Kalendar IKRAM PJ

11 October 2010

Mursyid Am umumkan penyertaan Ikhwan di dalam pilihanraya Parlimen

9 Oktober 2010

Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am IM telah mengumumkan penyertaan Ikhwan di dalam pilihanraya parlimen Mesir yang akan datang setelah merujuk pendapat Majlis Syura IM. Maktab Idari, cendekiawan dan sarjana IM juga bersetuju sebulat suara untuk menyertainya. Beliau telah membacakan ketetapan majlis syura tentang penyertaan di dalam pemilihan Dewan Rakyat akan datang 2010 pada kadar 30 peratus kerusi dewan rakyat.

Beliau turut menjelaskan di dalam sidang akhbar untuk memaklumkan pendirian jamaah dalam pemilihan Dewan Rakyat 2010 pada tengahari hari ini di atas tajuk “Penyertaan bukan perbalahan”. IM akan memaklumkan senarai calon dan persiapan mereka, manifesto dan agenda yang akan disesuaikan dengan tempat ditandingi dan selari dengan ketetapan majlis syura.

Beliau turut menyatakan bahawa jumlah terkini calon yang akan bertanding akan dimaklumkan kemudian kerana mengambil kira kepentingan umum dan selepas selesai pelarasan dengan parti dan pemimpin politik lain. Beliau menegaskan bahawa ketetapan penyertaan dalam pilihanraya ini adalah untuk menegakkan nilai-nilai yang positif di dalam masyarakat, kepentingan mengembalikan rakyat kepada hak-hak perundangan dan perlembagaan, menghalang golongan perosak dan pemusnah Negara, tidak meninggalkan lapangan politik sebagai medan yang subur bagi mereka tanpa pemerhatian dan kawalan, menghormati kehendak rakyat kepada umat dan mengukuhkan sunnah mempertahankan diri.

Beliau turut berterima kasih kepada wakil-wakil rakyat IM yang telah menjalankan tugas dengan baik dalam sesi yang lepas dan usaha gigih memberikan khidmat kepada penduduk dan tempat yang diwakilinya. Sambil itu beliau meminta semua anggota Ikhwan di semua kawasan dengan menjadikan hari pemilihan sebagai hari mengecapi kebebasan dalam semua maknanya dan titik pemisahan dalam sejarah Mesir.

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=71866&SecID=210

No comments:

Post a Comment