Kalendar IKRAM PJ

17 November 2010

Eid Mubarak..Semoga Allah menerima amalan kita...

17/11/2010. Sempena hari lebaran yang mulia, IKRAM PJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya- Eid Mubarak. Bagi yang bercuti ke kampung, jangan tergesa-gesa, berhati-hati di jalan raya..jangan lupa membaca doa perjalanan. Sekiranya letih, berehat sebentar di RNR.

Bagi yang tidak pulang jauh, masih berada di persekitaran Lembah Kelang, marilah sama-sama membantu bergotong-royong melaksanakan qurban di surau-surau dan masjid-masjid. Jangan hanya terpaku di hadapan TV di rumah- sungguh malang! Orang lain diseliputi dengan pahala dan keberkatan ketika darah qurban terpalit ke tubuh, kita hanya termanggu dibelengu dosa di hari mulia...

Aktiviti Qurban IKRAM PJ- WAMY dan DUN Taman Medan yang sepatutnya berlangsung hari ini, dianjakkan oleh Pejabat DUN Taman Medan ke Sabtu 20 November 2010- di hadapan Pejabat DUN Taman Medan, PJS, Petaling Jaya. Hari ini yang berkesempatan marilah sama-sama membantu aktiviti Qurban di Riadatus Sakinah, Sungai Buloh.

Semoga Allah menerima amalan kita. Kul am wa antum bikhair.

Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahu akhbar, walillahilhamd.

-IKRAM PJ-

No comments:

Post a Comment