Kalendar IKRAM PJ

30 October 2013

Majlis Ramah Mesra Ikram PJ

Majlis Ramah Mesra Ikram Petaling Jaya telah diadakan pada hari Ahad 27 Oktober 2013 bertempat di Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya.

Program ini dihadiri oleh ahli-ahli Ikram Petaling Jaya berserta keluarga, dan sahabat-sahabat Ikram Petaling Jaya. Program ini bertujuan memberi penerangan kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat Ikram mengenai Ikram dan aktiviti-aktivitinya di daerah, serta bagi merapatkan hubungan silaturahim di antara para peserta.

Program bermula pada jam 8 pagi dengan sarapan pagi yang berkonsepkan “pot luck”. Majlis seterusnya dirasmikan oleh YDP Ikram Petaling Jaya Al-Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin.

Aktiviti-aktiviti seterusnya berbentuk kumpulan yang melibatkan semua lapisan peserta termasuk kanak-kanak. Al-Ustaz Maszlee Malik yang juga seorang ahli Ikram Petaling Jaya telah menyampaikan sebuah tazkirah kepada para peserta, sebelum majlis berakhir dengan gotong-royong. Makan tengahari disediakan dalam bentuk “packed lunch”.

Nota: Foto-foto adalah ihsan Sdri Suraya Syaril, Ummu Syakir, Al-Ustazah Hanida, Sdr Mohd Noor, Dr Normah, Dr Eshamsul, Al-Ustaz Malek.