Kalendar IKRAM PJ

29 January 2014

Nadwah Ahli Aktif dan Ahli Teras


Nadwah Ahli Aktif dan Ahli Teras

Tarikh: 28 Januari 2014 (Selasa)
Tempat: Pejabat Ikram Petaling Jaya
Masa: 9.30 - 11.30 malam
Tajuk: "Apa ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam"

Moderator: Hasyahril
Panelis: Akram, Nazaruddin, Azim
Muwarith: Al-Ustaz Roslan Mohamad

25 January 2014

Qiyam Usrah Belia

Qiyam Usrah Belia yang menggabungkan dua kumpulan usrah telah selamat dijalankan pada Jumaat malam Sabtu, 24 Januari 2014. Ia dihadiri oleh 17 orang belia, bertempat di Pejabat Ikram Petaling Jaya. Program ini berobjektifkan memberi kesedaran dan memupuk amalan qiyam al-lail di kalangan peserta.

Qiyam dimulakan dengan perkongsian kisah sahabat Salman Al-Farisi oleh Sdr Noorulameen.


Ustaz Arif pula menyampaikan tazkirah bertajuk Keutamaan Qiyam al-Lail, sebelum diadakan qiyam jama'i yang diimamkan oleh Sdr Ikram Mohd Noor. 

Setelah salat Subuh, para peserta membacakan zikir Al-Ma'thurat, diikuti dengan perkongsian kelebihan Al-Ma'thurat oleh Ustaz Arif. 



Perbincangan juga diadakan berkaitan berita semasa umat Islam, diketuai oleh Sdr Ahmad Rizal. Program diakhiri dengan sarapan bersama di Taman Seri Sentosa.

22 January 2014

Seminar Wanita Dan Syariah - Memupuk Sakinah, Menyubur Mawaddah dan Rahmah



Seminar Wanita Dan Syariah

 “Memupuk Sakinah, Menyubur Mawaddah dan Rahmah”

Tarikh: 1 Februari 2014 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Lokasi: Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)

Anjuran bersama: JK Wanita IKRAM Petaling Jaya, JK Wanita MTAA Petaling Jaya dan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaysia (PMAPIUM)

Yuran
Dewasa (individu): RM 30
Pelajar: Percuma
Dewasa (pasangan): RM 50
Pendaftaran awal : RM 25 (sehingga 20 Januari 2014 sahaja)