Kalendar IKRAM PJ

27 February 2013

Sambutan Chinese New Year Open House Anjuran IKRAM Peringkat Selangor

26 Feb 2013

Alhamdulillah, 24 Februari 2013 menutup tirai sambutan Tahun Baru Cina anjuran bersama IKRAM Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Hidayah Centre, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Selangor dan Restoran Mohd Chan Abdullah. Sebanyak 9 daerah seluruh Selangor telah berjaya menganjurkan sambutan ini.

Dimulai dengan daerah Shah Alam pada 16 Februari lalu, diikuti dengan daerah Klang, Gombak dan Hulu Selangor pada 17 Februari serta daerah Kuala Selangor, Kajang, Hulu Langat dan Ampang Jaya pada 23 Februari kemudian diakhiri dengan sambutan besar-besaran di Subang Jaya pada 24 Februari.

Antara objektif utama sambutan ini adalah untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat belum Islam, menjelaskan konsep keterbukaan dalam Islam serta menyantuni mereka dan saudara baru berbangsa Tionghua.

Tema sambutan, 'Towards A Harmonious Society' diharap mampu mewjudkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Pihak penganjur bercita-cita agar mesej Islam mampu disampai dan dikongsi bersama semua lapisan masyarakat, tidak mengira kaum dan agama.

Acara sambutan di peringkat Selangor telah dimuali dengan dentuman mercun serta tarian singa menyambut kedatangan VIP jemputan, Us Hassanuddin, YDP IKRAM Selangor, Dato Aidit Ghazali, Ahli MAIS dan Hj Sharin Low, pengerusi MACMA Selangor seawal 11 pagi.

Di dalam ucapan aluan oleh YDP Selangor, Us Hassanuddin mengalu-alukan kedatangan semua dan berpesan bahawa Islam tidak melarang penganutnya merayakan perayaan kaum dan adat selagi tidak melangari syariat. Hj Sharin Low, selaku penganjur bersama turut memberi sepatah dua kata. En Soh Ti, dari kumpulan Dong Zong juga dijemput memberi sedikit ucapan.

Majlis dirasmikan oleh Dato Aidit Ghazali, Ahli MAIS. Selepas perasmian, kesemua hadirin bersama-sama 'melambung' dan menjamu Yee Sang sepanjang 100 kaki.

Majlis disempurnakan juga dengan ceramah oleh Dr Yunus Ma, pensyarah dari UIA yang menyampaikan ceramah beliau di dalam bahasa Mandarin.

Kehadiran lebih 1500 tetamu amat memeriahkan suasana majlis. Kira-kira 70% yang hadir adalah dari kaum Tionghua dan majoriti dari mereka bukan beragama Islam.

Aktiviti silang budaya kanak-kanak juga turut disempurnakan oleh JK Wanita Subang Jaya yang melibatkan penglibatan ratusan kanak-kanak berbilang kaum di dalam acara mewarna dan juga penulisan khat atau caligraphy Cina. Kehadiran seorang badut serta ahli silap mata juga berjaya menarik perhatian kanak-kanak yang hadir.

Antara respon yang diterima dari tetamu:

"Sebelum ini, saya merasakan Islam ini eksklusif kepada Melayu sahaja..."
" Jika ramai mengetahui memeluk Islam tak perlu tukar nama, bangsa dan budaya kaum sendiri, pasti lagi ramai kaum Cina sudah memeluk Islam..."
"Saya sangat gembira pada hari ini. Saya Cina, bukan Islam tetapi saya ingin tahu lebih tentang Islam..."
"Wah, IKRAM ni lain lah...

Selaku pengarah sambuatan CNYOH di Subang Jaya, ana ingin merakamkan syukur ana kepada Allah dan jutaan terima kasih kepada YDP Selangor, YDP Subang Jaya, YDP Petaling Jaya, JKN Selangor, JKD SJ dan PJ, seluruh barisan komiti dari SJ, PJ, MACMA, Kader MAIS, Krew Mohd Chan Abdullah dan sukarelawan-sukarelawan yang lain.Segala kekurangan dan kesilapan harap dimaafi. Semoga usaha kecil ini mendapat keredhaan Allah dan memajukan setapak lagi kepada matlamat IKRAM untuk memimpin umat dan masyarakat. Allahu alam.

Muhammad Fakharuddin

Pengerusi JK Dakwah Ikram Subang Jaya


Antara foto-foto menarik sepanjang sambutan:

















No comments:

Post a Comment