Akh Anuar Aris sedang menyampaikan tazkirah subuh- khusu' para hadirin
25 Julai 2010
Alhamdulillah program Qiam selamat diadakan. Setelah selesai solat subuh berjemaah, tazkirah subuh disampaikan oleh Akh Anuar Aris menyentuh mengenai Fiqhus Seerah Ar-Rasul SAW.
Program qiam tamat pada 7am dan diteruskan dengan riadhah (bersukan).
Kami berpeluang menimba ilmu pendidikan jasmani daripada Amir- salah seorang peserta qiam yang sedang menuntut di Insitutu Bahasa (IPGMKBM) tentang cara yang betul dan kepentingan regangan sebelum memulakan aktiviti sukan.
Hari ni Cikgu Amir tak ngajar BM, tapi PJ ye murid-murid..
Untuk melakukan regangan, kami berlari-lari anak ke taman Kelana Jaya berhampiran stadium. Seterusnya kami memulakan regangan atas ke bawah.. seperti biasa... Cikgu tanya: "Mengapa kena kira sampai lapan? bukan 5 atau 10?" Jawapannya.. nak tahu? sila berikan komen di bawah..
Kami diajarkan pelbagai teknik baru regangan.. Barulah tahu ada senaman perut versi lama dan baru.. dan senaman perut ini ada 3 yang boleh dilakukan sendiri..dari mudah ke tahap tertinggi.. baru buat sikit dah terasa ada 6 packs..kononnya..
Cikgu menunjukkan senaman perut tahap otai..buat sikit terasa kesannya
Ahad depan, insya-Allah, tak ada aral kita beriadhah dengan badminton.. ingat..kena buat regangan..kang ada yang putus tendon...
Untuk gambar-gambar selanjutnya, sila lakukan carian ikrampj di dalam facebook..
mmg power ! ... first time perut cramp :)
ReplyDeleteWah, bestnya! Rasa menyesal pun ada sbb tak join Qiyam dan Riadah PJ..
ReplyDeletePS: Pagi tu join qiyam Konsis ZT
Tak pe ukashah.. masing-masing ada peranan masing-masing..KONSIS ZT tu pun program penting.. dapat pahala gak..insya-Allah.. next time insya-Allah kita buat cara lain pulak.. supaya ramai berebut-rebut datang qiam :-)
ReplyDelete