Kalendar IKRAM PJ
21 March 2015
08 March 2015
Qiyam Belia Ikram PJ - Di Celah Intaian Cahaya Lilin
Alhamdulillah pada hari Jumaat (6 Mac) dan Sabtu (7 Mac) baru-baru ini, program Qiyam Bulanan Belia Ikram PJ telah dapat dijalankan. Program bermula pada jam 9.45 malam dan berakhir 8.30 pagi keesokan harinya, dengan disertai oleh lebih 20 orang peserta.
Agak malang, sebaik sahaja peserta tiba di Pejabat Ikram PJ di Taman Sri Manja, bekalan elektrik terputus disebabkan kerosakan pada kotak fius. Walau bagaimanapun penganjur meneruskan program walaupun terpaksa bercahayakan nyalaan pelita lilin, dan dengan keadaan dalam pejabat yang agak hangat.
Al-Ustaz Muhamad Osman Khusnan menyampaikan satu pengisian bertajuk 'Al-Taqwa' kepada hadirin sebelum para peserta bersiap untuk tidur. Solat malam dilakukan sebelum subuh, manakala setelah solat subuh para peserta membaca zikir al-ma'thurat, mendengar tazkirah pendek (kisah Anas ibn Malik, disampaikan oleh Saudara Hanafiah) dan melakukan senaman ringan. Program diakhiri dengan sarapan bersama dan solat duha.
Program Qiyam Bulanan ini adalah di antara program tarbawi berkala yang dianjurkan oleh JK Tarbiah Ikram PJ, yang bertujuan untuk membentuk peribadi yang sentiasa rapat jiwanya dengan Tuhan. Semoga Allah memberikan kebaikan kepada para peserta yang hadir, dan memberikan mereka kekuatan jiwa dan cahaya petunjuk dalam menjalani kehidupan. Seumpama cahaya yang menerangi di dalam kegelapan malam.
Agak malang, sebaik sahaja peserta tiba di Pejabat Ikram PJ di Taman Sri Manja, bekalan elektrik terputus disebabkan kerosakan pada kotak fius. Walau bagaimanapun penganjur meneruskan program walaupun terpaksa bercahayakan nyalaan pelita lilin, dan dengan keadaan dalam pejabat yang agak hangat.
![]() |
| Al-Ustaz Osman dengan kuliahnya 'Al-Taqwa' |
![]() |
| Bacaan Al-Ma'thurat |
15 February 2015
Tahniah Kak Tik dan Akhi Nahar
Ikram PJ mengucapkan tahniah kepada Ustazah Siti Khadijah Abdul Wahid, Penolong Setiausaha Wanita Ikram PJ, dan Tuan Haji Nahar Md Nor, Setiausaha Agung Ikram, di atas ikatan pernikahan yang dilangsungkan pada 14 Februari 2015 yang lalu. Majlis akad nikah disempurnakan oleh Mufti Negeri Selangor Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid, abang kepada Ustazah Siti Khadijah sendiri.
Semoga kedua mempelai diberkati Allah dan dihimpunkan mereka di dalam kebaikan.
10 February 2015
Tokoh Remaja IkramTeens Petaling Jaya Meraih Tempat Kedua di Ujian Hafazan Peringkat Negeri
Ikramteens PJ mengucapkan sekalung tahniah buat adik Ahmad Huzaifah bin Ahmad Fauzi yang telah mendapat tempat kedua di dalam Ujian Hafazan Peringkat Negeri Selangor baru-bari ini. Adik Ahmad Huzaifah telah memperoleh 96.35% mata untuk kategori Hafazan Juzu' 1 hingga 30.
Ini adalah penyertaan adik Huzaifah dalam Majlis Hafazan dan Tilawah Al-Quran peringkat Negeri buat kali yang ketiga. Beliau mula mewakili daerah Sabak Bernam sejak tahun 2013 dan berjaya mendapat tempat ketiga pada tahun tersebut, diikuti dengan tempat kedua
pada tahun 2014 dan tahun 2015. Pelajar di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Kg Jawa, Klang ini akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia hujung tahun nanti dan bercita-cita untuk mendalami bidang Qiraat di peringkat Universiti.
