Kalendar IKRAM PJ

24 August 2010

Majlis Iftar Pemuda IKRAM PJ 22/08/2010

Majlis Iftar Pemuda IKRAM yang julung-julung kali telah diadakan di Masjid Kolej Malaya Petaling Jaya, atau lebih dikenali sebagai "Masjid UIA PJ".

Program bermula pada pukul 6pm dan berakhir dengan terawih. Dianggarkan seramai 90 orang hadir ke majlis ini.

OBJEKTIF
Program ini bertujuan agar :-
  • Merealisasikan amalan-amalan yang dituntut dalam kehidupan Islam
  • Meningkat ukhuwah melalui taaruf
  • Merapatkan hubungan dan menggerakkan kerjasama antara pelajar-pelajar IPT di sekitar Petaling Jaya
  • Memantap himmah & amal dakwi
AGENDA
  • Pembukaan oleh Pengerusi JK Pemuda IKRAM PJ – Sdr. Muhammad Akram
  • Bacaan ayat-ayat al-Quran oleh Sdr. Anas Fauzi
  • Ucapan pengenalan IKRAM PJ oleh YDP, Ust Ahmad Fauzi Asmuin
  • Tazkirah oleh Pengerusi JK Tarbiyyah IKRAM PJ – Sdr. Nazaruddin Ibrahim
  • Iftar 
  • Bergambar & Kutipan Tabung Palestine (disalurkan kepada Aqsa Syarif Bhd)
Kutipan sebanyak RM325 berjaya dikumpulkan untuk Palestin. Sumbangan akan disalurkan ke Aqsa Syarif.

Semoga Allah merahmati kita di bulan Ramadan yang mulia ini.

Untuk melihat gambar selebihnya, layarai FACEBOOK IKRAMPJ.

Akram
-Pemuda IKRAM PJ-

Rehlah Pemuda (Ikhwah) IKRAM Petaling Jaya 08/08/2010

Alhamdulillah Rehlah Pemuda IKRAM Petaling Jaya telah berjaya diadakan di Sungai Pisang, Gombak pada 8 Ogos 2010. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar lelaki IPT di bawah program IKRAM Daerah dalam suasana yang santai, sambil diberikan pengisian agar kekal di atas jalan tarbiah serta persiapan menyambut Ramadan yang bakal tiba.

Program rehlah ini telah disertai oleh lebih 30 orang pelajar IPT di seluruh PJ, termasuk dari Universiti Malaya, Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia dan Unitar.

Program bermula pada 7 Ogos malam dengan penyertaan peserta ke Ceramah Ramadan yang diberikan oleh Ustaz Imran di Surau Al-Ansar, Keramat, bersama pemuda-pemuda dari kawasan KL dan Gombak. Para peserta turut menyertai tadarus dan qiyam yang disanakan di sana, sebelum bertolak ke tapak perkelahan setelah sarapan pagi.

Rombongan kami yang disertai oleh enam buah kereta dan beberapa buah motosikal tiba di tapak pada lebih kurang jam 10 pagi. Dengan sedikit aktiviti trekking (dan ada kumpulan yang 'terlebih' trekking) kami tiba ke tempat sesuai untuk beraktiviti.

Selain daripada aktiviti barbeku dan sedikit jamuan, ta'arruf ringkas dibuat bagi memperkenalkan sesama ahli-ahli serta penggerak Program Pemuda IKRAM di daerah. Setelah itu Al-Akh Akram selaku Pengerusi JK Pemuda IKRAM Daerah memberikan sedikit tazkirah yang menyebut tentang kepentingan merenungi alam semulajadi bagi mencari kebesaran Tuhan, serta mengajak para peserta bersedia untuk menyambut Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.

AJK Pemuda IKRAM Daerah, Al-Akh Hazli turut memberikan sedikit perkongsian, dengan menekankan bahawa rehlah hanya merupakan satu daripada banyak wasilah-wasilah tarbiyyah di bawah manhaj tarbiyyah IKRAM, dan memberi peringatan agar para peserta tetap di atas program tarbiyyah yang dilaksanakan oleh IKRAM Daerah.

