20 Ogos 2016 (Sabtu)
Masa
2.00 - 5.00 petang
Tempat
Restoran Sri Mutiara, Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA),
Jalan Damansara, Bukit Kiara
Pada 20 Ogos 2016 yang lalu, Pertubuhan IKRAM Daerah Petaling Jaya telah mengadakan Majlis Ramah Mesra NGO dalam usaha membina hubungan lebih erat dan memperkukuhkan jaringan sesama persatuan dan badan-badan bukan kerajaan di Petaling Jaya.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Anuar Aris selaku Setiausaha Pertubuhan IKRAM Petaling Jaya.
Dalam majlis tersebut, Prof Madya Dr Harlina Halizah Binti Hj Siraj telah berkongsi dengan para tetamu tentang 'Pendidikan Seksualiti - Menangani Gejala Seksual Masyarakat'. Para tetamu yang hadir turut berkongsi pandangan dan bertanyakan soalan kepada penceramah.
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi beramai-ramai.
Semoga program kecil ini dapat menjadi tapak mula jalinan perpaduan dan jaringan yang lebih kukuh dikalangan NGO dan penggerak masyarakat sekitar Petaling Jaya.