Adik Huzaifah telah memulakan hafazan sejak sekolah tadika di Tadika Little Azhar dan meneruskan penglibatannya dalam bidang hafazan mewakili Sekolah Kebangsaan Seafield dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah dan Daerah. Beliau juga pernah mendapat penghargaan dalam penyertaan Ujian Hafazan Taj al-Waqar pada 2014 anjuran Kedutaan Arab Saudi. Pada tahun 2012, adik Huzaifah telah menduduki Ujian Sijil Tahfiz Malaysia STM di Darul Quran dan pada tahun yang sama turut menerima Anugerah Pelajar Pertama yang Khatam Hafaz Al-Quran di Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi, Klang. Beliau telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Terbaik Hafazan pada malam Graduasi Qurra' pada tahun 2014. Mulai tahun 2013 hingga sekarang, beliau merupakan penerima elaun ithbat hafazan yang dikurniakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada al-Maqari' yang mendapat markat 95% ke atas di dalam ujian hafazan peringkat Negeri.
Ikramteens juga ingin merakamkan tahniah kepada kedua ayahanda dan bonda Huzaifah, Ustaz Ahmad Fauzi bin Asmuin dan Ustazah Hanida Abdull Samat atas kejayaan anakanda mereka. Semoga tercapai cita-cita Huzaifah dan sentiasa bersinar untuk agama pada masa yang akan datang.
Ini adalah penyertaan adik Huzaifah dalam Majlis Hafazan dan Tilawah Al-Quran peringkat Negeri buat kali yang ketiga. Beliau mula mewakili daerah Sabak Bernam sejak tahun 2013 dan berjaya mendapat tempat ketiga pada tahun tersebut, diikuti dengan tempat kedua
pada tahun 2014 dan tahun 2015. Pelajar di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Kg Jawa, Klang ini akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia hujung tahun nanti dan bercita-cita untuk mendalami bidang Qiraat di peringkat Universiti.
Adik Huzaifah telah memulakan hafazan sejak sekolah tadika di Tadika Little Azhar dan meneruskan penglibatannya dalam bidang hafazan mewakili Sekolah Kebangsaan Seafield dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah dan Daerah. Beliau juga pernah mendapat penghargaan dalam penyertaan Ujian Hafazan Taj al-Waqar pada 2014 anjuran Kedutaan Arab Saudi. Pada tahun 2012, adik Huzaifah telah menduduki Ujian Sijil Tahfiz Malaysia STM di Darul Quran dan pada tahun yang sama turut menerima Anugerah Pelajar Pertama yang Khatam Hafaz Al-Quran di Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi, Klang. Beliau telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Terbaik Hafazan pada malam Graduasi Qurra' pada tahun 2014. Mulai tahun 2013 hingga sekarang, beliau merupakan penerima elaun ithbat hafazan yang dikurniakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada al-Maqari' yang mendapat markat 95% ke atas di dalam ujian hafazan peringkat Negeri.Ikramteens juga ingin merakamkan tahniah kepada kedua ayahanda dan bonda Huzaifah, Ustaz Ahmad Fauzi bin Asmuin dan Ustazah Hanida Abdull Samat atas kejayaan anakanda mereka. Semoga tercapai cita-cita Huzaifah dan sentiasa bersinar untuk agama pada masa yang akan datang.
![]() |
| Kenangan bersama sepupu dan ahli keluarganya di Majlis Graduasi Qurra |
Video rakaman Ujian Hafazan adik Huzaiah boleh dilayari di https://www.youtube.com/watch?v=aHkkme-CPf4&feature=youtu.be
07 February 2015
Program Qiyam Belia dan Daurah 'Tauhid Sains' Ikram PJ
Dengan izin dan kurnia Allah, program qiyam dan daurah telah diadakan bermula dari Jumaat (6 Februari) malam sehingga Sabtu (7 Februari) tengah hari, dengan dihadiri oleh lebih kurang 40 orang ahli Ikram dan ahli halaqah Ikram Petaling Jaya (Ikram PJ).
Dua program ini adalah antara aktiviti tarbawi yang diadakan secara berkala oleh Ikram PJ, dan kali ini fokus peserta adalah ahli Ikram dan ahli halaqah Ikram di kalangan belia. Qiyam atau mabit bagi ikhwah diadakan di Pejabat Ikram PJ (qiyam untuk akhawat diadakan secara selari di tempat lain). Pengerusi JK Tarbiyah Ikram PJ Al-Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin menyampaikan pengisian bertajuk 'Ummah Wasatiyah' yang mengupas tentang ciri-ciri wasatiyah atau kesederhanaan yang dianjurkan oleh Islam.
Dengan fokus kepada bimbingan ruhiyah, pembinaan ukhuwah dan peningkatan ilmu, program mabit diisi dengan sesi ta'aruf, tilawah al-Qur'an dan zikir, tazkirah adab tidur, qiyam, solat Subuh berjamaah, kuliyah kisah sahabat, senaman, sarapan dan diakhiri dengan solat duha.
