Kalendar IKRAM PJ

12 July 2010

Jom Berenang!



Aktiviti Jom Berenang telah dianjurkan oleh IKRAM Petaling Jaya bergandingan dengan IKRAM Subang Jaya.

Tarikh: 11/07/2010
Waktu: 9:00 AM
Tempat: Kolam Renang UiTM Shah Alam
Sasaran: 30 peserta lelaki
Maklamat: Meningkatkan keyakinan diri untuk berenang seperti disarankan Ar-Rasul SAW.

Gambar:
http://www.facebook.com/group.php?gid=111389968874632#!/photo_search.php?oid=128561083851862&view=all

1 comment:

  1. Laporan oleh Penolong SU PJ: Nazarudin Ibrahim:

    Alhamdulillah, program jom belajar berenang kita telah berjaya dilaksanakan. Janji nak datang 35, tapi yg hadir hanya 27 org. Makanan yg telah ditempah tu terpaksa jugalah dibayar oleh pihak penganjur ( ...fuh !... )

    Kehadiran dari yang paling tua (umur 50 an) hingga yg paling muda (belum ada IC)

    Apa pun program, dari kaca mata penganjur, berjalan dgn baik.

    Banyak yg telah dipelajari. Berbagai teknik asas dalam air beserta rasionalnya. Tak sangka kita berani terjun ke air se dalam 2 meter tanpa pelampung.

    Cara-cara selamatkan org lemas juga diajarkan.

    Apa itu C.P.R.

    Bila kita kena "tonggek" dan "mendada".

    Juga dinyatakan kenapa bila terjun deep water kaki kena kepit...he,,he,,he...

    Yang hampir lemas pun ada, sehingga pelampung pun jadi tak berapa efektif .....tak pa, 2 dari 4 lifeguard tu iaitu Nash dan June ada international lifeguard Certification.

    Yang balik awal sebab kaki krem pun ada. Yg balik awal tanpa beritahu pun ada juga. Yang terminum air kolam pun ada -barangkali semua.

    Di akhir program,akhi Hafiz Asadi telah berjaya menggodol hadiah perserta terbaik-dari segi peningkatan sebelum dan selepas kursus. Pemilihan dibuat dan disepakati oleh semua lifeguard. Tahniah diucapkan, harap dapat gunakan hadiah itu sebagai kit utk belajar berenang.

    ReplyDelete