'JUS Talk!' bulan ini telah berlangsung semalam, 21 Jun 2014 dengan tajuk Ramadhan, Al-Quran dan Kita oleh Ustaz Muhammad Arif bin Yahya. JUS telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta.
Di akhir penyampaian, Ustaz telah 'membuka mata' peserta yang hadir dengan video seorang kanak-kanak buta, seorang Hafidz. Beliau menegaskan, kita yang diberi nikmat fizikal dan kesihatan yang sempurna sepatutnya lebih berusaha untuk melazimi Al-Quran di dalam kehidupan seharian kita. Beliau juga mengajak peserta untuk cuba menghabiskan bacaan Al-Quran pada bulan Ramadhan memandangkan fadhilatnya yang besar dan terus membaca serta mentaddabur (memahami maksudnya) sepanjang masa.
JUS kali ini telah disertakan dengan aktiviti mengedar risalah Ramadhan dan Jadual Berbuka Puasa di kedai-kedai dan pejabat-pejabat sekitar Pejabat Ikram Petaling Jaya. Lebih dari 100 risalah dan Jadual Berbuka Puasa telah diedarkan para peserta yang hadir.
Bukan setakat itu, Jualan Amal untuk Palestin dan Syria dari ejen Kurma Medjoul Palestin dan Ikram Junior juga turut memeriahkan program ini.
Penganjur JUS Talk PJ mengucapkan Jazakumullaahu khairan kathira kepada semua peserta yang hadir juga kepada ahli-ahli yang telah menjayakan JUS Talk! kali ini. Selamat Menyambut Ramadhan 1435H. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment