Kalendar IKRAM PJ

23 March 2014

Qiyam Umum Bersama Masyarakat Mac 2014

Pada hari Jumaat 21 Mac 2014 Ikram Petaling Jaya mengadakan program Qiyam Bersama Masyarakat di Masjid As-Salam Taman Medan Petaling Jaya. Program berlangsung sehingga pagi Sabtu 22 Mac 2014.

Program ini diisi dengan sesi ta'arruf, tilawah al-Qur'an, salat tahajjud dan witr. Selesai salat subuh, YDP Ikram PJ Al-Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin menyampaikan tazkirah kepada hadirin. Program diakhiri dengan aktiviti gotong-royong membersihkan masjid dan sarapan bersama.






Foto-foto ehsan: Dr Eshamsul Sulaiman, Noorulameen Syed Meera.

Notis Mesyuarat Agung Daerah (MAD) Ikram Petaling Jaya Kali Ke 4 Tahun 2014


PERKARA: NOTIS MESYUARAT AGUNG DAERAH (MAD) IKRAM PETALING JAYA KALI KE 4 TAHUN 2014

IKRAM NEGERI: SELANGOR
IKRAM DAERAH: PETALING JAYA

Ruj. Kami: 02/2014
Tarikh: 22-Mar-2014 (20 Jamadilawal 1435H)

SEMUA AHLI IKRAM PETALING JAYA

Saudara / Saudari,

NOTIS MESYUARAT AGUNG DAERAH (MAD) IKRAM PETALING JAYA KALI KE 4 TAHUN 2014

Sukacitanya dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput menghadiri Mesyuarat Agong Daerah (MAD) IKRAM Daerah Petaling Jaya bagi kali ke 4. Maklumat mesyuarat adalah seperti berikut :-

Tarikh: 6 April 2014 (Ahad) bersamaan 6 Jamadilakhir 1435H
Masa: 10 pagi
Tempat: Pejabat IKRAM Daerah Petaling Jaya, 10-2 Jalan PJS 3/59, Sri Manja Square 2, Taman Sri Manja 46000 Petaling Jaya, Selangor

AGENDA
1. Pengerusi Tetap mengambil tempat
2. Ucapan Aluan Pengerusi Tetap
3. Bacaan Al-Qur'an
4. Pengiraan Korum
5. Ucapan Yang Dipertua Daerah
6. Ucapan Perasmian Wakil IKRAM Negeri Selangor
7. Pembentangan Laporan Tahunan (1 April 2013 - 31 Mac 2014)
8. Pembentangan & Pengesahan Penyata Kewangan Tahun 2013 (1 Januari - 31 Disember 2013)
9. Pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap untuk sesi 2014-2016
10. Pemilihan Yang Dipertua Daerah untuk sesi 2014-2016
11. Pemilihan Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari Daerah untuk sesi 2014-2016
12. Pemilihan tidak melebihi 5 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Daerah untuk sesi 2014-2016
13. Pemilihan 2 orang pemeriksa kira-kira untuk sesi 2014-2016
14. Pemilihan 3 orang wakil IKRAM Petaling Jaya ke Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) sesi 2014-2016
15. Pencalonan 5 orang untuk jawatan utama- tidak melebihi 7, AJK Negeri Selangor untuk sesi 2014-2016
16. Pencalonan tidak melebihi 7 orang AJK Negeri
17. Pencalonan wakil Negeri- maksima 23 orang, ke Dewan Perwakilan Nasional (DPN)
18. Pembentangan dan Perbahasan Usul (sekiranya ada)
19. Penggulungan
20. Hal-hal lain
21. Penutup

Peringatan kepada ahli tahunan IKRAM yang belum memperbaharui yuran tahunan, boleh membayar RM10 sebelum atau pada 5 April 2014 (semasa Mesyuarat Agung Wanita Daerah) atau 6 April 2014 (semasa Mesyuarat Agung Daerah). Ahli-ahli tahunan digalakkan menukar keahlian ke ahli seumur hidup dengan membayar RM50 pada 5 atau 6 April 2014. Hanya ahli-ahli yang telah membayar yuran dibenarkan untuk memilih di dalam MAD.

Semoga Allah merahmati usaha kita semua. Sekian terima kasih.

والـسـلام عـلـيـكـم ورحـمـة الـلّـه وبـركـاتـه

Yang benar,

Mohd Hasyahril Mohd Hashim
Setiausaha IKRAM Petaling Jaya

22 March 2014

Notis Mesyuarat Agung Wanita Daerah Tahun 2014


Pejabat Pertubuhan IKRAM Daerah Petaling Jaya
No 10-2 Jalan PJS 3/59, Sri Manja Square II, Petaling Jaya

Rujukan Kami : (01) WIPJ
19 Jamadilawal 1435 / 21 Mac 2014

SEMUA AHLI WANITA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA DAERAH PETALING JAYA

Datin / Puan / Cik / Sdri,
السلام عليكم ورحمة الله

NOTIS MESYUARAT AGUNG WANITA DAERAH TAHUN 2014
Dengan segala hormatnya  perkara di atas adalah dirujuk.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Wanita Pertubuhan IKRAM Daerah (MAWD) Petaling Jaya akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh: 5 Jamadilakhir 1435 / 5 April 2014 (Sabtu)
Masa: 2.15 petang - 5.00 petang
Lokasi: Pejabat IKRAM Daerah Petaling Jaya

2. Oleh kerana tahun ini adalah tahun pemilihan Jawatankuasa Wanita Daerah IKRAM Daerah Petaling Jaya bagi Sesi 2014-2016, maka dijemput semua Ahli Wanita IKRAM Daerah Petaling Jaya yang layak untuk terlibat secara langsung melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli IKRAM Daerah. 

