Alhamdulillah, 24 Februari 2013 menutup
tirai sambutan Tahun Baru Cina anjuran bersama IKRAM Selangor, Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS), Hidayah Centre, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
Selangor dan Restoran Mohd Chan Abdullah. Sebanyak 9 daerah seluruh Selangor
telah berjaya menganjurkan sambutan ini.
Dimulai dengan daerah Shah Alam pada 16
Februari lalu, diikuti dengan daerah Klang, Gombak dan Hulu Selangor pada 17
Februari serta daerah Kuala Selangor, Kajang, Hulu Langat dan Ampang Jaya pada 23
Februari kemudian diakhiri dengan sambutan besar-besaran di Subang Jaya pada 24
Februari.
Antara objektif utama sambutan ini adalah
untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat belum Islam, menjelaskan konsep
keterbukaan dalam Islam serta menyantuni mereka dan saudara baru berbangsa
Tionghua.
Tema sambutan, 'Towards A Harmonious
Society' diharap mampu mewjudkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang
kaum. Pihak penganjur bercita-cita agar mesej Islam mampu disampai dan dikongsi
bersama semua lapisan masyarakat, tidak mengira kaum dan agama.
Acara sambutan di peringkat Selangor telah
dimuali dengan dentuman mercun serta tarian singa menyambut kedatangan VIP jemputan, Us
Hassanuddin, YDP IKRAM Selangor, Dato Aidit Ghazali, Ahli MAIS dan Hj Sharin
Low, pengerusi MACMA Selangor seawal 11 pagi.
Di dalam ucapan aluan oleh YDP Selangor, Us
Hassanuddin mengalu-alukan kedatangan semua dan berpesan bahawa Islam tidak
melarang penganutnya merayakan perayaan kaum dan adat selagi tidak melangari
syariat. Hj Sharin Low, selaku penganjur bersama turut memberi sepatah dua kata.
En Soh Ti, dari kumpulan Dong Zong juga dijemput memberi sedikit ucapan.
Majlis dirasmikan oleh Dato Aidit Ghazali, Ahli
MAIS. Selepas perasmian, kesemua hadirin bersama-sama 'melambung' dan menjamu
Yee Sang sepanjang 100 kaki.
Majlis disempurnakan juga dengan ceramah oleh Dr Yunus Ma, pensyarah dari UIA yang menyampaikan ceramah beliau di dalam
bahasa Mandarin.
Kehadiran lebih 1500 tetamu amat
memeriahkan suasana majlis. Kira-kira 70% yang hadir adalah dari kaum Tionghua
dan majoriti dari mereka bukan beragama Islam.
Aktiviti silang budaya kanak-kanak juga
turut disempurnakan oleh JK Wanita Subang Jaya yang melibatkan penglibatan ratusan kanak-kanak
berbilang kaum di dalam acara mewarna dan juga penulisan khat atau caligraphy
Cina. Kehadiran seorang badut serta ahli silap mata juga berjaya menarik
perhatian kanak-kanak yang hadir.
Antara respon yang diterima dari tetamu:
"Sebelum ini, saya merasakan Islam
ini eksklusif kepada Melayu sahaja..."
" Jika ramai mengetahui memeluk Islam
tak perlu tukar nama, bangsa dan budaya kaum sendiri, pasti lagi ramai kaum
Cina sudah memeluk Islam..."
"Saya sangat gembira pada hari ini. Saya
Cina, bukan Islam tetapi saya ingin tahu lebih tentang Islam..."
"Wah, IKRAM ni lain lah..."
Selaku pengarah sambuatan CNYOH di Subang
Jaya, ana ingin merakamkan syukur ana kepada Allah dan jutaan terima kasih
kepada YDP Selangor, YDP Subang Jaya, YDP Petaling Jaya, JKN Selangor, JKD SJ
dan PJ, seluruh barisan komiti dari SJ, PJ, MACMA, Kader MAIS, Krew Mohd Chan
Abdullah dan sukarelawan-sukarelawan yang lain.Segala kekurangan dan kesilapan
harap dimaafi. Semoga usaha kecil ini mendapat keredhaan Allah dan memajukan
setapak lagi kepada matlamat IKRAM untuk memimpin umat dan masyarakat. Allahu alam.
Muhammad Fakharuddin
Pengerusi JK Dakwah Ikram Subang Jaya
Antara foto-foto menarik sepanjang sambutan: