Kalendar IKRAM PJ

14 June 2014

Daurah 'Pengenalan Kepada Ilmu Hadith'

Gambar-gambar di sekitar Daurah 'Pengenalan Kepada Ilmu Hadith', yang diadakan pada hari Jumaat 13 Jun 2014, bertempat di Pejabat Ikram Petaling Jaya, Taman Sri Manja. Daurah dihadiri oleh lebih kurang 50 orang peserta dari kalangan ahli Ikram dan ahli usrah Ikram Daerah Petaling Jaya.

Penyampaian telah disampaikan oleh Al-Ustaz Muhammad Arif Yahya, seorang graduan kelulusan Sarjana Muda dan Sarjana daripada Universiti Al-Azhar, Mesir.

Semoga Allah mengurniakan kita kefahaman dan kekuatan untuk beramal dengan ilmu yang telah diperolehi.

Admin





Foto: IkramTeens PJ di Cherating 7-8 Jun 2014



Antara bahan pameran sempena Malam Pameran Mesir

Antara bahan pameran sempena Malam Pameran Mesir

Di Malam Pameran Mesir
 


Kembara 'Hartawan Bertaqwa' meredah bakau, lumpur, sungai dan pantai


10 June 2014

Kem Cuti Sekolah Ikram Junior Petaling Jaya, Jun 2014

        Cuti sekolah kembali lagi. Kerana cuti sekolah kali ini amat hampir dengan bulan Ramadhan, Ikram Junior Petaling Jaya telah mengadakan kem yang diberi nama Kem Cinta Ramadhan (KCR) di Banglo Kuang pada 2 dan 3 Jun 2014.

        Kem ini telah dihadiri oleh seramai 22 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. KCR berobjektif untuk memupuk kesedaran tentang Ramadhan di kalangan peserta.
        Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengenal fasa bulan, mengenal nama-nama jolokan bulan Ramadhan, senaman ringan Ramadhan, ‘Moreh Cooking’, membaca al-Quran, Qiyam al-Layl, dan amali Fardhu Ain. KCR seperti tahun lepas, tidak lengkap jika tidak di selang-selikan dengan aktiviti bersukan. Antara yang amat digemari oleh para peserta adalah berenang, bermain bola sepak dan ‘softball’.
 











06 June 2014

Rihlah Remaja IkramTeens PJ ke Sungkai, Perak

Seramai 19 orang remaja dan lima orang penggerak IkramTeens PJ telah mengadakan rihlah ke Sungkai, Perak Darul Ridzuan pada hari Ahad 1 Jun 2014.

Rombongan bertolak pada malam sebelumnya dan bermalam di Pejabat Ikram Tanjung Malim. Sekain daripada mandi sungai, aktiviti lain seperti pengisian tazkirah dan ukhuwwah games turut diadakan. Program juga disertai dengan lawatan ke rumah Al-Akh Sapawi Hassan.

Semoga ukhuwah kian bertaut.

Admin

Nota: Foto-foto dan berita adalah ehsan Al-Ustaz Muhammad Arif Yahya.




12 May 2014

Kenyataan Media IKRAM: Pelaksanaan Syariah di Kelantan



Kenyataan Media


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
11 Rejab 1435 H bersamaan 11 Mei 2014

Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan


Islam sebagai ad-Deen adalah satu sistem kehidupan yang lengkap. Ia merangkumi semua persoalan kehidupan manusia sama ada individu atau masyarakat yang akhirnya membawa kepada kehidupan akhirat.
Keindahan undang-undang dan syariat Islam tidak dapat dilihat dan dinikmati sepenuhnya melainkan ia dilaksanakan seluruhnya. Islam tidak boleh dilihat dari satu aspek semata-mata. Islam bukan sekadar akidah. Islam juga bukan hanya ibadah tetapi juga akhlak. Islam bukan setakat mengurus persoalan kekeluargaan tetapi juga kemasyarakatan. Islam bukan terbatas kepada isu kewangan atau perbankan malah merangkumi isu keadilan sosial dan memerangi penindasan serta kezaliman.

Pelaksanaan syariat Islam termasuk melaksanakan hukuman hudud, menuntut beberapa fasa dan tindakan demi menjamin keadilan dan kesejahteraan semua.

  1. Pertama: Masyarakat perlu diberi penjelasan agar memahami falsafah dan tujuan sebenarnya sistem jenayah syariah;
  2. Kedua: Pemerintah perlu memastikan kebajikan rakyat didahulukan sehingga rakyat tidak terdorong melakukan jenayah atau maksiat;
  3. Ketiga: Pemerintah perlu memastikan segala usaha atau dorongan ke arah maksiat dikurangkan;
  4. Keempat: Pemerintah perlu berusaha agar unsur-unsur yang mempamerkan keindahan Islam turut dilaksanakan seperti sistem ekonomi yang adil dan tidak menindas, ketelusan, tadbir urus yang baik, pertanggungjawaban dan kebebasan bersuara.
Adalah menjadi kewajipan serta tanggungjawab pemerintah memastikan masyarakat tidak melakukan jenayah atas sebab tekanan atau terpaksa. Hukuman sepatutnya disasarkan kepada mereka yang sengaja melakukan jenayah. Bagi orang Islam, melaksanakan hukum seperti yang ditetapkan di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. adalah tuntutan agama.

