Kalendar IKRAM PJ

22 October 2012

Seminar Wanita Dan Syariah Ikram PJ



Tarikh: 21 Oktober 2012
Tempat: Pejabat Ikram Petaling Jaya
Masa: 9 pagi - 1 petang 
Tema: "Keluarga Sejahtera Asas Pembanguna Masyarakat Berjaya"

Ucaptama: Prof. Madya Dr. Zulfakar Ramlee, AJK, Ikram Pusat 

"CEDAW, Deklarasi Doha & Dasar-dasar Negara - Satu Pengenalan" 
Dr Roslainy Abdul Rahman, AJK Wanita Ikram Pusat 

"Hak-hak Wanita Dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Di Malaysia"
Prof. Madya Dr Normi Abdul Malek, AJK Wanita Ikram Selangor













21 October 2012

Di Sekitar Majlis Bacaan Yasin Dan Tazkirah Belia


Berikut adalah beberapa gambar di sekitar Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Belia Ikram PJ, yang diadakan pada 18 Oktober 2012 (Khamis) bertempat di Pejabat Ikram Petaling Jaya. Majlis dihadiri oleh belia lelaki dan wanita daripada Ikram Petaling Jaya dan Destinasi Anak Muda Petaling Jaya.

Tazkirah yang bertemakan "Belia Peduli Rohingya" disampaikan oleh Ustaz Wan Yusuf bin Wan Ismail, Pengurus JK IKRAM Antarabangsa, yang juga baru pulang dari Arakan, Myanmar.










18 October 2012

I'tikaf & Qiyam Bulanan (Ikhwah)


I'tikaf dan Qiyam bulanan ikhwah akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 20-21 Oktober 2012
Tempat : Madrasah An Naimah, Jln SS 7/17J , Kelana Jaya (berdekatan dgn Paradigm Mall)
Masa: 10.30 pm  Sabtu sehingga 7.30 am Ahad

Terbuka kpd semua (lelaki)!

Sila hubungi: Al-Akh Anas (012-2342078) 

JK Tarbiyah PJ

08 October 2012

Qurban Kasih Ummah 1433H

Update untuk post: Qurban & Aqiqah - Marilah sertai!

Bagi mereka yang tidak menerima borang hard copy, penyertaan qurban tahun ni boleh dilakukan dengan cara alternatif: 
  1. Guna borang online di link: http://qurban-aqiqah.jim.org.my/blog/archives/1603
  2. Download, print, isi dan hantar manually borang di attachment ini. 



Moga Allah menerima ibadah qurban kita.

16 September 2012

Majlis Sambutan Eidul Fitri Ikram PJ 1433H



YDP IKRAM PJ sedang berucap

Usaha-usaha da’wah dan kebajikan yang diteraju oleh Pertubuhan Ikram Malaysia PJ semakin mendapat tempat di hati masyarakat di daerah ini. Begitu juga dengan langkah-langkah usahasama dengan badan-badan, agensi-agensi, masjid-masjid dan surau-surau, hubungan ini nyata membawa manfaat kepada usaha-usaha pengislahan masyarakat.

Sebagai meraikan simbol kemenangan ke atas hawa nafsu dengan menjalani sebulan ibadah di bulan Ramadan, Ikram Petaling Jaya telah menganjurkan Majlis Sambutan Eidul Fitri Ikram PJ 1433H. Konsep majlis kali ini adalah meraikannya dengan wakil-wakil penduduk dan badan-badan di sekitar daerah Petaling Jaya, di samping mengukuhkan kedudukan Ikram sebagai NGO yang mesra masyarakat.

Majlis telah diadakan pada 31 Ogos 2012 (hari Jumaat) bertempat di perkarangan Pejabat Ikram Daerah Petaling Jaya, Taman Seri Manja. 

Seramai lebih kurang 170 orang jemputan telah hadir ke majlis ini. Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli Ikram PJ serta keluarga, ahli-ahli Ikram Siswa dan penuntut-penuntut IPT di sekitar Daerah Petaling Jaya, wakil Jawatankuasa Ikram Pusat serta keluarga, wakil Ikram Daerah Kuala Langat serta keluarga, wakil-wakil masjid dan surau, serta wakil Destinasi Anak Muda (DAM) Petaling Jaya Selatan. 

Majlis yang bermula pada 10 pagi itu dimulai dengan ucapan oleh YDP Ikram PJ, Al-Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin, diikuti dengan penerangan mengenai Ikram PJ oleh Setiausaha Ikram PJ Sdr Mohd Hasyahril Mohd Hashim. Majlis juga diserikan oleh persembahan nasyid oleh remaja-remaja Ikram PJ, serta pemberian goodies raya kepada kanak-kanak. 