Setelah bermandi-manda (buat kesekelian kalinya) para peserta bertolak pulang pada jam 1 tengahari, meninggalkan Sungai Pisang dengan secebis memori. Semoga rihlah yang ringkas ini dapat memberi bekalan untuk menetapkan hati-hati kami di atas jalan ini. FACEBOOK

Akram
-Pemuda IKRAM PJ-

20 August 2010

Pelancaran IKRAMMAL Sdn Bhd 17/08/2010

Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung majlis pelancaran IKRAMMAL Sdn Bhd oleh Presiden IKRAM di dewan mesyuarat Ibu Pejabat IKRAM.

Pada masa yang sama, majlis iftar telah diadakan bersama-sama JKP, JK Pembangunan Ekonomi (JK PE), JK Pengurusan Kewangan (JK PKew) dan beberapa orang usahawan.


IKRAMMAL Sdn Bhd akan menjadi salah satu institusi penting bagi IKRAM untuk menjana dana.

Ini merupakan salah satu inisiatif penting JK Pembangunan Ekonomi (JK PE) IKRAM Pusat.

Majlis penyerahan sijil saham MIG Sdn kepada IKRAM juga telah diadakan.

Mari kita sama-sama doakan mudah-mudahan usaha ini mendapat bantuan dan pertolongan Allah swt dan sokongan semua ahli-ahli IKRAM.

Antara hadirin yang hadir

Ucapan Presiden IKRAM

Penyampaian Sijil  Saham (share certificate) MIG Sdn Bhd kepada Presiden












-Pejabat Presiden IKRAM-

Jamuan Iftar (Buka Puasa) IKRAM PJ 31 Ogos 2010

Semua Ahli IKRAM PJ dan keluarga di jemput HADIR!.

Tarikh 
Selasa 31 Ogos 2010 (Merdeka!)

Tempat 
Pejabat IKRAM PJ. Klik sini untuk cara ke pejabat IKRAM PJ. Alternatif: naik RapidKL U68 dari Pasaramakota (Bas Stand Klang di KL) ke Bintang Taman Sri Manja.

Masa 
6pm - Isya.

Hidangan 
Kuih-muih, ringan-ringan- Pot Luck. Juadah Utama- disediakan.

Datang jangan tak datang!

Gotong Royong Pejabat Baru IKRAM PJ

 Pejabat IKRAM PJ di atas kedai sukan Sports Bundle

Keadaan dalam sebelum dibersihkan.. lantai kayu..macam kat rumah kampung IKEA :-)

 Inilah sukarelawan kita yang membersihkan Pejabat IKRAM sampai licin bersih.. (he..he..)

Inilah para pakcik dan atuk sedang berehat sementara sukarelawan di atas sedang bekerja.. sebenarnya inilah para sukarelawan yang penat membersihkan.. dah lah tak de air nak basah tekak (puasa)

Lihat gambar-gambar selebihnya di  (Facebook)

Alhamdulillah, tanggal Ahad 15 Ogos 2010, 9am operasi membersihkan Pejabat baru IKRAM Petaling Jaya bermula setelah 2 minggu diubahsuai. Beralamat di 10-2 Jalan PJS 3/59 Sri Manja Square 2 Taman Sri Manja 46000 Petaling Jaya, Selangor, tingkat 1 (tak perlu menaiki tangga tinggi)..

Selepas ini insya-Allah program akan berpusat di sini. Akan datang akan ada pekerja sepenuh masa bekerja di pejabat ini.. Marilah manfaatkan Pejabat IKRAM PJ...khas untuk ahli IKRAM..

Untuk tempahan/ pertanyaan:
1. Ustaz Ahmad Fauzi bin Asmuin- Yang Dipertua IKRAM PJ
Tel: 0192145634

2. Mohd Kamal bin Mohd Rathi- Setiausaha Agung IKRAM PJ
Tel: 0122917217

10 August 2010

7 Wajibat (Perkara-perkara wajib) Ahli Aktif dan Teras IKRAM PJ semasa Ramadhan 1431H (2010)

  1. Quran – 1 juzuk sehari @ 30 juzuk sebulan
  2. Derma Palestin : RM 1 seorang dewasa. Anak-anak bersekolah:  20 sen sehari
  3. Tadarus : Keluarga/ kariah setiap hari
  4. Qiam Fardi : 2 x seminggu
  5. Iftar bersama ibu bapa
  6. Iftar liqa’
  7. Iftra liqa’ bersama keluarga 

"Selamat beribadah di bulan Ramadan yang mulia 2010"
-Info dari JK Tarbiah IKRAM PJ-

Perutusan Ramadhan Presiden IKRAM

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya , melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah ………..Amin!

Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia, anggota keluarga mereka , seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t , memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan Ummah yang kita sayangi.

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang dipenuhi keberkatan, semulia-mulia bulan. Di dalamnya diperturunkan al-Quran, dimenangkan Ummah menerusi peperangan Badr al-kubra, al-Yarmuk, al-Qadisiah, al-Hattin dan lain-lain lagi. Ia mengandungi sebaik-baik malam, yaitu malam lailatul qadar, yang lebih baik dari seribu bulan.

Ia bulan yang membuka ruang kepada semua Umat Islam untuk mempergandakan amal-amal soleh, ketaatan kepada Allah, yang akan mempergandakan pahala balasan amalan-amalan yang wajib sebanyak tujuh puluh kali ganda dan amal-amal sunat kepada pahala balasan amal-amal yang fardhu dan wajib. Satu gandaan yang amat luar biasa yang dibawa atau yang terkandung bersama-sama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Sepanjang bulan Ramadhan masyarakat Islam dituntut melaksanakan ibadah puasa, membayar zakat fitrah, mereka keluar beramai-ramai melaksanakan sembahayang fardhu dan sunat tarawikh secara berjamaah di masjid-masjid dan surau-surau, memakmurkan rumah-rumah Allah s.w.t dan bulan Ramadhan dengan kegiatan-kegiatan membaca al-Quraan, i’tikaf sepanjang sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, menghidupkan malam-malamnya dengan sembahyang-sembahyang sunat tahajud, witir dan seumpamanya, mengingati Allah s.w.t dengan memperbanyakkan tasbih ,tahmid, istighfar, taubah, berdoa dengan doa-doa yang ma’athur , munajat, merenung kandungan kitabnya dan keajaiban alam semesta, mendalami sirah RasulNya dan memahami perutusan-perutusan dari sunnah-sunnah baginda, sejarah umat manusia, para-para Nabi dan Rasul dan pengikut-pengikut mereka, nasib kaum-kaum yang ingkar kepada perintah Allah, alam akhirat, kematian dan untung nasib manusia sesudahnya.

Menerusi ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan kita dituntut mengekang hawa nafsu minum dan makan serta mencampuri Isteri di waktu siang, mengasuh diri bersabar, menahan marah, menjaga lidah dan kehormatan peribadi sebagai orang Islam yang mulia, bersopan santun, sentiasa menghulurkan khidmat dan bantuan kepada golongan yang memerlukannya, berderma dan bersedekah, merasai sendiri kesedihan dan kepayahan, kelaparan dan kekurangan yang ditanggung selama ini oleh golongan fakir miskin, anak-anak yatim, golongan cacat dan tidak berupaya untuk menyara atau mengurus diri sendiri atau keluarga mereka.

Bulan Ramadhan merupakan bulan pembersihan jiwa daripada pelbagai penyakit-penyakit batin dan pembersihan diri daripada perilaku-perilaku yang buruk. Bulan yang sepatutnya kepada pejuang-pejuang Islam menyuburkan keinsafan dalam diri, kesabaran menghadapi cabaran-cabaran, keazaman mendokong Islam, ketaatan kepada Allah, kerinduan kepada al-Rasul s.a.w dan sahabat-sahabat baginda yang telah berkorban untuk Islam dengan setinggi-tinggi pengorbanan.

Dalam suasana bulan Ramadhan, mereka meredah sahara, gurun yang luas, jurang yang dalam, bukit bukau yang tinggi, di bawah panahan cahaya panas terik matahari mereka memikul panji-panji tauhid untuk dikibarkan di seluruh pelusuk semenanjung Arabia, menyempurnakan satu misi alami, insani yang amat mulia yang kemudiannya disempurnakan oleh para sahabat baginda.