Enakmen Kanun Kesalahan Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Maka adalah wajar orang Islam diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Ia meliputi hukum qisas, hudud dan takzir. Enakmen ini hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong usaha ke arah perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

Pelaksanaan enakmen ini sebaiknya hendaklah melalui semua fasa yang dinyatakan di atas.

IKRAM mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memastikan enakmen ini bertepatan dengan kehendak syariah, mencari pendekatan yang terbaik dan mengelak ianya dari dipolitikkan. IKRAM bersedia menawarkan segala kepakarannya bagi menjayakan usaha ini. 

IKRAM juga mengalu-alukan keputusan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Persendirian pada Persidangan Dewan Rakyat bulan Jun 2014. Ini memberi masa yang lebih kepada Jawatankuasa Teknikal dan rakyat untuk mengemukakan pandangan dan cadangan.

IKRAM akan menggerakkan ahlinya dalam memberi penerangan mengenai keindahan syariat Islam serta terus iltizam dalam usaha ke arah penegakan syariat Islam yang akan membawa kesejahteraan kepada seluruh masyarakat.

IKRAM menyeru semua lapisan masyarakat agar bersikap positif dalam menghadapi apa jua isu dan saling bantu membantu untuk memastikan Malaysia terus aman, maju dan makmur.

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Sumber: Halaman web Pertubuhan IKRAM Malaysia

19 April 2014

Jawatankuasa Daerah Ikram Petaling Jaya 2014-2016

Berikut adalah barisan penuh Jawatankuasa Daerah Ikram PJ bagi 2014-16 yang telah dipilih semasa Mesyuarat Agung Daerah (MAD) baru-baru ini, serta yang dilantik oleh YDP.

YDP: Mohd Hasyahril Mohd Hashim 
TYDP: Anuar Aris
Ketua Wanita: Aziah Aziz
SU: Muhammad Akram Mohd Safian
PSU: Abdul Azim Ismail
Bendahari: Dr Suraya Shahril

AJK:
1. Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin
2. Ustaz Murshid Kassim
3. Ustaz Osman Khusnan
4. Dr Eshamsul Sulaiman
5. Mohd Faizal Jalil
6. Ustazah Hanida Abdull Samat
7. Kalsom Arifin
8. Mohd Noor Said
9. Dr Normah Abdullah

Pengerusi Tetap: Syed Ibrahim Syed Noh
Tim Pengerusi Tetap: Anas Fauzi

Pemeriksa Kira-Kira: 
1. Mohd Kamal Mohd Rathi
2. Nik Zainab Nik Mat

Semoga Allah memberi kekuatan dan keberkatan kpd Ikram Daerah PJ melalui barisan kepimpinan ini.

09 April 2014

Mesyuarat Agung Daerah (MAD) Ikram PJ 2014

Alhamdulillah Mesyuarat Agung Daerah (MAD) Ikram PJ 2014 telah selamat diadakan pada hari Ahad 6 April 2014 bertempat di Pejabat Ikram Petaling Jaya, Taman Sri Manja.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Syed Ibrahim Syed Noh selaku Pengerusi Tetap Ikram sesi 2012-14. Mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli Ikram dan ahli-ahli usrah Ikram serta para pemerhati. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Ir Wan Ahmad Nizar Zakaria selaku wakil Jawatan Kuasa Ikram Negeri Selangor.

Seterusnya MAD telah memilih barisan Jawatan Kuasa Daerah Ikram PJ bagi sesi 2012-14. Mesyuarat tamat lebih kurang pada jam 3 petang.

Pengerusi mesyuarat dan YDP 2012-14

Bacaan Al-Qur'an oleh Adik Naim Firdaus

Di antara ahli mesyuarat yang hadir

Ahli mesyuarat menyanyikan lagu Ikram

Ahli mesyuarat menyanyikan lagu Ikram

Ucapan perasmian oleh wakil JKN Selangor

Pembentangan laporan tahunan oleh Setiasuaha

Antara babak-babak dalam mesyuarat

Pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari

Jamuan makan

Antara babak-babak dalam mesyuarat

Antara babak-babak dalam mesyuarat

Barisan kepimpinan Ikram PJ yang dipilih oleh MAD

Foto-foto adalah ehsan Al-Ustaz Abdul Malek Shaari