Kalendar IKRAM PJ
19 November 2011
27 October 2011
Rancang Wang Bebas Hutang (RWBH)
1) Anda boleh isi borang di link ini --> Borang Pendaftaran RWBH, atau
2) Tinggalkan maklumat anda di ruangan komen di blog RWBH : (Nama, No IC, No Telefon, Emel dan status pekerjaan (Bekerja/Belajar)), atau
3) Emelkan sahaja maklumat anda kepada amirulletfee@gmail.com atau
munirnajmi@yahoo.com
26 October 2011
Krisis Kewangan Dunia: Punca dan Penyelesaian..
16 August 2011
15 August 2011
Majlis Iftar Perdana IKRAM Petaling Jaya 17 Ogos 2011
05 August 2011
22 July 2011
Dakwah dalam masyarakat majmuk- siri 2
Anjuran bersama
WAMY - IKRAM SJ - IKRAM PJ
Tempat
Dewan Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan (SAMDE)
Subang Jaya, Selangor
Tarikh
Ahad, 24 Julai 2011
830am - 4pm
Pengisian
Sesi 1: Teknik Berdakwah Kepada Belum Islam & Soalan-soalan Lazim Daripada
Bukan Islam
Sesi 2: Praktikal Dakwah (pusat beli-belah berhampiran)
Sesi 3: Workshop Perkongsian Pengalaman
Pendaftaran boleh dibuat kepada Ust Yusri melalui sms di talian 012-2252430
atau melalui email di address muallimyusri@yahoo.com selewat-lewatnya pada
hari Sabtu ni 23 Julai 2011.
Semua dijemput hadir!.
02 June 2011
Berita Komuniti :PROGRAM KESEJAHTERAAN RUMAH TANGGA 2011
TAMAN MEDAN : Wanita IKRAM Petaling Jaya dengan kerjasama Pejabat ADUN Taman Medan, mengambil inisiatif menganjurkan Program Kesejahteraan Rumah Tangga 2011 dengan tema ”Menjejak Kasih, Menyulam Sayang” pada hari Ahad, 15 Mei 2011 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya Sri Manja PJS 3. Program ini memberi manfaat ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya pasangan suami isteri tentang fenomena keganasan rumah tangga dan puncanya, menyingkap rahsia rumah tangga bahagia serta panduan yang sewajarnya.
Perasmian program disempurnakan oleh YB Haniza Mohamed Talha selaku ADUN Taman Medan mengharapkan hasil daripada program ini memberikan impak dalam usaha menggerakkan aktiviti pusat sehenti setempat di kawasan Sri Manja yang akan menjadi model dan diimplementasikan ke seluruh kawasan sekitarnya.
Acara forum kekeluargaan menampilkan panelis terdiri daripada Puan Norlaili binti Mohamad, Peguam Syarie unit Guaman Syarie, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Prof. Madya Dr. Zulfakar Ramlee, Pakar Undang – Undang Keterangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Puan Faridah Maludin, Pusat Sokongan Keluarga Islah (PAKSI - JIM).
Penganjur juga mengadakan acara untuk kanak-kanak antara usia 6 hingga 12 tahun seperti penyampaian khutbah kanak-kanak, pertandingan hafazan dan azan. Di samping itu, peserta juga berkesempatan mengunjungi gerai-gerai jualan barangan terpakai, jualan barangan untuk sumbangan Palestin dan mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 200 orang merangkumi golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak. IKRAM mengambil inisiatif ini dengan menyeru masyarakat Islam pertama, kembali kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah dalam mengemudi kehidupan berkeluarga, kedua menyuburkan kasih-sayang dalam rumah tangga dengan menyertai program-program pengukuhan rumah tangga, ketiga menjadi ahli masyarakat yang prihatin dalam usaha membendung gejala keganasan dalam rumah tangga dan keempat, memanfaatkan Pusat Khidmat Krisis Setempat (OSCC) yang diwujudkan di hospital-hospital kerajaan. Wanita IKRAM juga mahu masyarakat tidak membiarkan keganasan rumah tangga membarah dalam senyap yang difahamkan sebagai satu konspirasi senyap (conspiracy of silence). Menghentikan keganasan rumah tangga wajar bagi memastikan survival diri, pasangan dan keluarga terus terpelihara dalam memupuk kesejahteraan dalam rumah tangga sejajar dengan apa yang digariskan oleh Islam.
