Qiyam dimulakan dengan perkongsian kisah sahabat Salman Al-Farisi oleh Sdr Noorulameen.
Ustaz Arif pula menyampaikan tazkirah bertajuk Keutamaan Qiyam al-Lail, sebelum diadakan qiyam jama'i yang diimamkan oleh Sdr Ikram Mohd Noor.
Setelah salat Subuh, para peserta membacakan zikir Al-Ma'thurat, diikuti dengan perkongsian kelebihan Al-Ma'thurat oleh Ustaz Arif.
Perbincangan juga diadakan berkaitan berita semasa umat Islam, diketuai oleh Sdr Ahmad Rizal. Program diakhiri dengan sarapan bersama di Taman Seri Sentosa.
No comments:
Post a Comment