Seterusnya pada siang harinya diadakan daurah Tauhid Sains yang disampaikan oleh Al-Ustaz Zainal Abidin. Ustaz mengupas isi kandungan jilid pertama daripada buku 'Kitab Tauhid Diperakui Oleh Sains' yang dikarang oleh Al-Shaikh Dr Abdul Majid Aziz Zindani. Penyampaikan beliau sarat dengan maklumat dan fakta, dan disampaikan dengan kaedah yang sangat menarik. Tidak hairanlah kerana Al-Ustaz Zainal Abidin sendiri pernah mendapat didikan oleh Al-Shaikh Zindani sendiri ketika menuntut di Universiti Al-Iman di Yaman.
Adalah diharapkan agar para peserta mendapat manfaat dan peningkatan diri seperti yang dirancang oleh penganjur, dan agar program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Semoga usaha ini mendapat keredaan Allah.
Wakil Media Ikram PJ
Dua program ini adalah antara aktiviti tarbawi yang diadakan secara berkala oleh Ikram PJ, dan kali ini fokus peserta adalah ahli Ikram dan ahli halaqah Ikram di kalangan belia. Qiyam atau mabit bagi ikhwah diadakan di Pejabat Ikram PJ (qiyam untuk akhawat diadakan secara selari di tempat lain). Pengerusi JK Tarbiyah Ikram PJ Al-Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin menyampaikan pengisian bertajuk 'Ummah Wasatiyah' yang mengupas tentang ciri-ciri wasatiyah atau kesederhanaan yang dianjurkan oleh Islam.
![]() |
| Penyampaian utama mabit oleh Al-Ustaz Fauzi Asmuin |
![]() |
| Kuliyah Tujuh Minit ('Kultum') mengenai kisah sahabat oleh Saudara Afif |
![]() |
| Antara hadirin yang hadir dan khusyuk mendengar penyampaian daurah |
![]() |
| Al-Ustaz Zainal Abidin menyampaikan kuliahnya |
![]() |
| Sedikit penghargaan daripada JK Tarbiyah Ikram Petaling Jaya |
Wakil Media Ikram PJ
20 December 2014
SWDS 2014: Pengurusan Kewangan Efektif, Ekonomi Keluarga Produktif
Pada hari ini, Sabtu 20 Disember 2014 bersamaan 27 Safar 1436H, telah diadakan satu seminar bertajuk "Pengurusan Kewangan Efektif, Ekonomi Keluarga Produktif". Seminar diadakan bertempat di Dewan Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya bermula jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari.
Seminar ini merupakan salah satu daripada siri Seminar Wanita Dan Syariah anjuran Wanita Ikram Petaling Jaya. Seminar kali ini yag diadakan secara anjuran bersama dengan Alfateh Associates, mengenengahkan isu pengurusan kewangan keluarga, dan menampilkan tokoh-tokoh dalam bidang kewangan dan syariah.
Seminar dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Melasutra Ahmad Dali, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Selangor. Di dalam ucapan perasmiannya beliau menggariskan objektif program iaitu untuk memberikan bimbingan kepada para peserta untuk merancangan kewangan keluarga, berdasarkan 'manual' pengurusan terbaik iaitu Al-Qur'an.
Ucap tama diberikan oleh Dr Ahmad Zainuddin Abdullah, Pengerusi Koperasi Islah Malaysia Bhd (KIMB). Beliau menekankan konsep ubudiah kepada Tuhan sebagai asas kepada persoalan pengurusan kewangan, yang melaluinya Islam mengajarkan konsep kesyukuran dan kepercayaan bahawa Allah sebagai sumber rezeki. Seterusnya beliau menceritakan senario kedudukan ekonomi di Malaysia, yang mana corak pendapatan negara (yang lazimnya diukur menggunakan GDP) tidak setara dengan kedudukan kewangan keluarga ukuran pertengahan ('median'). Begitu juga sedang berlaku ketidakseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan di dalam ekonomi rumahtangga. Lalu langkah yang seharusnya diambil oleh setiap keluarga adalan perancangan dan pengurusan kewangan yang efektif. Dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan menggunakan pendekatan koperasi sebagai usaha saling membantu (ta'awun) dan pelaburan bagi masa hadapan.