Sebagai rumusan, kerjasama program seperti ini dijayakan dari semasa ke semasa kerana ianya memberi manfaat kepada masyarakat khusus penduduk di sekitar Taman Medan, Petaling Jaya.
UST. HANIDA BINTI ANDULL SAMAT
KETUA WANITA
IKRAM PETALING JAYA
27 May 2011
10 May 2011
Syeikh Faisal Al Maulawi Wafat
Hidayatullah.com--Telah wafat pada hari Ahad (8/5/2011) seorang faqih dari Lebanon, Syeikh Faisal Al Maulawi, pada umur 70 tahun.
Syeikh Al Maulawi merupakan daie dan ulama Islam yang cukup dikenali di Dunia Islam. Sebelumnya beliau adalah Ketua Jamiyyah At Tarbiyah Al Islamiyah. Beliau yang lahir pada tahun 1941 dirujuk sebagai qadhi syar’i (hakim Islam) di Lebanon pada tahun 1968, hingga menjadi penasihat Mahkamah Tinggi Syariat di negera tersebut pada tahun 1988.
Beliau juga pernah menjabat sebagai Wakil Ketua Al Majlis Al Urubi li Al Ifta wa Al Buhuts (Majlis Eropah untuk Fatwa dan Penyelidikan).
Syeikh Faisal Al Maulawi adalah pengganti Syeikh Fathi Yakan sebagai Rektor Al Jama’ah Al Islamiyah Lebanon, yang telah wafat pada tahun 2009 lalu.
Al Maulawi termasuk tokoh yang memiliki perhatian besar terhadap masalah umat Islam dan Palestin. Beliau juga dikenal sebagai ulama mendukung perjuangan Palestin.
Semoga amalan dan jerih payah beliau diterima Allah Subhanahu Wata’aala.
09 May 2011
Program Dakwah
Program Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk pada 15/5/2011 (Ahad) bertempat di Pejabat Ikram Petaling Jaya, Taman Sri Manja.
28 April 2011
Program Kesejahteraan Rumah tangga 2011- Menjejak Kasih Menyulam Sayang
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat semoga sihat iman dan amal. Dimaklumkan bhw wanita IKRAM PJ dgn kerjasama Pej ADUN Tmn Medan akan mengadakan PROGRAM KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA DI TAMAN MEDAN Bantuan ikhwah diperlukan untuk tugasan keselamatan, kebersihan, harap dapat rujuk naqib masing2 untuk tugasan OBJEKTIF 2.1 Memberi kesedaran tentang fenomena keganasan rumahtangga serta puncanya 2.2 Menyingkap rahsia rumahtangga bahagia di bawah payung sakinah, mawaddah dan rahmah 2.3 Memberi panduan yang sewajarnya dalam menangani gejala keganasan rumahtangga 2.4 Mengumpul data keganasan rumahtangga di kalangan peserta 2.5 Menceriakan kanak-kanak setempat yang hadir dengan program selari buat mereka NAMA PROGRAM Program Kesejahteraan Rumah tangga 2011
TEMA. “Menjejak Kasih Menyulam Sayang”
ANJURAN Wanita IKRAM Petaling Jaya dengan kerjasama Pejabat ADUN Taman Medan
TEMPAT Dewan MBPJ Sri Manja PJS 3/44 Petaling Jaya TARIKH Ahad 15 Mei 2011/ 12 Jamadil Akhir 1432H
SUMBANGAN - Sumbangan Pejabat ADUN Taman Medan, IKRAM Petaling Jaya - Sebarang sumbangan dari mana-mana pihak sama ada pertubuhan, persatuan, syarikat atau individu-individu adalah amat dialu-alukan.
PENYERTAAN 150 orang pasangan suami isteri Penduduk Setempat (Taman Medan)
10. PROGRAM
Lampiran A Tentatif program: 15 Mei 2011 (Ahad)/ 12 Jamadilakhir 1432H Acara utama
Acara selari kanak-kanak
Sumbangan tenaga , kewangan dan kerjasama daripada ikhwah dan akhawat amat diharapkan. Jzkk Ust Hanida KW IKRAM PJ |
27 March 2011
Mesyuarat Agung Daerah Pertama IKRAM PJ
Assalamu 'alaikum wm wbkth,
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Daerah(MAD) kali Pertama bagi PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) DAERAH PETALING JAYA akan diadakan seperti berikut :-
TARIKH : 27 MAC 2011 bersamaan 22 Rabiul Akhir 1432H(AHAD)
MASA : 2.30 PTG
TEMPAT : PEJABAT IKRAM PJ
NO 10-2 JALAN PJS 3/59
SRI MANJA SQUARE II
TAMAN SRI MANJA
46000 PETALING JAYA
AGENDA:
a. Pengerusi Tetap Mengambil Tempat
b. Ucapan Aluan Pengerusi Tetap
c. Bacaan Al-Qur'an
d. Pengiraan Korum
e. Ucapan Yang Dipertua Daerah (YDP)
f. Ucapan Perasmian Wakil IKRAM Negeri Selangor
g. Pembentangan Laporan Tahunan dan Pengesahan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
h. Pemilihan (jika ada kekosongan jawatan)
i. Melantik wakil wanita daerah ke Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri (jumlah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Wanita IKRAM)
j. Pembentangan dan Perbahasan Usul(jika ada)
k. Penggulungan
l. Ucapan Penangguhan
Sekian. Wassalam.
Yang menjalankan Amanah,
MOHD KAMAL MOHD RATHI
SETIAUSAHA IKRAM PJ Sesi 2010-2012
23 March 2011
Kejohanan Street Soccer Remaja Masjid pada 27/3/2011
03 March 2011
Rehlah Keluarga IKRAM PJ 12-13 Mac 2011
Jom-jom kita pakat pergi ke Rehlah Keluarga IKRAM PJ.
Bertempat di Pasir Salak Resort. Boleh layari laman web mereka: http://www.pasirsalakresort.com.my
Sila hubungi Mohd Noor: mohdnoor@pd.jaring.my atau telefon: 0193592566 secepat mungkin.
Tempat TERHAD!!
Agenda program:
12 Mac 2011
06.00 Solat Subuh di Masjid Manjalara
08.00 Bertolak secara "convoy"
11.00 Lawatan Ke Pusat Pemuliharaan Tuntung, Bota Kanan
14.00 "Check-in" Pasir Salak Resort/mandi kolam
16.00 Minum petang/Taklimat/Acara Ibubapa dan anak-anak
19.30 Solat Maghrib/makan malam/ persembahan
23.00 Tidur
13 Mac 2011
05.00 Qiyam/Solat Subuh/Tazkirah
07.30 Sarapan/Penyampaian Dr Hafizi Mohd Nor mengenai sejarah Tanah Melayu
11.00 Penutup/Lunch
12.00 Lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak/Industri Labu Sayong/Bersurai25 February 2011
Laporan Program Maulidur Rasul di Masjid Mujahideen, Damansara Utama PJ
Program maulidur rasul telah berjaya dilaksanakan oleh IKRAM Petaling Jaya bergandingan dengan AJK Masjid Mujahideen, Damansara Utama dan ahli kariahnya. Ceramah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Nor dari Aqsa Syarif bermula dari selepas Maghrib sehingga 10pm. Dianggarkan seramai 200 orang menghadiri program ini. Sumbangan RM2901.65 berjaya dikutip pada malam ini.
IKRAM PJ ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Masjid Mujahideen kerana memberi peluang untuk menganjurkan program ini. Tidak dilupakan juga Hidayah Centre kerana bersama-sama turut sama mengadakan pameran dan jualan sempena program ini.
Gambar-gambar seterusnya boleh didapati di: http://www.facebook.com/album.php?aid=44180&id=111983842185642&saved
13 February 2011
Pergolakan di Mesir dan Timur Tengah, Di mana Kesudahannya?
Tarikh: 16 Februari 2011 (Rabu)
Waktu: 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat: K Club, Taman Melawati (http://www.kclub.com.my/images/Map.jpg)
(1) Prof Madya Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mohd Dahan (Cairo University)
(2) Prof Dr Nazari Ismail (Universiti Malaya)
(3) Ustaz Wan Subky Wan Soleh (IKRAM)
(4) Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Universiti Putra Malaysia) - Moderator
Wacana ini adalah terbuka kepada semua!.
08 February 2011
Ceramah Dr. Hafidzi Mohd Noor sempena Maulidur Rasul di Masjid Mujahideen, Damansara Utama, Petaling Jaya
31 January 2011
Kepimpinan Islam Akan Kembali
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Sunnatullah atau Hukum Allah yang berlaku dalam kehidupan di dunia mengambil bentuk yang berbagai.
Di antaranya adalah seperti :
1. Benda yang dilempar ke atas mestilah jatuh ke bawah.
2. Manusia yang lapar dan haus bererti perlu makan dan minum untuk menghilangkannya.
3. Seseorang yang ditetak tangannya niscaya akan terluka dan berdarah.
4. Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan: ada siang ada malam, ada panas ada dingin, ada sehat ada sakit, ada senang ada susah, ada lapang ada sempit, ada kaya ada miskin, ada menang ada kalah.
Selain contoh-contoh di atas masih banyak lagi bentuk sunnatullah yang berlaku di atas muka bumi ini.
Selanjutnya sila ikuti:
29 January 2011
BICARA YDP IKRAM Selangor (sempena peristiwa besar yang berlaku di Mesir)
Segala puji bagi Allah SWT Rabbul Jalil. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w penutup segala kenabian.
Hari ini seluruh kota Mesir (Egypt) sedang meledakkan kemarahannnya. Kemarahan masyarakat yang meluap-luap yang tidak mampu lagi ditahan dan dibendung akibat kezaliman Regim Gamel Abd Nasir yang sejak sekian lamanya menindas rakyat dengan sistem kuku besinya, rasuah dan pemerintahan polis yang kejam dan memenjarakan seluruh para penentangnya.
Hari ini kuasa dan taringnya sudah hilang dan lesu. Kukunya sudah hilang dan lembik tidak mampu lagi menahan kemarahan bangsanya sendiri. Ini adalah satu pengajaran buat para Diktator manapun di dunia ini. Memerintah dengan adil dan kasih sayang atau menerima ancaman kemarahan rakyatnya sendiri.
Imam Hassan Al-Banna pernah dalam tulisannya mengatakan kepada pemerintah Mesir waktu itu agar melakukan perubahan. JIka mereka gagal melakukannya rakyat akan bangkit bukan disebabkan oleh Ikhwanul Muslimun (IM) bahkan oleh kezaliman dan kebodohan regim mereka itu sendiri yang gagal menerima seruan dan nasihat. Hari ini Ikhwan Muslimun Mesir menyeru rakyat untuk bertahan dan bersatu menentang regim ini dengan sabar dan aman. Mereka adalah harapan baru bagi ummah dan kini hampir puluhan pemimpin tertinggi IM ditangkap. Kita semua berdoa agar mereka segera dibebaskan dari tahanan. IM telah lama bersabar dengan dakwah dan seruan mereka yang bijaksana. Mendidik masyarakat dengan Islam dan mengajak masyarakat kembali kepada cara hidup Islam sejak ianya diasaskan.
IM pernah menerima gegaran penangkapan dan pengharamannya serta penyiksaan ribuan anggotanya disiksa dan dibunuh dengan kejam oleh Regim Jamal Abd Nasir. Namun IM tetap tabah dan thabat mengharung tempoh penyiksaan, pembunuhan dan pemenjaraan yang sangat panjang. Regim ini telah membunuh jiwa rakyatnya dengan rasa takut kepada kekejaman serta tekanan polis-polis rahsianya yang sentiasa berada di mana-mana. Kini seminggu lepas Regim Tunisia berakhir, kemarahan rakyat Tunis menjalar ke bumi anbiya ini. Kini rakyat yang telah ditekan terlalu lama mula berani membuka segala penjara ketakutan mereka selama ini. Mereka sudah terlalu lama oleh tekanan "under siege" yang menyebabkan jiwa mereka tertekan dan tidak berani menyatakan tidak kepada Regim zalim selama ini.
Kita berharap esok Regim ini akan musnah. Esok kita berharap satu perubahan baru dalam landskap politik Mesir akan berlaku. Reformasi dalam sistem politik, ekonomi dan sosial serta pendidikan akan membuka pintu baru bagi Mesir yang baru. Ini tidak bermakna dakwah dan jihad telah selesai. IM akan terus bekerja melakukan perubahan ini. Menawarkan solusi dan kebijaksanaan baru bagi bangsa Mesir dan demi kebaikan ummah di sana.
Saya menjangkakan satu kudeta akan berlaku di Mesir jika kerajaan sedia ada gagal menerima kemarahan rakyat hari ini. Namun adalah diharapkan ianya akan bersifat sementara sebelum diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kepimpinan yang terbaik dari putera-putera Mesir yang baik dan dan beriman. Di sinilah peluang bagi dakwah IM. Jika sebelum ini IM ingin mendaftarkan parti politik tidak dibenarkan dan IM terus diharamkan, kita berharap semua ini akan berubah dalam seminggu hingga beberapa bulan reformasi di Mesir ini akan berlaku. Jika reform benar-benar berlaku, IM akan mula dihalalkan. Akan mudahlah dakwah ini menyampaikan risalahnya tanpa rasa takut lagi. Parti Politik IM akan didaftarkan, maka mudahlah para politik IM beraksi di pentas politik Mesir membawa cita rasa dan idea Islam dalam negara ini. Jika berlaku reform, akan bebaslah semua tahanan politik Mesir sejak sekian lam yang duduk di bawah tanah dan penjara yang gelap dan kotor itu. Kita doakan semua tahanan IM akan bebas. Moga Naib Mursyid IM Ir Khayrat Shatir akan bebas dari mahkamah tentera sejak sekian lamanya. Moga semua mereka akan bebas dengan izin Allah SWT
Malam ini bangunan parti pemerintah Regim Gamal Abd Nasier telah terbakar. Ini adalah hari akhir buatnya dan para penzalim. Esok adalah hari kebangkitan baru buat Mesir. Moga Allah SWT akan terus memberikan keberanian kepada putera-putera Mesir untuk menyatakan " down! down Gamel" . Saya yakin samada beliau akan lari meninggalkan buminya ke negara lain atau beliau akan ditahan dan dibicarakan di mahkamah atas segala kezalimannya sejak 30 tahun yang lalu. Selamat tinggal Gamel Abd Nasier dan selamat datang hari kebahagian buat Bangsa Mesir ' Viva Egypt!".
Ikhwah dan akhawat. Ini menuntut kita semua beramal. Beramal dengan tekun dan sabar. Allah SWT akan menentukan masa kemenangannya. Usaha dakwah dan tajmik. Usaha membina syakhisyyah Islamiyyah di kalangan umat. Memilih anasir soleh dan mendidik mereka dengan syakhsiyyah jamaiyyah seterusnya membawa mereka ke alam realiti dakwah dan pengorbanan, ke arah riaayah jamahiriyyah. Melakukan dakwah, memuliakan ummah, menyantuni masyarakat dengan dakwah dan kebaikan. Rakyat akan melihat amal kita. Amal kita akan berbicara. Berbicara dengan jujur dan ikhlas lebih kuat dari suara-suara kita. Oleh itu teruslah bekerja dengan penuh sabar dan thabat, jujur dan ikhlas mengharapkan wajah Allah SWT.
Firman Allah yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar
maha kuat lagi maha perkasa" (al-Hajj:40).
Firman Allah yang bermaksud; "Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan
Allah, dipesakakannya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (al A'raf:128).
Firman Allah yang bermaksud;
"Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat
kerosakan di (muka) bumi dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa" ( al-Qasas:83).
Segala kebenaran hanya milik Allah SWT
Kepada Pemangku YDP IKRAM SEL Hj Mazmi terima kasih dan selamat terus beramal dan berjuang.
Faqir Ilaihi
Saudara kamu
Shamsul Ma'arif Hj Ismail
YDP IKRAM Selangor
(kini di Oxford UK)