Kalendar IKRAM PJ

26 July 2010

Laporan Qiam Ahli IKRAM PJ 24-25 Julai 2010

Akh Anuar Aris sedang menyampaikan tazkirah subuh- khusu' para hadirin

25 Julai 2010
Alhamdulillah program Qiam selamat diadakan. Setelah selesai solat subuh berjemaah, tazkirah subuh disampaikan oleh Akh Anuar Aris menyentuh mengenai Fiqhus Seerah Ar-Rasul SAW.

Program qiam tamat pada 7am dan diteruskan dengan riadhah (bersukan).


Kami berpeluang menimba ilmu pendidikan jasmani daripada Amir- salah seorang peserta qiam yang sedang menuntut di Insitutu Bahasa (IPGMKBM) tentang cara yang betul dan  kepentingan regangan sebelum memulakan aktiviti sukan. 
Hari ni Cikgu Amir tak ngajar BM, tapi PJ ye murid-murid..

Untuk melakukan regangan, kami berlari-lari anak ke taman Kelana Jaya berhampiran stadium. Seterusnya kami memulakan regangan atas ke bawah.. seperti biasa... Cikgu tanya: "Mengapa kena kira sampai lapan? bukan 5 atau 10?" Jawapannya.. nak tahu? sila berikan komen di bawah..

Kami diajarkan pelbagai teknik baru regangan.. Barulah tahu ada senaman perut versi lama dan baru.. dan senaman perut ini ada 3 yang boleh dilakukan sendiri..dari mudah ke tahap tertinggi.. baru buat sikit dah terasa ada 6 packs..kononnya..
Cikgu menunjukkan senaman perut tahap otai..buat sikit terasa kesannya

Ahad depan, insya-Allah, tak ada aral kita beriadhah dengan badminton.. ingat..kena buat regangan..kang ada yang putus tendon...

Untuk gambar-gambar selanjutnya, sila lakukan carian ikrampj di dalam facebook..

23 July 2010

Qiam Ahli IKRAM PJ 24-25 Julai 2010

Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan program Qiamulail (qiam) akan diadakan di Surau An-Naimah SS7/17J Kelana Jaya ("surau Anas"), bermula pada 10pm Sabtu, 24 Julai 2010 dan berakhir pada pagi Ahad 25 Julai 2010.

Semua ahli IKRAM PJ lelaki (ikhwah) dijemput hadir.

Agenda program:
24/7
10pm: Pengisian ruhiyah
12am: Tidur

25/7
04am: Qiam fardhi
05am: Qiam jamaie, solat subuh dan ma'thurat
07am: Tazkirah
08am: Riadhah

Marilah sama hadir dan menjayakan wasilah tarbiyah kita..

wassalamualaikum

Ucapan Takziah di atas pemergian ayahanda Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin..



Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin
YDP IKRAM Petaling Jaya






IKRAM PJ mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ayahanda ustaz.

Untuk makluman, ayah ustaz selamat dikebumikan di Sg Air Tawar, Sabak Bernam Selangor pada 22 Julai 2010.

21 July 2010

Alamat emel sementara..

IKRAM PJ baru sahaja menyewa premis di Taman Sri Manja- Taman Medan, PJ. Masih lagi dalam proses pengubahsuaian.. Jadi tak ada telefon, tak ada apa.. Apa-apa pun buat sementara ini untuk pertanyaan boleh ajukan secara emel kepada: taqwaman@gmail.com

Portfolio Jawatankuasa Pusat IKRAM

Portfolio-Portfolio
Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
Sesi 2010-2014

1. Pejabat Presiden IKRAM
1. Presiden – Ustaz Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad (Pengerusi)
2. Timbalan Presiden – Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom
3. Naib Presiden – Ustaz Wan Subki Wan Salleh
4. Naib Presiden – Hj. Syed Ibrahim Syed Noh
5. Setiausaha Agung – Hj. Zaid Kamaruddin
6. Bendahari – Prof. Dr. Alauddin Mohd Ali
7. Penolong Setiausaha Agung – Hj. Mohamad Yaakub Idris
8. Ketua Wanita – Ustazah Maznah Daud
9. Tugas-Tugas Khas – Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli

2. Jawatankuasa Pentadbiran
1. Setiausaha Agung – Hj. Zaid Kamaruddin (Pengerusi)
2. Penolong Setiausaha Agung – Hj. Mohamad Yaakub Idris (Timbalan Pengerusi)

3. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan
1. Bendahari – Prof. Dr. Alauddin Mohd Ali (Pengerusi)
2. Hj. Nahar Md Nor (Timbalan Pengerusi)

4. Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia
1. Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria (Pengerusi)
2. Hj. Fadzil Saleh (Timbalan Pengerusi)
3. Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor (Timbalan Pengerusi)
4. Wakil Wanita

5. Jawatankuasa Perancangan Ekonomi
1. Hj. Shaharom Md Shariff (Pengerusi)

6. Jawatankuasa Pembangunan Institusi
1. Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom (Pengerusi)

7. Jawatankuasa Penerangan & Media
1. Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom (Pengerusi)
2. Hj. Nahar Md Nor (Timbalan Pengerusi)

8. Jawatankuasa Perhubungan Dalam Negeri
1. Hj. Zaid Kamaruddin (Pengerusi)
2. Hj. Mohamad Yaakub Idris (Timbalan Pengerusi)

9. Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
1. Ustaz Wan Subki Wan Salleh (Pengerusi)
2. Ustaz Abd Haris Bain (Timbalan Pengerusi)

10. Jawatankuasa Dakwah
1. Hj Nicholas Sylvester (Pengerusi)

11. Jawatankuasa Pendidikan
1. Prof. Dr. Omar Yaakob (Pengerusi)
2. Hjh. Kamaliah Nordin (Timbalan Pengerusi)

12. Jawatankuasa Pemuda
1. Hj. Fadzil Saleh (Pengerusi)
2. Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor (Timbalan Pengerusi)
3. Ustaz Abd Haris Bain (Timbalan Pengerusi)

13. Jawatankuasa Wanita
1. Ustazah Maznah Daud (Pengerusi)
2. Hjh. Che Asmah Ibrahim (Timbalan Pengerusi)

14. Jawatankuasa Masyarakat Madani
1. Hj. Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi)
2. Hj. Nahar Mohd Nor (Timbalan Pengerusi)
3. Dr. Zulfakar Ramlee (Timbalan Pengerusi)

15. Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat
1. Prof . Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj (Pengerusi)
2. Hj. Syed Ibrahim Syed Noh (Timbalan Pengerusi)

16. Jawatankuasa Khidmat Masyarakat
1. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj (Pengerusi)

Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
29 Jun 2010

Risalah Mursyid: Kehendak Umat .. Antara Penipuan dan Penyiksaan




Risalah dari Muhammad Badie’ Mursyid Ikhwan Muslimin, 25-06-2010

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya,



Sunnah alam memperingatkan tentang kerosakan dan penyimpangan.

Betapa banyak peradaban yang pada awalnya berkuasa namun akhirnya binasa laksana tanam-tanaman yang sudah dituai, seakan-akan belum pernah tumbuh semalam. Setiap peradaban yang jelas penyimpangan dalam kekuasaannya sehingga terjadi kerosakan dan kehancuran adalah disebabkan mereka menolak dan mengenepikan hidayah Allah.

Hal ini hanya akan berlaku kerana peraturan dan individu telah keluar dari petunjuk Allah, menuruti hawa nafsu, melampaui batas dan menyombongkan diri, serta banyak melakukan kerosakan di muka bumi.

Allah SWT berfirman:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Telah tampak di daratan dan di lautan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka, agar mereka merasakan dari sebahagian yang mereka lakukan, agar mereka dapat kembali”. (Ar-Ruum:41).

Pada ketika tangan-tangan manusia menjadi sebab lahirnya kezaliman, penipuan dan kecurangan, maka Allah akan menimpa hukuman ke atas sebahagian perbuatan yang mereka lakukan supaya diharapkan mereka kembali kepada Tuhan mereka dan menahan diri dari melakukan kerosakan, kezaliman dan penipuan.

Berhati-hatilah dari melakukan kata-kata dusta

Kesaksian palsu adalah seseorang yang menjadi saksi tanpa hak. Oleh sebab itu saksi palsu menjadi sebab tumbuhnya benih kebencian dan kedengkian di dalam hati kerana terdapat usaha menghilangkan dan mengabaikan hak-hak rakyat, menindas mereka, menghapuskan prinsip-prinsip keadilan dan keseimbangan.

Sudah tentu seorang yang zalim membantu melakukan penindasan terhadap yang tertindas, memberikan hak kepada seseorang yang tidak memiliki hak, melemahkan sendi-sendi keamanan, memporak perandakan kehidupan bermasyarakat dan menghancurkan asasnya. Justeru terdapat dalam Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya kutukan terhadap tindakan tersebut. Allah berfirman:

وَالَّذِينَ لا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
“Dan mereka yang tidak melakukan saksi palsu, dan ketika mereka melewati sesuatu yang sia-sia, maka mereka akan melewatinya dengan ketundukan”. (Al-Furqan: 72).

Allah juga berfirman:

فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ
“Maka jauhilah najis dari berhala-berhala dan jauhilah pula ucapan palsu (dusta). (Al-Hajj:30)

Allah juga berfirman:

وَإِنَّهُمْ لَيَقُولُونَ مُنكَرًا مِّنَ الْقَوْلِ وَزُورًا
“Dan sesungguhnya mereka hanyalah berkata dusta dan palsu”. (Al-Mujadilah:2)

Rasulullah saw juga mengingatkan umatnya dari penipuan, ucapan dusta dan bertindak ke atasnya. Beliau bersabda:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa tidak mampu menjauhi ucapan palsu dan bertindak ke atasnya, maka Allah tidak memerlukan darinya meninggalkan makanan dan minuman” (Bukhari),

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لَا يَسْكُتُ
Dan Abu Abdul-Rahman bin Abu Bakrah ra dari bapaknya ia berkata: ” Ketika kami berada di sisi Rasulullah saw baginda bersabda: “Mahukah kalian aku beritahu tentang dosa terbesar? Iaitu syirik kepada Allah dan durhaka pada kedua orang tua. Saat itu baginda berbaring kemudian duduk dan ia berkata: Begitu juga dengan ucapan dusta dan saksi palsu, baginda masih terus mengulangnya sehingga kami berkata: Diharapkan baginda menghentikannya dari terus berkata-kata” (Bukhari) .

Ikuti selebihnya di:
http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2010/07/risalah-mursyidkehendak-umat-antara.html

19 July 2010

FACEBOOK IKRAM PJ


Assalamualaikum.. bagi mereka yang ingin melihat sebahagian gambar-gambar aktiviti IKRAM PJ, boleh berkunjung ke facebook.. buat masa ini kena search je dulu ikrampj.. meh sama-sama menyumbang.... terima kasih..

-Admin-

12 July 2010

Debat Sekolah Antarabangsa Anjuran IKRAM dan Musleh Berhad





Tarikh: 8 - 11 Julai 2010
Tempat: Tingkat 4, Hotel Putra, Jalan Tun Razak
Peserta: 158, 40 pasukan, 2 dari Indonesia
Kategori:
1. Debat ala Parlimen Bahasa Arab
2. Debat ala Parlimen Bahasa Melayu
3. Debat ala Parlimen Bahasa Inggeris.











Keputusan:

1. Debat Bahasa Arab:
Johan: Kolej Islam Sultan Abdul Samad Kelang (KISAS)
Naib Johan: Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor (SMIH)

Pendebat Terbaik: Ukht Nurfarhanah (KISAS)

2. Debat Bahasa Melayu:
Johan: SMIH
Naib Johan: KISAS
Pendebat Terbaik: Mohd Firdaus (KISAS)

3. Debat Bahasa Inggeris:
Johan: Sri Ayesha Bangi
Naib Johan: SMIH
Pendebat Terbaik: Nur Kamilia (Sri Ayesha)

TAHNIAH! Diucapkan kepada Sekolah di bawah Rangkaian MUSLEH- SMIH di atas kejayaan cemerlang ini..

Berita di BERNAMA:
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=512649

Jom Berenang!



Aktiviti Jom Berenang telah dianjurkan oleh IKRAM Petaling Jaya bergandingan dengan IKRAM Subang Jaya.

Tarikh: 11/07/2010
Waktu: 9:00 AM
Tempat: Kolam Renang UiTM Shah Alam
Sasaran: 30 peserta lelaki
Maklamat: Meningkatkan keyakinan diri untuk berenang seperti disarankan Ar-Rasul SAW.

Gambar:
http://www.facebook.com/group.php?gid=111389968874632#!/photo_search.php?oid=128561083851862&view=all

IKRAM PETALING JAYA..Selamat datang!

Assalamualaikum.

Selamat datang ke laman rasmi blog IKRAM PETALING JAYA...

Semoga bermanfaat segala maklumat yang diperolehi..

Ya Allah, satukanlah hati-hati ini untuk mencapai kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat..

-Admin IKRAM PJ-