Kalendar IKRAM PJ

30 June 2013

Semarak Ramadan Kids



Semua Aulad Ikram PJ di jemput hadir ke program Semarak Ramadhan Ikram PJ KIDS di Pejabat Ikram PJ (tempat telah diubah daripada Tadika Little Al-Azhar) pada 7 Julai 2013 (Ahad) ini bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi. Semoga kehadiran anak-anak memeriahkan lagi majlis.

Foto Aktiviti: Pertandingan Badminton Inter-Usrah Ikram PJ (Ikhwah)

Foto-foto sepanjang Pertandingan Badminton Inter-Usrah Ikram PJ (Ikhwah).

Perlawanan diadakan di Dewan Serbaguna Seri Setia, Sungei Way, Petaling Jaya pada pagi Ahad 30 Jun 2013.


 

































 

Katibah Zon 1 Jun 2013 di SIMDE Subang Jaya

Katibah Ahli Aktif 04 dan Ahli Teras 05 bagi Zon 1 Negeri Selangor (melibatkan daerah Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam) bagi bulan Jun 2013 telah diadakan di surau Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.

Katibah berlangsung dari petang Sabtu 29 Jun sehingga pagi Ahad 30 Jun 2013. Subang Jaya merupakan tuan rumah bagi Zon 1 bulan ini.

Penyampaian utama diadakan pada Sabtu malam, bertajuk "Al-Qana'ah" yang disampaikan oleh Al-Akh Bilal Mohd Parid.



25 June 2013

Rayuan Ramadan Ikram 1434H




Nota: Sila download (right-click dan klik Save Image As...) dan print brosur / borang yang di bawah ini untuk menyertai kempen Rayuan Ramadan. Borang fotokopi juga boleh digunakan. 



23 June 2013

Daurah Tarbawi 03 Siri Ke-2

JKT Ikram Negeri Selangor hari ini (Ahad 23 Jun) menganjurkan Daurah Tarbawi 03 Siri Ke-2 untuk tahun ini, bertempat di Unisel kampus Shah Alam. Daurah dihadiri oleh lebih kurang 250 orang Ahli Aktif Ikram dari seluruh Negeri Selangor (termasuk lebih kurang 20 orang dari Ikram Petaling Jaya).

(Foto-foto ehsan JKT Negeri)






22 June 2013

Daurah Nuqaba' 03 04

Daurah Nuqaba' (yang membawa usrah 03 dan 04) telah diadakan di Unisel kampus Shah Alam pada Sabtu 22 Jun 2013. Ia dihadiri oleh seramai 110 nuqaba' dari seluruh Negeri Selangor termasuk daerah Petaling Jaya.

Pengisian utama daurah diberikan oleh al-Shaikh Mohamed Hamid Elawa. Daurah ini adalah anjuran JK Tarbiyah Negeri Selangor.

(Foto-foto ehsan JKT Ikram Selangor)

Ucaptama oleh YDP Ikram Negeri, Al-Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.


Penyampai utama al-Shaikh Hamed (di podium)

Di antara peserta ikhwah yang hadir.

Peserta akhawat.


Pandangan dari belakang dewan.


Al-Shaikh Hamed bersama peserta.


Ketika bengkel yang bertajuk 'Peranan Murabbi Dalam Membentuk Sifat Rabbani'.