Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
25 Jun 2012 / 5 Syaaban 1433 H
Ucapan Tahniah Buat Dr Mohamed Morsi, Presiden Mesir Yang Baru
Pertubuhan
Ikram Malaysia (Ikram) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan
menzahirkan rasa keyukuran di atas kemenangan Dr Mohammed Morsi Isa'
al-Ayyat calon Ikhwanul Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya
Presiden Mesir mewakili Parti Hizbul Hurriyah wal ‘Adalah atau Freedom and Justice Party (FJP) pada 16 dan 17hb Jun 2012.
Kemenangan
beliau yang telah diisytiharkan secara rasmi semalam oleh Farouq
Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir pada 24hb Jun 2012
disambut penuh kegembiraan oleh seluruh rakyat Mesir khususnya di
Dataran Tahrir. Beliau mendapat sokongan 51.7 % undi manakala Ahmad
Syafik sebanyak 48.3 % dalam satu pilihanraya demokrasi pertama dalam
sejarah Mesir.
Ikram turut mengucapkan tahniah kepada
seluruh rakyat Mesir yang telah memilih calon Ikhwan sebagai Presiden
baru bukan hanya untuk kelompok tertentu bahkan mewakili seluruh bangsa
Mesir samada Muslim mahupun Koptik Kristian.
Sesungguhnya
kita semua harus meyakini bahawa ini adalah satu rahmat dan pertolongan
Allah SWT selepas 83 tahun perjuangan Ikhwanul Muslimun yang diasaskan
oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna melalui satu tempoh yang lama dan zaman
penuh gelora.
Pelbagai tekanan, sekatan, pemenjaraan,
penyiksaan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Regim Mesir yang terdahulu
terhadap pemimpin dan anggota Ikhwanul Muslimun tidak pernah melemahkan
tekad perjuangan mereka. Mereka juga berjaya memimpin rakyat
bersama-sama seluruh bangsa Mesir dalam Revolusi 25 Januari 2011 yang
menyaksikan sejarah dunia tumbangnya pemerintahan Hosni Mubarak yang
kini merengkok di dalam penjara seumur hidup atas kekejaman dan
kezaliman yang telah dilakukannya.
Ikram berdoa dan
menyeru agar seluruh warga dunia dan masyarakat antarabangsa memberi
pengiktirafan kepada rakyat Mesir yang telah membuat pemilihan yang sah
mengikut perlembagaan Mesir.
Ikram berpandangan pihak
Majlis Tentera Mesir (SCAF) wajar mengembalikan semula kuasa Presiden
sepenuhnya, memulangkan hak dan kuasa Parlimen untuk menggubal
perlembagaan, menjamin kebebasan rakyat serta mewujudkan kestabilan dan
memulihkan harapan negara Mesir yang baru.
Kepada Allah SWT kita rafakkan kesyukuran dan kepada-Nya kita kembalikan segala urusan.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
Kalendar IKRAM PJ
25 June 2012
24 June 2012
Ikram Siswa Tertubuh di Universiti Malaya
Alhamdulillah, pada hari Sabtu 23 Jun 2012, dengan rasmi telah tertubuh IKRAM Siswa Universiti Malaya (UM).
Dianjurkan oleh IKRAM Petaling Jaya (PJ) dan dibantu oleh IKRAM Lembah Pantai, mesyuarat yang bermula pada jam 9 pagi diadakan di Pejabat IKRAM PJ di Taman Seri Manja, Petaling Jaya. Mesyuarat dihadiri ahli-ahli Ikram Siswa UM, para pemerhati dan jemputan, serta dipengerusikan oleh al-Akh Mohd Syariffudin Abu Kasim daripada Ikram Lembah Pantai.
Setelah ucapan aluan oleh pengerusi mesyuarat dan ucapan oleh Ketua Unit IPT Dr Eshamsul Sulaiman, perasmian mesyuarat disempurnakan oleh jemputan istimewa al-Ustaz Alias Othman selaku yang juga Ahli Lembaga Timbangtara Ikram Pusat.
Seterusnya pemilihan mesyuarat diadakan dengan lancar, dan mesyuarat telah memilih barisan kepimpinan Ikram Siswa UM bagi sesi 2012/13 yang berikut:
Mesyuarat juga mencadangkan 11 orang calon JK Ikram Siswa Pusat, dan 11 orang wakil Ikram Siswa UM ke Mesyuarat Agung Ikram Siswa Pusat.
Mesyuarat juga telah mencadangkan dan membahaskan beberapa usul untuk dibawa ke Mesyuarat Agung IS Pusat. Usul-usul ini berkaitan fokus da'wah di UM, peranan IS Pusat dan Ikram Daerah.
Setelah selesai pemilihan, Pengerusi Ikram Siswa UM pertama al-Akh Muhammad Talhah Ajmain dengan bersemangat menyampaikan ucapan sulungnya yang menyeru ahli-ahli Ikram Siswa UM untuk sama-sama bekerja memikul beban da'wah dan tarbiyyah di kampus bagi mengejar reda Ilahi.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan doa oleh wakil JKD Ikram PJ al-Akh Mohd Hasyahril Mohd Hashim.
Bagi pihak JK Penaja, kami merasa amat bersyukur dengan terlaksananya langkah bersejarah ini ke arah memacu da'wah di salah satu IPT terulung tanahair. Semoga Allah memberkati mesyuarat dan pemilihan ini, dan seterusnya memberi kami kekuatan untuk terus menggerakkan amanah ini.
Disediakan oleh,
Muhammad Akram Mohd Safian
PIC UM Ikram Petaling Jaya

Para hadirin dan jemputan mesyuarat menyanyikan Lagu Ikram |
Ucapan oleh Ketua Unit IPT Ikram Petaling Jaya, Dr Eshamsul Sulaiman |
Setelah ucapan aluan oleh pengerusi mesyuarat dan ucapan oleh Ketua Unit IPT Dr Eshamsul Sulaiman, perasmian mesyuarat disempurnakan oleh jemputan istimewa al-Ustaz Alias Othman selaku yang juga Ahli Lembaga Timbangtara Ikram Pusat.
Ucapan al-Ustaz Alias Othman |
Seterusnya pemilihan mesyuarat diadakan dengan lancar, dan mesyuarat telah memilih barisan kepimpinan Ikram Siswa UM bagi sesi 2012/13 yang berikut:
Pengerusi: Muhamamd Talhah bin Ajmain
Timbalan Pengerusi: Muhammad Amin bin Mohd Hanifah
Naib Pengerusi 1: Muhammad Izzat bin Ismail
Naib Pengerusi 2: Noor Aminah binti Kamilen
Setiausaha: Muhammad Saiful Islam bin Ahmadon
Bendahari: Nurul Izyan binti Zainuddin
AJK:
Abdul Muhaimin bin Shahriman
Muhammad Syamil bin Dzulfida
Nur Amalina binti Rosli
Nurul Taqwa binti Ismail
Fatimah Azzahra binti Ainullotfi
Penerusi Tetap: Tengku Muhd Ibrahim bin Tengku Ahmad
Timbalan Pengerusi Tetap: Ahmad Muaz bin Muhd Hairi
Pemeriksa Kira-kira: Wan Mustapha Masyhur Wan Abd Razak, Muhammad Saiful Islam bin Ahmadon
Timbalan Pengerusi: Muhammad Amin bin Mohd Hanifah
Naib Pengerusi 1: Muhammad Izzat bin Ismail
Naib Pengerusi 2: Noor Aminah binti Kamilen
Setiausaha: Muhammad Saiful Islam bin Ahmadon
Bendahari: Nurul Izyan binti Zainuddin
AJK:
Abdul Muhaimin bin Shahriman
Muhammad Syamil bin Dzulfida
Nur Amalina binti Rosli
Nurul Taqwa binti Ismail
Fatimah Azzahra binti Ainullotfi
Penerusi Tetap: Tengku Muhd Ibrahim bin Tengku Ahmad
Timbalan Pengerusi Tetap: Ahmad Muaz bin Muhd Hairi
Pemeriksa Kira-kira: Wan Mustapha Masyhur Wan Abd Razak, Muhammad Saiful Islam bin Ahmadon
Mesyuarat juga mencadangkan 11 orang calon JK Ikram Siswa Pusat, dan 11 orang wakil Ikram Siswa UM ke Mesyuarat Agung Ikram Siswa Pusat.
Mesyuarat juga telah mencadangkan dan membahaskan beberapa usul untuk dibawa ke Mesyuarat Agung IS Pusat. Usul-usul ini berkaitan fokus da'wah di UM, peranan IS Pusat dan Ikram Daerah.
Setelah selesai pemilihan, Pengerusi Ikram Siswa UM pertama al-Akh Muhammad Talhah Ajmain dengan bersemangat menyampaikan ucapan sulungnya yang menyeru ahli-ahli Ikram Siswa UM untuk sama-sama bekerja memikul beban da'wah dan tarbiyyah di kampus bagi mengejar reda Ilahi.
Ucapan oleh Pengerusi Ikram Siswa Universiti Malaya, al-Akh Talhah Ajmain |
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan doa oleh wakil JKD Ikram PJ al-Akh Mohd Hasyahril Mohd Hashim.
Bagi pihak JK Penaja, kami merasa amat bersyukur dengan terlaksananya langkah bersejarah ini ke arah memacu da'wah di salah satu IPT terulung tanahair. Semoga Allah memberkati mesyuarat dan pemilihan ini, dan seterusnya memberi kami kekuatan untuk terus menggerakkan amanah ini.
Disediakan oleh,
Muhammad Akram Mohd Safian
PIC UM Ikram Petaling Jaya
04 June 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)