Kalendar IKRAM PJ

27 October 2011

Rancang Wang Bebas Hutang (RWBH)

Statistik terkini- 41 Belia muflis setiap hari!

Justeru, Pemuda IKRAM Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif menganjurkan program celik ekonomi yang bermanfaat untuk kita semua.

Daftar SEKARANG!  Untuk mendaftar-
1) Anda boleh isi borang di link ini --> Borang Pendaftaran RWBH, atau

2) Tinggalkan maklumat anda di ruangan komen di blog RWBH : (Nama, No IC, No Telefon, Emel dan status pekerjaan (Bekerja/Belajar)), atau

3) Emelkan sahaja maklumat anda kepada amirulletfee@gmail.com atau
munirnajmi@yahoo.com
Ajak Kawan-kawan, sama-sama kita berkongsi ilmu

Untuk maklumat lanjut, hubungi :
Amirul (019-3836859) , atau 
Munir (019-4752412)

26 October 2011

Krisis Kewangan Dunia: Punca dan Penyelesaian..


Semua dijemput hadir.
Program anjuran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar dan IKRAM Petaling Jaya.

27 Oktober 2011
Selepas Maghrib

Jom hadir...

Blog ikrampj kini lebih interaktif

Selamat melungsuri blog ikram petaling jaya!

15 August 2011

Majlis Iftar Perdana IKRAM Petaling Jaya 17 Ogos 2011

IKRAM PETALING JAYA mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan, puan-puan dan keluarga ke Majlis Iftar Perdana IKRAM Petaling Jaya:

Tarikh: Rabu 17 Ogos 2011
Tempat: Madrasah Manarul Islam. Jalan SS 1/35, Kg Tunku Petaling Jaya
Waktu: 6pm - 10pm

Jumpa di sana!

22 July 2011

Dakwah dalam masyarakat majmuk- siri 2



Anjuran bersama
WAMY - IKRAM SJ - IKRAM PJ

Tempat
Dewan Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan (SAMDE)
Subang Jaya, Selangor

Tarikh
Ahad, 24 Julai 2011
830am - 4pm

Pengisian
Sesi 1: Teknik Berdakwah Kepada Belum Islam & Soalan-soalan Lazim Daripada
Bukan Islam
Sesi 2: Praktikal Dakwah (pusat beli-belah berhampiran)
Sesi 3: Workshop Perkongsian Pengalaman

Pendaftaran boleh dibuat kepada Ust Yusri melalui sms di talian 012-2252430
atau melalui email di address muallimyusri@yahoo.com selewat-lewatnya pada
hari Sabtu ni 23 Julai 2011.

Semua dijemput hadir!.

02 June 2011

Berita Komuniti :PROGRAM KESEJAHTERAAN RUMAH TANGGA 2011



TAMAN MEDAN : Wanita IKRAM Petaling Jaya dengan kerjasama Pejabat ADUN Taman Medan, mengambil inisiatif menganjurkan Program Kesejahteraan Rumah Tangga 2011 dengan tema ”Menjejak Kasih, Menyulam Sayang” pada hari Ahad, 15 Mei 2011 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya Sri Manja PJS 3. Program ini memberi manfaat ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya pasangan suami isteri tentang fenomena keganasan rumah tangga dan puncanya, menyingkap rahsia rumah tangga bahagia serta panduan yang sewajarnya.


Perasmian program disempurnakan oleh YB Haniza Mohamed Talha selaku ADUN Taman Medan mengharapkan hasil daripada program ini memberikan impak dalam usaha menggerakkan aktiviti pusat sehenti setempat di kawasan Sri Manja yang akan menjadi model dan diimplementasikan ke seluruh kawasan sekitarnya.


Acara forum kekeluargaan menampilkan panelis terdiri daripada Puan Norlaili binti Mohamad, Peguam Syarie unit Guaman Syarie, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Prof. Madya Dr. Zulfakar Ramlee, Pakar Undang – Undang Keterangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Puan Faridah Maludin, Pusat Sokongan Keluarga Islah (PAKSI - JIM).


Penganjur juga mengadakan acara untuk kanak-kanak antara usia 6 hingga 12 tahun seperti penyampaian khutbah kanak-kanak, pertandingan hafazan dan azan. Di samping itu, peserta juga berkesempatan mengunjungi gerai-gerai jualan barangan terpakai, jualan barangan untuk sumbangan Palestin dan mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma.


Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 200 orang merangkumi golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak. IKRAM mengambil inisiatif ini dengan menyeru masyarakat Islam pertama, kembali kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah dalam mengemudi kehidupan berkeluarga, kedua menyuburkan kasih-sayang dalam rumah tangga dengan menyertai program-program pengukuhan rumah tangga, ketiga menjadi ahli masyarakat yang prihatin dalam usaha membendung gejala keganasan dalam rumah tangga dan keempat, memanfaatkan Pusat Khidmat Krisis Setempat (OSCC) yang diwujudkan di hospital-hospital kerajaan. Wanita IKRAM juga mahu masyarakat tidak membiarkan keganasan rumah tangga membarah dalam senyap yang difahamkan sebagai satu konspirasi senyap (conspiracy of silence). Menghentikan keganasan rumah tangga wajar bagi memastikan survival diri, pasangan dan keluarga terus terpelihara dalam memupuk kesejahteraan dalam rumah tangga sejajar dengan apa yang digariskan oleh Islam.



Sebagai rumusan, kerjasama program seperti ini dijayakan dari semasa ke semasa kerana ianya memberi manfaat kepada masyarakat khusus penduduk di sekitar Taman Medan, Petaling Jaya.

UST. HANIDA BINTI ANDULL SAMAT
KETUA WANITA
IKRAM PETALING JAYA

10 May 2011

Syeikh Faisal Al Maulawi Wafat



Hidayatullah.com--Telah wafat pada hari Ahad (8/5/2011) seorang faqih dari Lebanon, Syeikh Faisal Al Maulawi, pada umur 70 tahun.

Syeikh Al Maulawi merupakan daie dan ulama Islam yang cukup dikenali di Dunia Islam. Sebelumnya beliau adalah Ketua Jamiyyah At Tarbiyah Al Islamiyah. Beliau yang lahir pada tahun 1941 dirujuk sebagai qadhi syar’i (hakim Islam) di Lebanon pada tahun 1968, hingga menjadi penasihat Mahkamah Tinggi Syariat di negera tersebut pada tahun 1988.

Beliau juga pernah menjabat sebagai Wakil Ketua Al Majlis Al Urubi li Al Ifta wa Al Buhuts (Majlis Eropah untuk Fatwa dan Penyelidikan).

Syeikh Faisal Al Maulawi adalah pengganti Syeikh Fathi Yakan sebagai Rektor Al Jama’ah Al Islamiyah Lebanon, yang telah wafat pada tahun 2009 lalu.

Al Maulawi termasuk tokoh yang memiliki perhatian besar terhadap masalah umat Islam dan Palestin. Beliau juga dikenal sebagai ulama mendukung perjuangan Palestin.

Semoga amalan dan jerih payah beliau diterima Allah Subhanahu Wata’aala.

09 May 2011

Program Dakwah

Ikram Petaling Jaya akan mengadakan
Program Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk pada 15/5/2011 (Ahad) bertempat di Pejabat Ikram Petaling Jaya, Taman Sri Manja.


Penceramah jemputan yang berpengalaman:


1. Sesi I -KepentinganDakwahDalamMasyarakatMajmuk : Muhammad Sylvester


2. Sesi II - Kepercayaan Agama Kristian : Muhammad Slyvester


3. Sesi III - Kepercayaan Agama Hindu: Akh Kamaruzaman

4. Sesi IV - Kepercayaan Agama Budha dan amalan Kaum Cina: Bro Ann Wan Seng


Sila hubungi akhi Anuar Aris 012-2083321.

28 April 2011

Program Kesejahteraan Rumah tangga 2011- Menjejak Kasih Menyulam Sayang



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat semoga sihat iman dan amal. Dimaklumkan bhw wanita IKRAM PJ dgn kerjasama Pej ADUN Tmn Medan akan mengadakan PROGRAM KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA DI TAMAN MEDAN

Bantuan ikhwah diperlukan untuk tugasan keselamatan, kebersihan, harap dapat rujuk naqib masing2 untuk tugasan

OBJEKTIF

2.1 Memberi kesedaran tentang fenomena keganasan rumahtangga serta puncanya

2.2 Menyingkap rahsia rumahtangga bahagia di bawah payung sakinah, mawaddah dan rahmah

2.3 Memberi panduan yang sewajarnya dalam menangani gejala keganasan rumahtangga

2.4 Mengumpul data keganasan rumahtangga di kalangan peserta

2.5 Menceriakan kanak-kanak setempat yang hadir dengan program selari buat mereka

NAMA PROGRAM

Program Kesejahteraan Rumah tangga 2011

TEMA.

“Menjejak Kasih Menyulam Sayang”

ANJURAN

Wanita IKRAM Petaling Jaya dengan kerjasama Pejabat ADUN Taman Medan

TEMPAT

Dewan MBPJ Sri Manja PJS 3/44 Petaling Jaya

TARIKH

Ahad 15 Mei 2011/ 12 Jamadil Akhir 1432H

SUMBANGAN

- Sumbangan Pejabat ADUN Taman Medan, IKRAM Petaling Jaya

- Sebarang sumbangan dari mana-mana pihak sama ada pertubuhan, persatuan, syarikat atau individu-individu adalah amat dialu-alukan.

