DUN Taman Medan yang sepatutnya berlangsung hari ini, dianjakkan oleh Pejabat DUN Taman Medan ke Sabtu 20 November 2010- di hadapan Pejabat DUN Taman Medan, PJS, Petaling Jaya. Hari ini yang berkesempatan marilah sama-sama membantu aktiviti Qurban di Riadatus Sakinah, Sungai Buloh.

Semoga Allah menerima amalan kita. Kul am wa antum bikhair.

Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahu akhbar, walillahilhamd.

-IKRAM PJ-

15 November 2010

Aktiviti terdekat IKRAM PJ

Sukacita dimaklumkan ttg program anjuran IKRAM PJ & kerjasama dgn pihak lain spt berikut :-

1. Programm Qurban anjuran bersama IKRAM PJ, WAMY & Pejabat ADUN Taman Medan
Tarikh: 17 Nov 2010(Rabu)
Masa : Selepas Solat Sunat Aidil Adha
Tempat : Perkarangan Pejbt ADUN Taman Medan di PJS 3.

2. Program Qurban anjuran bersama IKRAM PJ, WAMY, RS S'gor & JK Kampung
Tarikh: 17 Nov 2010(Rabu)
Masa : Selepas Solat Sunat Aidil Adha
Tempat : Rumah Perlindungan RS S'gor di Kg Kubu Gajah, Sg Buloh

3. Sunathon anjuran JK Masjid Masjid Muhtadin, Damansara Damai dgn kerjasama IKRAM PJ & Hospital Pakar An Nur, Bdr Baru Bangi
Tarikh : 28 Nov 2010 (Ahad)
Masa : 9.00pg
Tempat : Masjid Muhtadin, Damansara Damai

Dijemput semua ahli IKRAM PJ hadir ke program2 yg dinyatakan di atas.

Mohd Kamal Mohd Rathi
Setiausaha IKRAM PJ

13 November 2010

Riadhah brothers- 14/11/2010

Diharapkan semua dapat turun riadah pagi 8.00 am ahad di padang sebelah stesen petronas jalan PJS 1/25 Taman Medan, berdekatan pejabat ikram PJ. Ana tengok pagi Ahad takda orang yang main or pakai padang so insha-Allah kita akan mulakan riadah kita yang sulung. doakan semuanya berjalan lancar.

Ameen
0133303132

11 November 2010

MISI 2 DERU (Disaster and Emergency Response Unit)- Siri 1

6 November 2010, 8AM

Alhamdulillah Misi 2 DERU team pertama telah tiba di Kedah jam 3.30 pagi. Bermalam di Guar Cempedak rumah keluarga akhi Hasbullah.

Pasukan ini mengandungi 3 buah kenderaan membawa 5 Ikhwah & 9 akhawat KARISMA.

Setelah mendapat pengesahan dari akhi Mazlan Desa, pasukan kami telah ditugaskan utk mengikuti Ustaz Suhaimi ikhwah tempatan bagi tugasan selanjutnya. Tempat berkumpul di Petronas Guar Cempedak. Pasukan kami juga akan disertai oleh grup akhi Zulkifli Ahmad(Cheras) bersama 2 buah kereta yg juga tiba awal pagi & bermalam di Yan, Kedah (rumah keluarga akhi Zul)

Sedang bersarapan pagi di sini.

Wassalam.

Mohd Kamal Mohd Rathi
SU IKRAM PJ,
Bendahari IKRAM Selangor

08 November 2010

TERKINI: Mukhayam Aulad (kanak-kanak) IKRAM PJ/SJ

Ini adalah maklumat tambahan untuk hebahan awal: Jaulah Aulad IKRAM PJ/SJ

Mukhayam Aulad PJ dan SJ

Tempat: Kem Kersani, Johor.
Tarikh : 27 - 28 Nov 2010
Bayaran : RM 50 seorang
Peserta : Banin 9 - 11 tahun
Banat 9 - 10 tahun (dibuka penyertaan kepada banin 12 - 13 tahun dan banin/ banat 8 tahun yang ada abang/kakak yang turut serta dan boleh berdikari dalam khidmat diri sekiranya ada kekosongan)

Ahli IKRAM PJ sila daftar kepada: kalsomarif@gmail.com (0123877320)
Ahli IKRAM SJ sila daftar kepada: norasiah@tmsk.uitm.edu.my (0133623889)

Rayuan kutipan derma untuk mangsa-mangsa banjir Kedah dan Perlis

Seperti yang kita semua maklum, saudara-saudara kita diuji Allah dengan banjir di Utara dan Timur. Negeri-negeri yang paling teruk terjejas ialah Kedah dan Perlis. Lebih 30,000 orang telah dipindahkan dan ditempatkan di pusat-pusat perlindungan untuk mangsa-mangsa banjir. Ada juga yang tidak dapat berlindung dan terpaksa mendirikan khemah-khemah di perhentian bas dan sebagainya.

Namun apabila banjir surut, satu perkara yang sering menjadi beban kepada mereka: kerja-kerja membersihkan rumah.

IKRAM telah mengadakan bilik kawalan berpusat untuk mengkoordinasikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, khas ketika pasca bencana.

Oleh itu, sumbangan kewangan dari para dermawan yang membaca blog ini amat penting untuk membantu mereka. Wang yang diperolehi akan digunakan untuk membeli peralatan membasuh di samping menghulurkan derma kepada mereka yang terjejas.

Sumbangan boleh disalurkan kepada IKRAM Petaling Jaya:
Sila sms kepada Quziharris (Bendahari) 013-3479694 sekiranya derma telah dimasukkan ke dalam akaun IKRAM PJ.

Semoga Allah merahmati dan menambahkan rezeki untuk hamba-hambaNya yang dermawan.

-IKRAM PJ-

04 November 2010

Takziah buat Akh Shahrudin Omar...

4 November 2010
JOHOR, IKRAM PJ mengucapkan takziah kepada Akh Shahrudin Omar di atas kepulangan ibunda tercinta beliau pagi tadi 1:40am di Hospital Besar Johor Baharu, kerana uzur.

Takziah juga kepada isteri beliau- Haniza Mohd Talha dan ahli keluarga semuanya.

Sama-sama kita doakan Allah memberikan kesabaran kepada keluarga Akh Shahrudin di atas kehilangan ini dan dicucuri rahmat ibunya- tergolong di dalam golongan orang-orang yang dilindungi Allah di akhirat kelak.

Jenazah akan disempurnakan pengebumian di:
KM15 JA 5443,
Kampung Seri Minyak
Melaka

Rumah bersebelahan kubur dan surau.

-IKRAM PJ-