Sesi kedua diadakan setelah waktu rehat, diadakan dalam bentuk bual bicara yang santai, menampilkan Dr Maszlee Malik, pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sebagai pengacara, dan En. Harun Mohd Yusof (juga dikenali sebagai Hamdy), penulis buku perancangan kewangan sebagai ahli panel. En. Harun banyak memberikan perkongsian tips-tips berguna dalam merancang dan mengurus kewangan. Beliau juga menekankan pergantungan kepada Allah sebagai sumber rezeki, dan usaha sekecil mana (seperti melakukan perniagaan kecil-kecilan) in sha Allah akan membuka pintu rezeki sekiranya dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh. 'Simpan dulu baru berbelanja', itu pesanan yang beliau sampaikan, bukannya 'menyimpan setelah berbelanja'. Simpanan adalah sangat penting untuk dilakukan secara berkala dan berdisiplin, dan di sana terdapat dua bentuk simpanan yang perlu dilakukan iaitu simpanan untuk 'kecemasan' dan simpanan untuk pelaburan.
Perbelanjaan memerlukan disiplin, dan perlu dibezakan antara keperluan dan kehendak. Seringkali orang berbelanja berlebihan mengatasi keperluan, dan ini membawa kepada defisit dalam kedudukan kewangannya, pesan En Harun. Beliau juga memberikan beberapa tips lain berkaitan simpanan (termasuk KWSP), pelaburan, perancangan ekonomi untuk perkahwinan dan untuk memulakan hidup berumahtangga.
Bual bicara diserikan dengan pertanyaan daripada beberapa peserta di antara seramai sejumlah hampir 200 orang peserta di seminar ini. Sesi rumusan seminar diberikan oleh Pn Nurul Ilyani Munsarikh, Pengasas Financial Model Canvas. Menurutnya, seminar ini bertujuan memberikan titik permulaan kesedaran bagi memperbaiki perancangan dan pengurusan kewangan. Seharusnya peserta seminar pulang dan memulakan sesuatu termasuk melaksanakan langkah-langkah yang telah dikongsikan di dalam seminar ini, dan mendalami ilmu pengurusan kewangan sebagai langkah berterusan.
![]() |
| Sewaktu pendaftaran |
Seminar ini merupakan salah satu daripada siri Seminar Wanita Dan Syariah anjuran Wanita Ikram Petaling Jaya. Seminar kali ini yag diadakan secara anjuran bersama dengan Alfateh Associates, mengenengahkan isu pengurusan kewangan keluarga, dan menampilkan tokoh-tokoh dalam bidang kewangan dan syariah.
![]() |
| Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Seminar, Dr Hamidah binti Mat |
![]() |
| Timbalan Ketua Wanita IKRAM Selangor Dr Melasutra menyampaikan ucapan perasmian |
![]() |
| Ucap tama oleh Dr Ahmad Zainuddin Abdullah |
![]() |
| Bual bicara yang berjaya diceriakan oleh Dr Maszlee dan En Harun |
![]() |
| Di antara peserta yang hadir |
![]() |
| Lagi di antara peserta yang hadir |
![]() |
| Seorang peserta yang menyampaikan pertanyaan |
![]() |
| Seorang peserta yang datang dari Ipoh, Perak, tidak ketinggalan bertanyakan soalan kepada panel |
![]() |
| Seorang lagi peserta lelaki bertanyakan soalan |
![]() |
| Puan Nurul Ilyani menyampaikan kata rumusan |
![]() |
| Di gerai IKRAM Junior PJ |
![]() |
| Para aulad tidak ketinggalan beraktiviti - mengenali jenis-jenis daun |
![]() |
| Satu lagi hasil kreativiti aulad - seni kolaj |
Labels:
Aktiviti,
Aulad,
Ekonomi,
Masyarakat,
Wanita
10 December 2014
Mukhayyam Akhawat IKRAM PJ 2014
Mukhayyam Akhawat IKRAM PJ 2014
Program dimulakan dengan sesi Ice-breaking, indoor games, ceramah, perkongsian bersama Muwarrith, ekspresi seni, riadah spesial, jungle trekking, mandi air terjun, shooting the target dan aktiviti anak-anak termasuk lukisan alam, mandi-manda dan aktiviti bercerita. Suasana yang meredupkan pandangan dan menyejukkan jiwa memberi banyak ruang untuk merasai keagungan Allah S.W.T. melalui ciptaannya yang hebat dan menakjubkan.... SubhanalLahi wabihamdih.
![]() |
| Selepas aktiviti bercerita anak-anak tamat.... sesi bergambar |
![]() |
| Penginapan / dorm akhawat |
![]() |
| Jawatankuasa pelaksana mukhayyam 2014 |
![]() |
| Antara pemandangan yang menarik... |
Semoga dapat ketemu lagi di lain ketika dan destinasi. Sesungguhnya pengalaman berukhuwwah sungguh manis lebih manis diri gula dan madu tidak terbayang kerana ianya disaluti iman dan ikatan yang benar lilLahi ta'ala.