PENYERTAAN

150 orang pasangan suami isteri Penduduk Setempat (Taman Medan)

10. PROGRAM

Perkara

Perincian

Tarikh

15 Mei 2011/ 12 Jamadilakhir 1432 H (Ahad)

Tempat

Dewan Sri Manja, PJS 3/44 Taman Medan, Petaling Jaya

Masa

8.30 pagi-4.30 petang

Tema

“Menjejak kasih menyulam sayang”

Objektif

1. Memberi kesedaran tentang fenomena keganasan rumahtangga serta puncanya


2. Menyingkap rahsia rumahtangga bahagia di bawah payung mawaddah dan rahmah


3. Memberi panduan yang sewajarnya dalam menangani gejala keganasan rumahtangga


4. Mengumpul data keganasan rumahtangga di kalangan peserta


5. Menceriakan kanak-kanak setempat yang hadir dengan program selari buat mereka

Lampiran A

Tentatif program: 15 Mei 2011 (Ahad)/ 12 Jamadilakhir 1432H

Acara utama

Masa

Acara

Tugasan

0830-0900 pagi

Pendaftaran peserta/ketibaan tetamu

Sarapan pagi


0900-0910 pagi

Ucapan alu-aluan YDP IKRAM PJ

Ust Fauzi Asmuin

0910-0930 pagi

Ucapan tetamu kehormat & perasmian

YB Haniza Mohd Talha

0930-0945 pagi

Persembahan Multimedia

Ainil

0945-1115 pagi

Forum :



“Menjejak kasih , menyulam sayang”

Panel 1: Pn Faridah Maluddin (kaunseling

rumahtangga)

Panel 2: Dr. Zulfakar bin Ramlee

( Penolong Profesor Jabatan Undang-undang Islam Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIA / Pakar Undang-undang Keterangan Islam)

Panel 3: Puan Laili (Peguam Syarie JAIS)

Moderator: Ustzh Salina Busrowi

1115-1130 pagi

Persembahan – anak-anak Sri Manja LC/ Desa Sepakat / IKRAM PJ

Ustazah Hamidah/ En. Rahim / En. Ramli

1130-1145 pagi

Penyampaian hadiah kepada acara kanak-kanak


1145-1230 tghari

Pameran (Raudhatus Sakinah/IKRAM PJ/Aqsa Syarif) / Gerai Jumble Sale

Makan tengahari

Siti Aini, Najmi,

1230-0200 ptg

Berehat


0200-0430 ptg

Kaunseling rumahtangga

Fauziah Binti Baharuddin


Pameran/Jumble Sale/Gerai jualan


Sesiapa yg ingin menyumbang barang terpakai spt pakaian (yg msh elok la) , barangan rumah dan mainan kanak2 dialu2kan

Nik Zainab, Nik Aishah


Pemeriksaan kesihatan percuma

Annur Bangi

0430 ptg

Bersurai


Acara selari kanak-kanak

Masa

Acara

Tugasan

0830-0900 pagi

Pendaftaran peserta/Sarapan pagi

Nurul Mutmainnah / Puteri Azizah

0900-0915 pagi

Ucapan alu-aluan (JK Aulad IKRAM PJ)

Taklimat peserta/ Bacaan Doa

Pn Kalsom

0915-0930 pagi



0930-1100 pagi

1.0 Pertandingan Mewarna

Tahap 1 (6-8 tahun)

Tmpt

PIC

Hakim


Rohana






2.0 Kuiz Seerah (terbuka)


Siti Hajar



3.0 Pertandingan rekaan kreatif – kad untuk ibu bapa

Tahap 2 (9-12 tahun)


Mazlin









4.0 Pertandingan Azan

Tahap 1

5.0Hafazan Tahap 2


Khairul






Yusuf


1100-1130 pagi

Berkumpul

Pemberian cenderahati kepada semua peserta


1130-1145 pagi

Pemberian hadiah kepada pemenang


Sumbangan tenaga , kewangan dan kerjasama daripada ikhwah dan akhawat amat diharapkan. Jzkk


Ust Hanida

KW IKRAM PJ



__._

27 March 2011

Mesyuarat Agung Daerah Pertama IKRAM PJ


Assalamu 'alaikum wm wbkth,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Daerah(MAD) kali Pertama bagi PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) DAERAH PETALING JAYA akan diadakan seperti berikut :-

TARIKH : 27 MAC 2011 bersamaan 22 Rabiul Akhir 1432H(AHAD)
MASA : 2.30 PTG
TEMPAT : PEJABAT IKRAM PJ
NO 10-2 JALAN PJS 3/59
SRI MANJA SQUARE II
TAMAN SRI MANJA
46000 PETALING JAYA

AGENDA:

a. Pengerusi Tetap Mengambil Tempat

b. Ucapan Aluan Pengerusi Tetap

c. Bacaan Al-Qur'an

d. Pengiraan Korum

e. Ucapan Yang Dipertua Daerah (YDP)

f. Ucapan Perasmian Wakil IKRAM Negeri Selangor

g. Pembentangan Laporan Tahunan dan Pengesahan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010

h. Pemilihan (jika ada kekosongan jawatan)

i. Melantik wakil wanita daerah ke Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri (jumlah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Wanita IKRAM)

j. Pembentangan dan Perbahasan Usul(jika ada)

k. Penggulungan

l. Ucapan Penangguhan

Sekian. Wassalam.

