Kalendar IKRAM PJ

24 August 2010

Rehlah Pemuda (Ikhwah) IKRAM Petaling Jaya 08/08/2010

Alhamdulillah Rehlah Pemuda IKRAM Petaling Jaya telah berjaya diadakan di Sungai Pisang, Gombak pada 8 Ogos 2010. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar lelaki IPT di bawah program IKRAM Daerah dalam suasana yang santai, sambil diberikan pengisian agar kekal di atas jalan tarbiah serta persiapan menyambut Ramadan yang bakal tiba.

Program rehlah ini telah disertai oleh lebih 30 orang pelajar IPT di seluruh PJ, termasuk dari Universiti Malaya, Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia dan Unitar.

Program bermula pada 7 Ogos malam dengan penyertaan peserta ke Ceramah Ramadan yang diberikan oleh Ustaz Imran di Surau Al-Ansar, Keramat, bersama pemuda-pemuda dari kawasan KL dan Gombak. Para peserta turut menyertai tadarus dan qiyam yang disanakan di sana, sebelum bertolak ke tapak perkelahan setelah sarapan pagi.

Rombongan kami yang disertai oleh enam buah kereta dan beberapa buah motosikal tiba di tapak pada lebih kurang jam 10 pagi. Dengan sedikit aktiviti trekking (dan ada kumpulan yang 'terlebih' trekking) kami tiba ke tempat sesuai untuk beraktiviti.

Selain daripada aktiviti barbeku dan sedikit jamuan, ta'arruf ringkas dibuat bagi memperkenalkan sesama ahli-ahli serta penggerak Program Pemuda IKRAM di daerah. Setelah itu Al-Akh Akram selaku Pengerusi JK Pemuda IKRAM Daerah memberikan sedikit tazkirah yang menyebut tentang kepentingan merenungi alam semulajadi bagi mencari kebesaran Tuhan, serta mengajak para peserta bersedia untuk menyambut Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.

AJK Pemuda IKRAM Daerah, Al-Akh Hazli turut memberikan sedikit perkongsian, dengan menekankan bahawa rehlah hanya merupakan satu daripada banyak wasilah-wasilah tarbiyyah di bawah manhaj tarbiyyah IKRAM, dan memberi peringatan agar para peserta tetap di atas program tarbiyyah yang dilaksanakan oleh IKRAM Daerah.

Setelah bermandi-manda (buat kesekelian kalinya) para peserta bertolak pulang pada jam 1 tengahari, meninggalkan Sungai Pisang dengan secebis memori. Semoga rihlah yang ringkas ini dapat memberi bekalan untuk menetapkan hati-hati kami di atas jalan ini. FACEBOOK

Akram
-Pemuda IKRAM PJ-

No comments:

Post a Comment