YDP IKRAM PJ sedang berucap
Usaha-usaha da’wah dan kebajikan yang diteraju oleh Pertubuhan Ikram Malaysia PJ semakin mendapat tempat di hati masyarakat di daerah ini. Begitu juga dengan langkah-langkah usahasama dengan badan-badan, agensi-agensi, masjid-masjid dan surau-surau, hubungan ini nyata membawa manfaat kepada usaha-usaha pengislahan masyarakat.
Sebagai meraikan simbol kemenangan ke atas hawa
nafsu dengan menjalani sebulan ibadah di bulan Ramadan, Ikram Petaling Jaya telah
menganjurkan Majlis Sambutan Eidul Fitri Ikram PJ 1433H. Konsep majlis
kali ini adalah meraikannya dengan wakil-wakil penduduk dan badan-badan di
sekitar daerah Petaling Jaya, di samping mengukuhkan kedudukan Ikram sebagai
NGO yang mesra masyarakat.
Majlis telah diadakan pada 31 Ogos 2012 (hari
Jumaat) bertempat di perkarangan Pejabat Ikram Daerah Petaling Jaya, Taman Seri
Manja.
Seramai
lebih kurang 170 orang jemputan telah hadir ke majlis ini. Mereka ini terdiri
daripada ahli-ahli Ikram PJ serta
keluarga, ahli-ahli Ikram Siswa dan penuntut-penuntut
IPT di sekitar Daerah Petaling Jaya, wakil Jawatankuasa Ikram Pusat serta
keluarga, wakil Ikram Daerah Kuala Langat serta
keluarga, wakil-wakil masjid dan surau, serta wakil Destinasi Anak Muda (DAM) Petaling
Jaya Selatan.
Majlis yang bermula pada 10 pagi itu dimulai dengan ucapan oleh YDP Ikram PJ, Al-Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin, diikuti dengan penerangan mengenai Ikram PJ oleh Setiausaha Ikram PJ Sdr Mohd Hasyahril Mohd Hashim. Majlis juga diserikan oleh persembahan nasyid oleh remaja-remaja Ikram PJ, serta pemberian goodies raya kepada kanak-kanak.
Dengan kehadiran yang baik dan kejayaan perjalanan majlis, adalah diharapkan agar Ikram PJ dapat terus menyantuni masyarakat dan bersama-sama mereka membawa agenda perubahan.
Pengarah Majlis
"Jajaran" satay untuk dimakan
Ustaz Maszlee dan keluarga
Antara akhawat yang hadir
"Geng" back benchers
Banner IKRAMTeens dan IKRAM Youth
Kambing golek untuk dimakan..bukan ditengok
Kiri ke kanan: Mohd Noor (Tarbiah IKRAM PJ), Nazarudin dan Ustaz Roslan
Antara dif wanita yang hadir
Bacaan doa oleh Mas'ul Tarbiah IKRAM PJ
Antara beberapa ahli DPN yang hadir- Tengah: Hj. Shahrom, kanan: Ustaz Roslan
"Back benchers" akhawat
Baik-baik makan satay..jangan cucuk mulut dah
Masya-Allah suara yang sangat merdu.. boleh bernasyid lagi
Antara dif lelaki yang hadir
Wakil JKP- Hj. Nahar (IKRAM Hulu Langat) mewarnai majlis dengan nasyid spontan
Akhawat "memperagakan" uniform IKRAM PJ
Khemah di hadapan pejabat IKRAM PJ
Sambil menyapu sampah sambil posing..
No comments:
Post a Comment