Kalendar IKRAM PJ
16 August 2011
15 August 2011
Majlis Iftar Perdana IKRAM Petaling Jaya 17 Ogos 2011
05 August 2011
22 July 2011
Dakwah dalam masyarakat majmuk- siri 2

Anjuran bersama
WAMY - IKRAM SJ - IKRAM PJ
Tempat
Dewan Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan (SAMDE)
Subang Jaya, Selangor
Tarikh
Ahad, 24 Julai 2011
830am - 4pm
Pengisian
Sesi 1: Teknik Berdakwah Kepada Belum Islam & Soalan-soalan Lazim Daripada
Bukan Islam
Sesi 2: Praktikal Dakwah (pusat beli-belah berhampiran)
Sesi 3: Workshop Perkongsian Pengalaman
Pendaftaran boleh dibuat kepada Ust Yusri melalui sms di talian 012-2252430
atau melalui email di address muallimyusri@yahoo.com selewat-lewatnya pada
hari Sabtu ni 23 Julai 2011.
Semua dijemput hadir!.
02 June 2011
Berita Komuniti :PROGRAM KESEJAHTERAAN RUMAH TANGGA 2011

TAMAN MEDAN : Wanita IKRAM Petaling Jaya dengan kerjasama Pejabat ADUN Taman Medan, mengambil inisiatif menganjurkan Program Kesejahteraan Rumah Tangga 2011 dengan tema ”Menjejak Kasih, Menyulam Sayang” pada hari Ahad, 15 Mei 2011 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya Sri Manja PJS 3. Program ini memberi manfaat ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya pasangan suami isteri tentang fenomena keganasan rumah tangga dan puncanya, menyingkap rahsia rumah tangga bahagia serta panduan yang sewajarnya.

Perasmian program disempurnakan oleh YB Haniza Mohamed Talha selaku ADUN Taman Medan mengharapkan hasil daripada program ini memberikan impak dalam usaha menggerakkan aktiviti pusat sehenti setempat di kawasan Sri Manja yang akan menjadi model dan diimplementasikan ke seluruh kawasan sekitarnya.

Acara forum kekeluargaan menampilkan panelis terdiri daripada Puan Norlaili binti Mohamad, Peguam Syarie unit Guaman Syarie, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Prof. Madya Dr. Zulfakar Ramlee, Pakar Undang – Undang Keterangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Puan Faridah Maludin, Pusat Sokongan Keluarga Islah (PAKSI - JIM).

Penganjur juga mengadakan acara untuk kanak-kanak antara usia 6 hingga 12 tahun seperti penyampaian khutbah kanak-kanak, pertandingan hafazan dan azan. Di samping itu, peserta juga berkesempatan mengunjungi gerai-gerai jualan barangan terpakai, jualan barangan untuk sumbangan Palestin dan mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 200 orang merangkumi golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak. IKRAM mengambil inisiatif ini dengan menyeru masyarakat Islam pertama, kembali kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah dalam mengemudi kehidupan berkeluarga, kedua menyuburkan kasih-sayang dalam rumah tangga dengan menyertai program-program pengukuhan rumah tangga, ketiga menjadi ahli masyarakat yang prihatin dalam usaha membendung gejala keganasan dalam rumah tangga dan keempat, memanfaatkan Pusat Khidmat Krisis Setempat (OSCC) yang diwujudkan di hospital-hospital kerajaan. Wanita IKRAM juga mahu masyarakat tidak membiarkan keganasan rumah tangga membarah dalam senyap yang difahamkan sebagai satu konspirasi senyap (conspiracy of silence). Menghentikan keganasan rumah tangga wajar bagi memastikan survival diri, pasangan dan keluarga terus terpelihara dalam memupuk kesejahteraan dalam rumah tangga sejajar dengan apa yang digariskan oleh Islam.

Sebagai rumusan, kerjasama program seperti ini dijayakan dari semasa ke semasa kerana ianya memberi manfaat kepada masyarakat khusus penduduk di sekitar Taman Medan, Petaling Jaya.
UST. HANIDA BINTI ANDULL SAMAT
KETUA WANITA
IKRAM PETALING JAYA
27 May 2011
10 May 2011
Syeikh Faisal Al Maulawi Wafat
Hidayatullah.com--Telah wafat pada hari Ahad (8/5/2011) seorang faqih dari Lebanon, Syeikh Faisal Al Maulawi, pada umur 70 tahun.
Syeikh Al Maulawi merupakan daie dan ulama Islam yang cukup dikenali di Dunia Islam. Sebelumnya beliau adalah Ketua Jamiyyah At Tarbiyah Al Islamiyah. Beliau yang lahir pada tahun 1941 dirujuk sebagai qadhi syar’i (hakim Islam) di Lebanon pada tahun 1968, hingga menjadi penasihat Mahkamah Tinggi Syariat di negera tersebut pada tahun 1988.
Beliau juga pernah menjabat sebagai Wakil Ketua Al Majlis Al Urubi li Al Ifta wa Al Buhuts (Majlis Eropah untuk Fatwa dan Penyelidikan).
Syeikh Faisal Al Maulawi adalah pengganti Syeikh Fathi Yakan sebagai Rektor Al Jama’ah Al Islamiyah Lebanon, yang telah wafat pada tahun 2009 lalu.
Al Maulawi termasuk tokoh yang memiliki perhatian besar terhadap masalah umat Islam dan Palestin. Beliau juga dikenal sebagai ulama mendukung perjuangan Palestin.
Semoga amalan dan jerih payah beliau diterima Allah Subhanahu Wata’aala.
09 May 2011
Program Dakwah
Ikram Petaling Jaya akan mengadakanProgram Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk pada 15/5/2011 (Ahad) bertempat di Pejabat Ikram Petaling Jaya, Taman Sri Manja.