Segala kerjasama dan perhatian Datin/Puan/Cik didahului dengan ucapan جزاك الله خيرا كثيرا. Semoga Allah S.W.T. mengganjarinya dengan kebaikan.

Sekian. Terimakasih. والسلام

“UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN”

(SITI KHADIJAH BT ABDUL WAHID )
Setiausaha Wanita,
Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Petaling Jaya
Sesi 2011/2014
HP : 016-340 9500


AGENDA
MESYUARAT AGUNGA WANITA DAERAH (MAWD)
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA DAERAH PETALING JAYA

a.​ Pengerusi Tetap mengambil tempat
b.​ Ucapan Aluan Pengerusi​​​
c.​ Bacaan Al-Qur'an
d.​ Pengiraan Korum​​​
e.​ Ucapan Ketua Wanita Daerah 2012-2014
f. Ucapan Perasmian Wakil JK Wanita Negeri IKRAM Selangor
g. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan 2014
h. Pembentangan Dan Pengesahan Penyata Kewangan 
i.  Peletakan Jawatan Ahli Jawatankuasa Wanita Sesi 2011-2014
j.  Pemilihan Jawatankuasa Wanita Daerah Sesi 2014-2016
k. Pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
l.  Pemilihan Wakil Wanita Daerah ke Majlis Perwakilan Wanita Negeri.
m. Pencalonan Barisan AJK Wanita Negeri 2014-2016
n. Pembentangan dan Perbahasan Usul
o. Ucapan Penangguhan Ketua Wanita Daerah Petaling Jaya Sesi 2014-2016
p. Penutup & Doa

16 March 2014

Lailah Imaniyyah Akhawat Ikram PJ

Gambar-gambar di sekitar program Lailah Imaniyyah Akhawat Ikram PJ, pada 15 Mac 2014 (Sabtu). Cikgu Kalsom Arifin menyampaikan pengisian tazkiyah bertajuk 'Taqwa'.





Foto-foto dengan ehsan: Al-Ustazah Siti Khadijah Abdul Wahid, Dr Normah Abdullah.

Majlis Ilmu Ikram PJ Siri 1/2014

Majlis Ilmu Ikram PJ Siri 1/2014

Tajuk: Hakikat Sebenar Dan Tujuan Hidup Seorang Muslim
Penyampai: Al-Ustaz M Osman Khusnan

Tarikh: 15 Mac 2014 (Sabtu)
Masa: 9 pagi - 12 tengah hari
Tempat: Pejabat Ikram Petaling Jaya









Foto-foto adalah ehsan: Dr Suraya Sharil, Al-Ustazah Siti Khadijah Abdul Wahid.

05 March 2014

Pemergian Seorang Mujahid

Ikram PJ mengucapkan takziah ke atas pemergian Sdr Azman bin Muda (lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Aman') pagi semalam, Selasa 4 Mac 2014. Pak Aman adalah Timbalan Pengerusi Tetap Ikram PJ bagi sesi 2012-14.

Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan pengampunan Allah Yang Maha Penyayang.

Admin

---

As salam,

Salam takziah buat keluarga Al-Marhum Hj Azman Muda di atas pemergiannya ke rahmatullah pada pagi subuh yang hening semalam, Selasa 4 March 2014 bersamaan 2 Jamadil Awal 1435H.

Tiada ucapan yang terbaik ketika mendengar kematian dan musibah melainkan seperti yang diajar daripada Al-Qur'an:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dan do'a

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Arwah Hj Azman, Ahli Teras IKRAM Petaling Jaya merupakan seorang sahabat yang telah bersama dakwah dan Islah hingga ke akhir hayatnya. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Tetap IKRAM Petaling Jaya. Timbalan ana.

Kehilangannya akan dirasai khususnya bagi teman-teman usrah ketika kehadiran beliau sentiasa menceriakan suasana.

Kehilangannya juga akan dirasai ahli kariah Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara kerana kekerapan beliau berada di masjid dan kemesraan beliau dengan ahli kariah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memasukkannya ke dalam golongan ahli syurga.

Semoga keluarga, Pn Hjh Wan Patimah (Kak Nor) dan anak-anak (3 orang) serta keluarga tabah dan redha dengan pemergian mengejut Al-Akh Pak Aman. InsyaAllah berakhir dengan husnul khatimah.

Semoga kita yang masih hidup terus menimba amal dan bekalan sebelum ajal juga menemui kita tanpa diduga.

Syed Ibrahim Alhabshi
Naib Presiden IKRAM
Pengerusi Tetap IKRAM PJ

02 March 2014

Daurah Ikram PJ - Fiqh Al-Taharah

Alhamdulillah Daurah Ikram PJ bertajuk Fiqh al-Taharah telah selamat diadakan pada Khamis 27 Februari 2014. Daurah disampaikan oleh Al-Ustaz Mohamad Osman Khusnan di Pejabat Ikram Petaling Jaya.

Daurah ini adalah salah satu program tarbiyah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tarbiyah Ikram PJ, di samping program-program tarbiyah lain seperti usrah, jaulah, katibah/qiyam dan nadwah.

Ustaz telah menyentuh beberapa aspek-aspek penting mengenai bersuci dalam Islam termasuk jenis-jenis air, jenis-jenis najis dan cara menyucikannya, perihal wudu' dan perkara-perkara yang membatalkannya, menurut hukum-hukum yang disandarkan kepada Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Ustaz juga telah menjawab beberapa persoalan berhubung tajuk yang diajukan oleh para hadirin.

Daurah tamat pada jam 11.30 malam. Adalah diharapkan agar para hadirin sedikit-sebanyak telah mendapat manfaat daripada daurah ini.





Foto-foto ehsan: Dr Normah Abdullah, Md Noor Said