Yang menjalankan Amanah,

MOHD KAMAL MOHD RATHI
SETIAUSAHA IKRAM PJ Sesi 2010-2012

23 March 2011

Kejohanan Street Soccer Remaja Masjid pada 27/3/2011



Dijemput kepada semua untuk datang membantu dan memeriahkan program...

Jazakumullah khairan kathira...

Anas bin Fauzi
b/p Unit Remaja, Pemuda IKRAM PJ

03 March 2011

Rehlah Keluarga IKRAM PJ 12-13 Mac 2011



Jom-jom kita pakat pergi ke Rehlah Keluarga IKRAM PJ.

Bertempat di Pasir Salak Resort. Boleh layari laman web mereka: http://www.pasirsalakresort.com.my

Sila hubungi Mohd Noor: mohdnoor@pd.jaring.my atau telefon: 0193592566 secepat mungkin.

Tempat TERHAD!!

Agenda program:

12 Mac 2011

06.00 Solat Subuh di Masjid Manjalara

08.00 Bertolak secara "convoy"

11.00 Lawatan Ke Pusat Pemuliharaan Tuntung, Bota Kanan

14.00 "Check-in" Pasir Salak Resort/mandi kolam

16.00 Minum petang/Taklimat/Acara Ibubapa dan anak-anak

19.30 Solat Maghrib/makan malam/ persembahan

23.00 Tidur


13 Mac 2011

05.00 Qiyam/Solat Subuh/Tazkirah

07.30 Sarapan/Penyampaian Dr Hafizi Mohd Nor mengenai sejarah Tanah Melayu

11.00 Penutup/Lunch

12.00 Lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak/Industri Labu Sayong/Bersurai

25 February 2011

Laporan Program Maulidur Rasul di Masjid Mujahideen, Damansara Utama PJ

15 Februari 2011- Damansara Utama.

Program maulidur rasul telah berjaya dilaksanakan oleh IKRAM Petaling Jaya bergandingan dengan AJK Masjid Mujahideen, Damansara Utama dan ahli kariahnya. Ceramah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Nor dari Aqsa Syarif bermula dari selepas Maghrib sehingga 10pm. Dianggarkan seramai 200 orang menghadiri program ini. Sumbangan RM2901.65 berjaya dikutip pada malam ini.



IKRAM PJ ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Masjid Mujahideen kerana memberi peluang untuk menganjurkan program ini. Tidak dilupakan juga Hidayah Centre kerana bersama-sama turut sama mengadakan pameran dan jualan sempena program ini.

Gambar-gambar seterusnya boleh didapati di: http://www.facebook.com/album.php?aid=44180&id=111983842185642&saved

13 February 2011

Pergolakan di Mesir dan Timur Tengah, Di mana Kesudahannya?

Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan hormatnya menjemput saudara dan saudari untuk menghadiri satu wacana bertajuk ‘Pergolakan di Mesir dan Timur Tengah, Di mana Kesudahannya?" Maklumat wacana adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 Februari 2011 (Rabu)

Waktu: 8.00 malam – 11.00 malam

Tempat: K Club, Taman Melawati (http://www.kclub.com.my/images/Map.jpg)


Ahli Panel:

(1) Prof Madya Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mohd Dahan (Cairo University)

(2) Prof Dr Nazari Ismail (Universiti Malaya)

(3) Ustaz Wan Subky Wan Soleh (IKRAM)

(4) Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Universiti Putra Malaysia) - Moderator

Wacana ini adalah terbuka kepada semua!.

-IKRAM Malaysia-

08 February 2011

Ceramah Dr. Hafidzi Mohd Noor sempena Maulidur Rasul di Masjid Mujahideen, Damansara Utama, Petaling Jaya


Ceramah khas Dr Hafidzi Mohd Noor sempena Maulidur Rasul di masjid Mujahideen Damansara Utama pada 15 Feb 2011 hari Selasa selepas maghrib.

Tajuk: Maulidur Rasul dan Pembebasan al-Aqsa.

Semua dijemput hadir beramai-ramai.

31 January 2011

Kepimpinan Islam Akan Kembali

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Sunnatullah atau Hukum Allah yang berlaku dalam kehidupan di dunia mengambil bentuk yang berbagai.

