Kalendar IKRAM PJ

20 December 2014

SWDS 2014: Pengurusan Kewangan Efektif, Ekonomi Keluarga Produktif

Pada hari ini, Sabtu 20 Disember 2014 bersamaan 27 Safar 1436H, telah diadakan satu seminar bertajuk "Pengurusan Kewangan Efektif, Ekonomi Keluarga Produktif". Seminar diadakan bertempat di Dewan Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya bermula jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari.

Sewaktu pendaftaran

Seminar ini merupakan salah satu daripada siri Seminar Wanita Dan Syariah anjuran Wanita Ikram Petaling Jaya. Seminar kali ini yag diadakan secara anjuran bersama dengan Alfateh Associates, mengenengahkan isu pengurusan kewangan keluarga, dan menampilkan tokoh-tokoh dalam bidang kewangan dan syariah.

Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Seminar, Dr Hamidah binti Mat

Timbalan Ketua Wanita IKRAM Selangor Dr Melasutra menyampaikan ucapan perasmian

Seminar dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Melasutra Ahmad Dali, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Selangor. Di dalam ucapan perasmiannya beliau menggariskan objektif program iaitu untuk memberikan bimbingan kepada para peserta untuk merancangan kewangan keluarga, berdasarkan 'manual' pengurusan terbaik iaitu Al-Qur'an.

Ucap tama oleh Dr Ahmad Zainuddin Abdullah

Ucap tama diberikan oleh Dr Ahmad Zainuddin Abdullah, Pengerusi Koperasi Islah Malaysia Bhd (KIMB). Beliau menekankan konsep ubudiah kepada Tuhan sebagai asas kepada persoalan pengurusan kewangan, yang melaluinya Islam mengajarkan konsep kesyukuran dan kepercayaan bahawa Allah sebagai sumber rezeki. Seterusnya beliau menceritakan senario kedudukan ekonomi di Malaysia, yang mana corak pendapatan negara (yang lazimnya diukur menggunakan GDP) tidak setara dengan kedudukan kewangan keluarga ukuran pertengahan ('median'). Begitu juga sedang berlaku ketidakseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan di dalam ekonomi rumahtangga. Lalu langkah yang seharusnya diambil oleh setiap keluarga adalan perancangan dan pengurusan kewangan yang efektif. Dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan menggunakan pendekatan koperasi sebagai usaha saling membantu (ta'awun) dan pelaburan bagi masa hadapan.

Bual bicara yang berjaya diceriakan oleh Dr Maszlee dan En Harun

Di antara peserta yang hadir

Para jemputan menikmati minum pagi sambil ditemani YDP IKRAM PJ, Mohd Hasyahril Mohd Hashim

Sesi kedua diadakan setelah waktu rehat, diadakan dalam bentuk bual bicara yang santai, menampilkan Dr Maszlee Malik, pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sebagai pengacara, dan En. Harun Mohd Yusof (juga dikenali sebagai Hamdy), penulis buku perancangan kewangan sebagai ahli panel. En. Harun banyak memberikan perkongsian tips-tips berguna dalam merancang dan mengurus kewangan. Beliau juga menekankan pergantungan kepada Allah sebagai sumber rezeki, dan usaha sekecil mana (seperti melakukan perniagaan kecil-kecilan) in sha Allah akan membuka pintu rezeki sekiranya dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh. 'Simpan dulu baru berbelanja', itu pesanan yang beliau sampaikan, bukannya 'menyimpan setelah berbelanja'. Simpanan adalah sangat penting untuk dilakukan secara berkala dan berdisiplin, dan di sana terdapat dua bentuk simpanan yang perlu dilakukan iaitu simpanan untuk 'kecemasan' dan simpanan untuk pelaburan.

Lagi di antara peserta yang hadir

Perbelanjaan memerlukan disiplin, dan perlu dibezakan antara keperluan dan kehendak. Seringkali orang berbelanja berlebihan mengatasi keperluan, dan ini membawa kepada defisit dalam kedudukan kewangannya, pesan En Harun. Beliau juga memberikan beberapa tips lain berkaitan simpanan (termasuk KWSP), pelaburan, perancangan ekonomi untuk perkahwinan dan untuk memulakan hidup berumahtangga.

Seorang peserta yang menyampaikan pertanyaan

Seorang peserta yang datang dari Ipoh, Perak, tidak ketinggalan bertanyakan soalan kepada panel

Seorang lagi peserta lelaki bertanyakan soalan

Puan Nurul Ilyani menyampaikan kata rumusan
Bual bicara diserikan dengan pertanyaan daripada beberapa peserta di antara seramai sejumlah hampir 200 orang peserta di seminar ini. Sesi rumusan seminar diberikan oleh Pn Nurul Ilyani Munsarikh, Pengasas Financial Model Canvas. Menurutnya, seminar ini bertujuan memberikan titik permulaan kesedaran bagi memperbaiki perancangan dan pengurusan kewangan. Seharusnya peserta seminar pulang dan memulakan sesuatu termasuk melaksanakan langkah-langkah yang telah dikongsikan di dalam seminar ini, dan mendalami ilmu pengurusan kewangan sebagai langkah berterusan.


Di gerai IKRAM Junior PJ

Para aulad tidak ketinggalan beraktiviti - mengenali jenis-jenis daun
Satu lagi hasil kreativiti aulad - seni kolaj

10 December 2014

Mukhayyam Akhawat IKRAM PJ 2014

Mukhayyam Akhawat IKRAM PJ 2014





Sabtu - Ahad, 11 - 12 Oktober 2014 telah berlangsung Mukhayyam Akhawat Pertubuhan IKRAM Petaling Jaya di Nur Lembah Pangsun Training Camp & Eco Resort. Kehadiran peserta seramai lebih kurang 50 orang termasuk anak-anak amat menceriakan. Perjalanan peserta ada yang menaiki bas dan berkereta sendiri menempuh perjalanan sekitar 1 jam dari Petaling Jaya ke Lokasi di Batu 19 3/4 Hulu Langat.






Program dimulakan dengan sesi Ice-breaking, indoor games, ceramah, perkongsian bersama Muwarrith, ekspresi seni, riadah spesial, jungle trekking, mandi air terjun, shooting the target dan aktiviti anak-anak termasuk lukisan alam, mandi-manda dan aktiviti bercerita. Suasana yang meredupkan pandangan dan menyejukkan jiwa memberi banyak ruang untuk merasai keagungan Allah S.W.T. melalui ciptaannya yang hebat dan menakjubkan.... SubhanalLahi wabihamdih.

Selepas aktiviti bercerita anak-anak tamat.... sesi bergambar

Penginapan / dorm akhawat

Jawatankuasa  pelaksana mukhayyam 2014

Antara pemandangan yang menarik...

Semoga dapat ketemu lagi di lain ketika dan destinasi. Sesungguhnya pengalaman berukhuwwah sungguh manis lebih manis diri gula dan madu tidak terbayang kerana ianya disaluti iman dan ikatan yang benar lilLahi ta'ala. 

Mantap Ukhuwwah Kukuhkan Saff