Dengan kehadiran yang baik dan kejayaan perjalanan majlis, adalah diharapkan agar Ikram PJ dapat terus menyantuni masyarakat dan bersama-sama mereka membawa agenda perubahan. 
Pengarah Majlis

"Jajaran" satay untuk dimakan

Ustaz Maszlee dan keluarga

Antara akhawat yang hadir

"Geng" back benchers

Banner IKRAMTeens dan IKRAM Youth

Kambing golek untuk dimakan..bukan ditengok

Kiri ke kanan: Mohd Noor (Tarbiah IKRAM PJ), Nazarudin dan Ustaz Roslan

Antara dif wanita yang hadir

Bacaan doa oleh Mas'ul Tarbiah IKRAM PJ

Antara beberapa ahli DPN yang hadir- Tengah: Hj. Shahrom, kanan: Ustaz Roslan

"Back benchers" akhawat

Baik-baik makan satay..jangan cucuk mulut dah

Masya-Allah suara yang sangat merdu.. boleh bernasyid lagi

Antara dif lelaki yang hadir

Wakil JKP- Hj. Nahar (IKRAM Hulu Langat) mewarnai majlis dengan nasyid spontan

Akhawat "memperagakan" uniform IKRAM PJ

Khemah di hadapan pejabat IKRAM PJ

Sambil menyapu sampah sambil posing..




06 September 2012

Jemputan Majlis Eidul Fitri IKRAM Pusat dan Selangor

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Pusat dan Selangor menjemput dengan segala hormatnya tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Ramah Mesra Sempena Eidulfitri. Maklumat adalah seperti di bawah. Jom!

13 August 2012

Imam Muda Gaza di Masjid Kampung Tunku

Salat tarawih bersama imam muda Gaza, al-Ustaz Ibrahim telah diadakan di Masjid al-Rahman Kampung Tunku Petaling Jaya, pada Ahad 12 Ogos 2012 (malam 24 Ramadan 1433H).

Setelah selesai salat, al-Ustaz Ibrahim menyampaikan kuliah ringkas mengenai kebaikan bumi Palestin dan kepentingan perjuangan membebaskan bumi Palestin oleh seluruh ummah. Kuliah diterjemahkan oleh YDP Ikram Petaling Jaya, al-Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin. Majlis turut dihadiri oleh ahli-ahli Ikram daerah Petaling Jaya dan Subang Jaya.




11 August 2012

Tabung Kasih Ummah Rohingya

Penderitaan Umat Islam Rohingya masih belum mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya daripada masyarakat dunia. Mari sokong usaha kemanusiaan ini melalui Tabung Kasih Ummah Rohingya!


05 August 2012

Daurah Baitul Muslim 28/07/2012


Program Daurah Baitul Muslim telah diadakan pada Sabtu 28/07/2012 10 pagi bertempat di Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (SAMDE). Seramai hampir 60 orang mengikuti daurah ini. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Baitul Muslim IKRAM Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Kalsom Arifin dan dibantu oleh JK Institut Pengajian Tinggi (IPT) IKRAM PJ di bawah penyeliaan Dr. Eshamsul Sulaiman dan Dr. Maria Kahar Bador. 

Antara para hadirin yang hadir (lelaki)

Antara para hadirin yang hadir (perempuan)

Saudara Muhammad Talhah


Program dimulai dengan bacaan suci Al-Quran oleh saudara Muhammad Talhah Bin Jima'ain disusuli dengan ucapan kata-kata aluan oleh wakil JK Program- Dr. Eshamsul Sulaiman. 


Program kemudiannya diserikan dengan perkongsian pengalaman oleh Ustazah Zaiton Ismail dari IKRAM Gombak. Majlis seterusnya diwarnai dengan forum Baitul Muslim yang dianggotai oleh pasangan suami isteri ahli IKRAM Petaling Jaya. Ahli panel forum terdiri daripada pasangan Khairul Fadhli Bin Ismail dan Samihah Mohd Nor, pasangan Syed Ibrahim Bin Syed Noh dan Dr. Melasutra Bt. Md. Dali, pasangan Shaharom Bin Md. Shariff dan Nor Zalmiah Binti Jahidin beserta pasangan Dr. Eshamsul Sulaiman dan Dr. Maria Kahar Bador.
Ustazah Zaiton

Para hadiran amat teruja dan bersemangat mendengar penjelasan, perkongsian jujur dan berharga daripada para ahli panel forum. Semestinya program ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan amat bermakna terutama bagi pasangan muda dan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga.

Para ahli panel forum
Program diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada para penceramah oleh wakil JK Baitul Muslim IKRAM Petaling Jaya- Ustaz Abdul Malek bin Saari. Program berakhir pada 4:30 petang dengan doa penutup majlis- Tasbih Kifarah.

Ustaz Abdul Malek menyampaikan cenderahati

Diharapkan agar program seumpama ini dapat diadakan lagi pada waktu akan datang.