Di antaranya adalah seperti :

1. Benda yang dilempar ke atas mestilah jatuh ke bawah.

2. Manusia yang lapar dan haus bererti perlu makan dan minum untuk menghilangkannya.

3. Seseorang yang ditetak tangannya niscaya akan terluka dan berdarah.

4. Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan: ada siang ada malam, ada panas ada dingin, ada sehat ada sakit, ada senang ada susah, ada lapang ada sempit, ada kaya ada miskin, ada menang ada kalah.

Selain contoh-contoh di atas masih banyak lagi bentuk sunnatullah yang berlaku di atas muka bumi ini.

Selanjutnya sila ikuti:

facebook ikrampj.

29 January 2011

BICARA YDP IKRAM Selangor (sempena peristiwa besar yang berlaku di Mesir)

Assalamualaikum wmt wbkth

Segala puji bagi Allah SWT Rabbul Jalil. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w penutup segala kenabian.

Hari ini seluruh kota Mesir (Egypt) sedang meledakkan kemarahannnya. Kemarahan masyarakat yang meluap-luap yang tidak mampu lagi ditahan dan dibendung akibat kezaliman Regim Gamel Abd Nasir yang sejak sekian lamanya menindas rakyat dengan sistem kuku besinya, rasuah dan pemerintahan polis yang kejam dan memenjarakan seluruh para penentangnya.

Hari ini kuasa dan taringnya sudah hilang dan lesu. Kukunya sudah hilang dan lembik tidak mampu lagi menahan kemarahan bangsanya sendiri. Ini adalah satu pengajaran buat para Diktator manapun di dunia ini. Memerintah dengan adil dan kasih sayang atau menerima ancaman kemarahan rakyatnya sendiri.

Imam Hassan Al-Banna pernah dalam tulisannya mengatakan kepada pemerintah Mesir waktu itu agar melakukan perubahan. JIka mereka gagal melakukannya rakyat akan bangkit bukan disebabkan oleh Ikhwanul Muslimun (IM) bahkan oleh kezaliman dan kebodohan regim mereka itu sendiri yang gagal menerima seruan dan nasihat. Hari ini Ikhwan Muslimun Mesir menyeru rakyat untuk bertahan dan bersatu menentang regim ini dengan sabar dan aman. Mereka adalah harapan baru bagi ummah dan kini hampir puluhan pemimpin tertinggi IM ditangkap. Kita semua berdoa agar mereka segera dibebaskan dari tahanan. IM telah lama bersabar dengan dakwah dan seruan mereka yang bijaksana. Mendidik masyarakat dengan Islam dan mengajak masyarakat kembali kepada cara hidup Islam sejak ianya diasaskan.

IM pernah menerima gegaran penangkapan dan pengharamannya serta penyiksaan ribuan anggotanya disiksa dan dibunuh dengan kejam oleh Regim Jamal Abd Nasir. Namun IM tetap tabah dan thabat mengharung tempoh penyiksaan, pembunuhan dan pemenjaraan yang sangat panjang. Regim ini telah membunuh jiwa rakyatnya dengan rasa takut kepada kekejaman serta tekanan polis-polis rahsianya yang sentiasa berada di mana-mana. Kini seminggu lepas Regim Tunisia berakhir, kemarahan rakyat Tunis menjalar ke bumi anbiya ini. Kini rakyat yang telah ditekan terlalu lama mula berani membuka segala penjara ketakutan mereka selama ini. Mereka sudah terlalu lama oleh tekanan "under siege" yang menyebabkan jiwa mereka tertekan dan tidak berani menyatakan tidak kepada Regim zalim selama ini.

Kita berharap esok Regim ini akan musnah. Esok kita berharap satu perubahan baru dalam landskap politik Mesir akan berlaku. Reformasi dalam sistem politik, ekonomi dan sosial serta pendidikan akan membuka pintu baru bagi Mesir yang baru. Ini tidak bermakna dakwah dan jihad telah selesai. IM akan terus bekerja melakukan perubahan ini. Menawarkan solusi dan kebijaksanaan baru bagi bangsa Mesir dan demi kebaikan ummah di sana.

