Kalendar IKRAM PJ

16 September 2012

Majlis Sambutan Eidul Fitri Ikram PJ 1433H



YDP IKRAM PJ sedang berucap

Usaha-usaha da’wah dan kebajikan yang diteraju oleh Pertubuhan Ikram Malaysia PJ semakin mendapat tempat di hati masyarakat di daerah ini. Begitu juga dengan langkah-langkah usahasama dengan badan-badan, agensi-agensi, masjid-masjid dan surau-surau, hubungan ini nyata membawa manfaat kepada usaha-usaha pengislahan masyarakat.

Sebagai meraikan simbol kemenangan ke atas hawa nafsu dengan menjalani sebulan ibadah di bulan Ramadan, Ikram Petaling Jaya telah menganjurkan Majlis Sambutan Eidul Fitri Ikram PJ 1433H. Konsep majlis kali ini adalah meraikannya dengan wakil-wakil penduduk dan badan-badan di sekitar daerah Petaling Jaya, di samping mengukuhkan kedudukan Ikram sebagai NGO yang mesra masyarakat.

Majlis telah diadakan pada 31 Ogos 2012 (hari Jumaat) bertempat di perkarangan Pejabat Ikram Daerah Petaling Jaya, Taman Seri Manja. 

Seramai lebih kurang 170 orang jemputan telah hadir ke majlis ini. Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli Ikram PJ serta keluarga, ahli-ahli Ikram Siswa dan penuntut-penuntut IPT di sekitar Daerah Petaling Jaya, wakil Jawatankuasa Ikram Pusat serta keluarga, wakil Ikram Daerah Kuala Langat serta keluarga, wakil-wakil masjid dan surau, serta wakil Destinasi Anak Muda (DAM) Petaling Jaya Selatan. 

Majlis yang bermula pada 10 pagi itu dimulai dengan ucapan oleh YDP Ikram PJ, Al-Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin, diikuti dengan penerangan mengenai Ikram PJ oleh Setiausaha Ikram PJ Sdr Mohd Hasyahril Mohd Hashim. Majlis juga diserikan oleh persembahan nasyid oleh remaja-remaja Ikram PJ, serta pemberian goodies raya kepada kanak-kanak. 

Dengan kehadiran yang baik dan kejayaan perjalanan majlis, adalah diharapkan agar Ikram PJ dapat terus menyantuni masyarakat dan bersama-sama mereka membawa agenda perubahan. 
Pengarah Majlis

"Jajaran" satay untuk dimakan

Ustaz Maszlee dan keluarga

Antara akhawat yang hadir

"Geng" back benchers

Banner IKRAMTeens dan IKRAM Youth

Kambing golek untuk dimakan..bukan ditengok

Kiri ke kanan: Mohd Noor (Tarbiah IKRAM PJ), Nazarudin dan Ustaz Roslan

Antara dif wanita yang hadir

Bacaan doa oleh Mas'ul Tarbiah IKRAM PJ

Antara beberapa ahli DPN yang hadir- Tengah: Hj. Shahrom, kanan: Ustaz Roslan

"Back benchers" akhawat

Baik-baik makan satay..jangan cucuk mulut dah

Masya-Allah suara yang sangat merdu.. boleh bernasyid lagi

Antara dif lelaki yang hadir

Wakil JKP- Hj. Nahar (IKRAM Hulu Langat) mewarnai majlis dengan nasyid spontan

Akhawat "memperagakan" uniform IKRAM PJ

Khemah di hadapan pejabat IKRAM PJ

Sambil menyapu sampah sambil posing..




06 September 2012

Jemputan Majlis Eidul Fitri IKRAM Pusat dan Selangor

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Pusat dan Selangor menjemput dengan segala hormatnya tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Ramah Mesra Sempena Eidulfitri. Maklumat adalah seperti di bawah. Jom!