Mantap Ukhuwwah Kukuhkan Saff
23 November 2014
Catatan Bergambar Ekspedisi Gunung Nuang Ikram PJ
Mukhayyam Ikhwah Ikram PJ (Ekspedisi Gunung Nuang) | 14-16 Nov 2014 | Gunung Nuang, Selangor Darul Ehsan
Catatan oleh: Saudara Fadhil Marsani
14 Nov (Jumaat)
9.00 malam: Group A 5 orang ikhwah siap packing
dan mula bergerak
10.00 malam: Group A sampai di hujung jalan
besar, setup khemah; Group B diberi briefing
oleh Camp Commandant (CC) Saudara Fadzly di Masjid UIA PJ; Lantik ketua
kumpulan dan bahagi kumpulan serta kenderaan yag akan dinaiki
15 Nov (Sabtu)
12.00 tengah malam: Peserta sampai di Pejabat
Hutan
12.45 pagi: Briefing oleh guide "Abg
Long"
3.30 pagi: Group B sampai di kem
perkhemahan dan dihidangkan mihun
4:00 pagi: Mula mendaki
5:30 pagi: Solat subuh di trek landai
7.20 pagi: Tiba di kem pacat; Rehat dan
makan; Group injured (5 orang ikhwah) turun dari kem pacat
8.00 pagi: Meneruskan pendakian
9.15 pagi: Tiba di Puncak Pengasih
10.20 pagi: Sampai di Puncak Nuang; Makan,
rehat dan bergambar; Total pendakian dari Pejabat Hutan lebih kurang 10 km
11.20 pagi: Ikhwah mulakan penurunan
3.20 petang: Solat zohor di Kem Pacat
5.00 petang: Berehat di sungai; Solat Asar
berjemaah
6.00 petang: Tiba di tapak perkemahan
6.40 makan: BBQ (*nikmatnye hehe…)
7.00 malam: Solat Maghrib berjemaah
8.15 malam: Solat Isyak berjemaah
8.45 malam: Persembahan kumpulan – lakonan, syair, perkongsian
10.15 malam: Pembahagian group hirasah (menjaga
keselamatan) perkemahan. Ikhwah yang sampai di puncak nuang dikecualikan; Tidur
16 Nov (Ahad)
5.30 pagi: Persiapan untuk solat Subuh
6.00 pagi: Solat Subuh berjemaah
6.30 pagi: Tazkirah oleh Ustaz Arif; Perkogsian
oleh semua ikhwah
7.30 pagi: Sarapan; Persiapan dan berkemas
barang-barang
8.30 pagi: Bertolak menuju ke Kem Lolo untuk
pembersihan gotong-royong
10.30 pagi: Tiba semula ke tapak perkemahan
dan berkemas untuk pulang
11.30 pagi: Bertolak turun ke Pejabat Hutan
1.20 tengah hari: Tiba di Pengkalan Pejabat
Hutan; Makan
2.30 petang: Majlis penutup; Bacaan doa oleh
Ustaz Arif; Taklimat mengenai pengangkutan oleh Abang Ismail; Ucapan oleh Camp
Commandant dan Pengarah Abang Mohd Noor
4.20 petang: Selamat tiba di Masjid UIA PJ
Gambar-gambar oleh: Fadhil Marsani, Arif Yahya, Rizal Ghazali, Mohd Noor Said, Ezzani Iswan Ismail, Zulhilmi Jamil, Lukman Samsudin, Aiman Amran, Ust Malek Shaari
Gambar-gambar oleh: Fadhil Marsani, Arif Yahya, Rizal Ghazali, Mohd Noor Said, Ezzani Iswan Ismail, Zulhilmi Jamil, Lukman Samsudin, Aiman Amran, Ust Malek Shaari
Gambar-gambar dan quotation oleh: Hafiz Mustakim
![]() |
| Tandas awam |
![]() |
| Selfie atas dam |
![]() |
| Laluan ke Kem Lolo |
![]() |
| Bukan kabus. Tapi asap kambing bakar. |
![]() |
| Abg Md Noor masak ayam goreng berempah. |
![]() |
| Bawak sampah turun dari Kem Lolo. |
![]() |
| Jalan balak lagi. Masa malam tak nampak apa. Masa siang cantik je buluh-buluh tu. |
![]() |
| Jalan lori balak 5 km. |
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)



.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)






























