Saya menjangkakan satu kudeta akan berlaku di Mesir jika kerajaan sedia ada gagal menerima kemarahan rakyat hari ini. Namun adalah diharapkan ianya akan bersifat sementara sebelum diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kepimpinan yang terbaik dari putera-putera Mesir yang baik dan dan beriman. Di sinilah peluang bagi dakwah IM. Jika sebelum ini IM ingin mendaftarkan parti politik tidak dibenarkan dan IM terus diharamkan, kita berharap semua ini akan berubah dalam seminggu hingga beberapa bulan reformasi di Mesir ini akan berlaku. Jika reform benar-benar berlaku, IM akan mula dihalalkan. Akan mudahlah dakwah ini menyampaikan risalahnya tanpa rasa takut lagi. Parti Politik IM akan didaftarkan, maka mudahlah para politik IM beraksi di pentas politik Mesir membawa cita rasa dan idea Islam dalam negara ini. Jika berlaku reform, akan bebaslah semua tahanan politik Mesir sejak sekian lam yang duduk di bawah tanah dan penjara yang gelap dan kotor itu. Kita doakan semua tahanan IM akan bebas. Moga Naib Mursyid IM Ir Khayrat Shatir akan bebas dari mahkamah tentera sejak sekian lamanya. Moga semua mereka akan bebas dengan izin Allah SWT

Malam ini bangunan parti pemerintah Regim Gamal Abd Nasier telah terbakar. Ini adalah hari akhir buatnya dan para penzalim. Esok adalah hari kebangkitan baru buat Mesir. Moga Allah SWT akan terus memberikan keberanian kepada putera-putera Mesir untuk menyatakan " down! down Gamel" . Saya yakin samada beliau akan lari meninggalkan buminya ke negara lain atau beliau akan ditahan dan dibicarakan di mahkamah atas segala kezalimannya sejak 30 tahun yang lalu. Selamat tinggal Gamel Abd Nasier dan selamat datang hari kebahagian buat Bangsa Mesir ' Viva Egypt!".

Ikhwah dan akhawat. Ini menuntut kita semua beramal. Beramal dengan tekun dan sabar. Allah SWT akan menentukan masa kemenangannya. Usaha dakwah dan tajmik. Usaha membina syakhisyyah Islamiyyah di kalangan umat. Memilih anasir soleh dan mendidik mereka dengan syakhsiyyah jamaiyyah seterusnya membawa mereka ke alam realiti dakwah dan pengorbanan, ke arah riaayah jamahiriyyah. Melakukan dakwah, memuliakan ummah, menyantuni masyarakat dengan dakwah dan kebaikan. Rakyat akan melihat amal kita. Amal kita akan berbicara. Berbicara dengan jujur dan ikhlas lebih kuat dari suara-suara kita. Oleh itu teruslah bekerja dengan penuh sabar dan thabat, jujur dan ikhlas mengharapkan wajah Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar

maha kuat lagi maha perkasa" (al-Hajj:40).

Firman Allah yang bermaksud; "Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan

Allah, dipesakakannya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (al A'raf:128).

Firman Allah yang bermaksud;

"Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat

kerosakan di (muka) bumi dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa" ( al-Qasas:83).

Segala kebenaran hanya milik Allah SWT

Kepada Pemangku YDP IKRAM SEL Hj Mazmi terima kasih dan selamat terus beramal dan berjuang.

Faqir Ilaihi

Saudara kamu

Shamsul Ma'arif Hj Ismail

YDP IKRAM Selangor

(kini di Oxford UK)

Kenyataan Ikhwan Muslimin mengenai peristiwa 25 Januari 2011 dan implikasinya

Mesir yang berada di tengah-tengah dunia Arab dan Islam terkesan dengan berbagai-bagai peristiwa besar dan penting. Kini rakyat Mesir di kota Kaherah dan Bandar-bandar lainnya bangkit untuk menyatakan bantahan serta kemarahannya terhadap tindakan melampau dan pencabulan undang-undang yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah. Mereka bergerak secara aman, tertib dan berdisiplin. Yang ketara golongan muda berada di barisan hadapan. Semuanya sepakat menyatakan dengan jelas dan tegas apa yang mesti dilakukan demi masa depan rakyat dan Negara. Mereka menuntut pembaikan, keamanan, kebebasan dan pemulihan demokrasi. Tanpa semua itu keadaan Mesir tidak akan aman dan stabil.

Dalam situasi ini Ikhwan Muslimin berdiri teguh bersama-sama dengan rakyat Mesir dan menyokong sepenuhnya tuntutan mereka. Ikhwan mengucapkan tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Mesir di atas kebangkitan yang positif, aman dan diberkati. Ikhwan juga menghulurkan ucapan takziah kepada keluarga syuhadak yang terdiri dari orang awam dan anggota keselamatan yang telah terkorban di dalam peristiwa ini. Ikhwan berdoa kepada Allah agar mengampuni mereka dan amalan mereka diterima. Untuk mereka yang tercedera Ikhwan mendoakan agar mereka cepat sembuh.

Ikhwan ingin menegaskan beberapa perkara berikut:

1. Kebangkitan rakyat Mesir yang bermula pada hari Selasa 25 Januari 2011 adalah satu kebangkitan yang aman, matang dan bertamadun. Ia mesti berterusan seperti ini untuk melawan kerosakan, kezaliman dan kediktatoran sehingga tercapai apa yang diinginkan, iaitu pembaikan yang menyeluruh bermula dengan pembubaran Dewan Rakyat yang terbentuk secara penipuan terang-terangan, kemudian diikuti dengan mengadakan pilihanraya yang bebas dan bersih di bawah seliaan penguatkuasa undang-undang sepenuhnya.

2. Pemerintah Mesir mestilah menyahut kehendak rakyat dan segera melaksanakan pembaikan yang mereka mahu serta menghentikan dengan segera polisi kekerasan dan melawan kehendak rakyat yang diperakui oleh undang-undang Negara. Pemerintah hendaklah mengambil tindakan pantas, serius dan berkesan dalam merealisasikan apa yang dituntut demi kebaikan semua golongan. Pemerintah hendaklah jangan sekali-kali bertindak kasar ke atas rakyat yang menunjuk perasaan dan hendaklah membebaskan segera mereka yang ditahan dalam kebangkitan ini dan yang ditahan sebelumnya.

3. Sesungguhnya Ikhwan Muslimin adalah satu pertubuhan Islam yang merangkumi semua aspek. Dan ahli-ahlinya adalah terdiri daripada susur galur masyarakat Mesir yang sentiasa bersama-sama dengan mereka dalam suka dan duka serta turut merasai keperitan hidup mereka. Ikhwan sentiasa mengajak ahli-ahlinya dan saudara-saudaranya di Negara-negara Islam dan Negara-negara bukan Islam agar berkerjasama, tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa, menyeru supaya berusaha menegakkan keadilan, memantapkan asas-asas kebenaran dan mengutamakan kepentingan umat mengatasi kepentingan perseorangan atau kepentingan sesuatu golongan. Ikhwan menyeru semua pihak dalam menghadapi keadaan yang genting ini agar bersatu hati menentang kezaliman, penyelewengan, penipuan dan kekacauan. Usaha ini mestilah dilakukan dengan cara yang selamat, bersungguh-bersungguh serta mengambil kira reality. Jangan rosakkan mana-mana institusi, harta milik awam atau individu. Kita mesti bersabar dalam mempertahankan kaedah ini sehingga tuntutan rakyat yang dijamin oleh undang-undang terlaksana.

Adalah penting untuk kita berkerjasama dengan semua pihak termasuk parti-parti politik dan berdiri di dalam satu barisan, menyamakan gerak langkah dan menyatukan suara bersama-sama rakyat jelata sehingga terlaksana kehendak mereka semuanya.

Ikhwan Muslimin

Kaherah: 22 Safar 1432H bersamaan 26 Januari 2011M.

26 January 2011

Pengiktibaran Tunisia

Satu kenyataan oleh Ikhwanul Muslimin baru-baru ini menegaskan bahawa gerakan itu berkeyakinan reformasi segera diperlukan jika Mesir ingin mengelak daripada pemberontakan bersejarah di Tunisia yang telah disaksikan oleh seluruh dunia.

Insiden yang berlaku di Tunisia sepanjang Disember 2010 dan Januari 2011 merupakan titik penting bagi peristiwa yang dilalui oleh penduduk rantau Arab dan dunia Islam. Rakyat Tunisia telah bangkit melawan penindasan, kezaliman dan rasuah yang dilakukan oleh pemerintah, keluarganya serta pembantu-pembantunya selama suku abad.

Seluruh dunia, khususnya Barat dan Zionis terkejut dengan apa yang berlaku dan tiada siapa pun dapat menahan kemarahan rakyat yang meletus di muka kezaliman. Rejim-rejim Arab juga dalam keadaan tidak menentu dan tersentak dengan nasib diktator Tunisia yang terpaksa melarikan diri.

Kebangkitan rakyat Tunisia memberikan peringatan jelas kepada semua pihak, di dalam dan luar Tunisia;
  1. Ia memberi harapan kepada rakyat yang tertindas bahawa rakyat yang tertekan boleh mencapai kejayaan;
  2. Ia memperingatkan penindas serta rejim dan pemimpin rasuah bahawa tidak ada yang kekal dan tiada jawatan yang selamat;
  3. Ia adalah isyarat kepada kuasa zalim dan mereka yang menggunakan wang untuk membonekakan pemerintah dunia ketiga, terutama di negara Arab dan Islam.

Isyarat-isyarat ini merupakan titik tolak penting serta dimensi baru dalam kehidupan rakyat negara Arab dan Islam. Kami yakin bahawa alasan dan motif kebangkitan di Tunisia adalah sama dan serupa dengan banyak negara di rantau ini, terutama Mesir.

Jika situasinya sama, seperti rasuah, ketidak-adilan, krisis ekonomi dan penindasan rejim yang berpanjangan, maka negara-negara lain juga akan menuju ke arah yang sama, yakni kebangkitan rakyat.

Disebabkan kami (IM) sangat cintakan keamanan dan kestabilan, kami percaya bahawa perjuangan berlandaskan perlembagaan akan berhasil sekiranya berlaku reformasi dalam arena politik, ekonomi dan sosial. IM yang merupakan sebahagian daripada negara Mesir berpandangan bahawa pelbagai pihak dan sistem dalam negara ini mampu berubah, jika terdapat kemahuan untuk berubah.

Persamaan ini; iaitu kestabilan oleh rakyat dan Ikhwanul Muslimin yang berdepan dengan kepincangan sistem pemerintah, kemampuan - dan tanggungjawab IM - untuk membawa reformasi damai dan perubahan positif; kita mengatakan bahawa persamaan ini sedang melalui satu fasa kritikal dan halus. Tetapi sayangnya sistem ini tidak mengambil langkah-langkah serius untuk memerangi rasuah dari merebak dan membawa pembaharuan yang diperlukan. Situasi ini tidak boleh diteruskan ketika sistem tidak seimbang sedangkan mereka kelihatan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah kecuali dengan merujuk kepada anggota keselamatan sambil mengelakkan diri mereka dari berusaha. Jika sistem yang sekarang tidak bergerak cepat untuk mengambil tanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk membawa pembaharuan serius, kestabilan tidak akan bertahan lama.

Oleh kerana kami sangat menghargai kestabilan negara dan demi mengelakkan kemarahan rakyat, kami menuntut:

  • Pertama: Pemansuhan Undang-Undang Darurat yang dipaksa ke atas rakyat Mesir selama tiga puluh tahun tetapi gagal menghasilkan keamanan atau mencegah jenayah.
  • Kedua: Pembubaran Dewan Rakyat ‘palsu’ dan mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di bawah penyeliaan penuh pihak kehakiman bagi memenuhi hasrat sebenar rakyat dan membolehkan mereka mencapai cita-cita dan aspirasi mereka.
  • Ketiga: Melakukan pindaan Perlembagaan bagi Artikel 5, 76, 77, 88 dan 179 bagi memastikan kebebasan mengadakan pilihanraya dengan pilihan demokratik dalam pilihanraya Presiden yang akan datang di bawah penyeliaan kehakiman. Ia juga akan menghapuskan konflik perlembagaan dan mencapai keserasian dengan asas, sejarah, kebudayaan dan tamadun negara besar ini.
  • Keempat: Mengambil tindakan segera dan efektif bagi menyelesaikan masalah rakyat yang kritikal seperti memulakan reformasi ekonomi bagi membolehkan kita mencapai keadilan sosial dengan menyediakan barangan keperluan dan ubatan, reformasi sistem pendidikan serta menyediakan bajet untuk kesihatan. Antara langkah yang boleh diambil ialah:
    1. Menggunakan dana lebihan yang mana lebih 1200 billion Pound Sterling kini dikawal oleh orang-orang yang menyalahguna kuasa.
    2. Menggunakan kemudahan dan keistimewaan yang diberikan kepada Menteri dan Pegawai Kanan Kerajaan bernilai berbilion paun serta melelong apa yang tidak perlu untuk membantu rakyat.
    3. Menghentikan penghantaran minyak dan gas kepada Zionis dan menilai semula harga komoditi tersebut serta mengeksportnya ke negara lain.
    4. Menilai semula harga tanah bernilai beratus bilion paun yang diperuntukkan kepada beberapa ahli perniagaan dan perasuah dan menjualnya secara lelong untuk manfaat rakyat.
  • Kelima: Menilai semula polisi luar negara Mesir terutama terhadap rejim Zionis dan keperluan memutuskan hubungan dengan mereka serta bagi menyokong gerakan pembebasan Palestin dan menubuhkan negara Palestin beribunegarakan Baitul Maqdis.
  • Keenam: Membebaskan dan memberi pengampunan kepada semua tahanan politik dan semua yang dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah khas yang tidak mempunyai bidang-kuasa mengadili orang awam seperti Mahkamah Tentera atau Mahkamah Keselamatan Negara.
  • Ketujuh: Memberikan respons kepada tuntutan-tuntutan yang diutarakan oleh pelbagai pihak sejak sekian lama.
  • Kelapan: Kebebasan menubuhkan parti politik serta menghapuskan sekatan terhadap penerbitan akhbar serta media lain.
  • Kesembilan: Perbicaraan ke atas penyalahguna kuasa dan perasuah yang telah mengumpul kekayaan dengan cara salah sejak sekian lama.
  • Kesepuluh: Menghidupkan masyarakat madani, pemansuhan gangguan pasukan keselamatan dalam hal-ehwal dalaman sekolah, universiti, kesatuan sekerja, NGO, wakaf dan pertubuhan hak-hak asasi manusia.

Ikhwanul Muslimun

19 Januari 2011

Artikel Asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=27890