Gunakanlah kesempatan yang masih lagi Allah berikan kepada kita semua menerusi bulan Ramadhan yang akan tiba beberapa hari lagi ini untuk memperbanyakkan amal-amal soleh, mentaati Allah s.w.t, menabur bakti kepada orang-orang yang memerlukan, terutama kepada lingkungan yang hampir dengan kita, anggota keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, kenalan dan rakan-rakan.

Jadikanlah bulan Ramadhan ini, bulan kita memperteguhkan hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan silatul al-rahmi dengan anggota keluarga yang dekat dan jauh, sanak saudara, jiran tetangga, rakan-rakan dan saudara –saudara seperjuangan, sesama ahli-ahli pertubuhan IKRAM dan masyarakat Islam.

Bulan Ramadhan, sewaktu dimanfaatkan sepenuhnya mampu mengasuh diri dan peribadi kita semua, mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi dan sempurna, menjadikan semua kita golongan yang hampir, dekat kepada Allah s.w.t dan manusia, diri dan peribadi yang mengasihi Allah dan dikasihinya, disayangi manusia dan menyayanginya.

Semoga bulan Ramadhan pada tahun hijrah 1431 ini akan mengangkat kita semua ke darjat golongan-golongan ummah yang bertakwa, memiliki bekalan perjalanan kehidupan yang terbaik dalam pengembaraan masing-masing merentasi kehidupan sementara di dunia yang fana’ ini. Dengan itu kita akan mencapai matlamat daripada ibadah berpuasa, memperolehi bekalan taqwa yang merupakan sebaik-baik bekalan di sisi Allah s.w.t.

Allah s.w.t telah berfirman didalam al-Quran:
ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu ( ibadah ) puasa sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu mejadi orang-orang yang bertaqwa" {surah al-Baqarah, ayat 183}

Firmannya lagi:
وتزودوا فان خير الزاد التقوى
Maksudnya: "Sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah sifat al-taqwa" {Surah al-baqarah, ayat 197}

Ahli-ahli pertubuhan IKRAM diharapkan akan memperolehi bekalan al-taqwa tersebut menerusi penghayatan bulan ramadhan sebaik-baiknya, memperbanyakkan amal-amal soleh. Mudah-mudahan ia akan mengangkat mereka maju dan mara melonjakkan wahana IKRAM dan perjuangan Islam menerusinya ke tahap yang lebih tinggi, meninggalkan kesan baik dan membina yang lebih besar dan luas kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.

Akhirnya sebagai penutup, bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati perutusan Nabi kita Muhammad s.a.w menerusi hadis baginda.

Rasulullah telah berucap di hari-hari terakhir bulan Syaaban kepada sahabat-sahabat baginda:
" أيها الناس : قد أظلكم شهر عظيم مبارك , شهر فيه ليلة خير من ألف شهر, شهر جعل الله صيامه فريضة وقيام ليله تطوعا , من تقرب فيه بخصلة كان كمن أدى فريضة فيما سواه , ومن أدى فريضة فيه كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه , وهو شهر الصبر , والصبر ثوابه الجنة , وشهر المواساة وشهر يزاد فى رزق المؤمن فيه , من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار , وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء . قالوا : يا رسول الله , ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يعطى الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة أو شربة ماء أو مذقة لبن . وهو شهر أوله رحمة , وأوسطه مغفرة, وآخره عتق من النار, من خفف فيه عن مملوكه غفر الله له وأعتقه من النار, فاستكثروا فيه من أربع خصال: خصلتين ترضون بهما ربكم, وخصلتين لا غناء بكم عنهما, فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم : فشهادة أن لا اله الا الله , وتستغفرونه, وأما الخصلتان اللتان لا غناء بكم عنهما : فتسألون الله الجنة وتعوذون به من النار, ومن سقا صائما سقاه الله من حوضى شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة "
Maksudnya: “Wahai manusia ! Kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah. Sesiapa yang menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan. Ia bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman bertambah. Sesiapa yang menyediakan makanan kepada seseorang yang berbuka puasa , tindakan itu akan mengampuni dosa-dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”.


Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa”. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala saperti itu kepada seseorang yang menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu …."

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah pengampunan dan hujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan daripada hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta membebaskannya daripada api neraka.

Perbanyakkanlah sepanjang (bulan Ramhadan) 4 kegiatan: 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah s.w.t, 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya: Adapun 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah, maka ia adalah ucapan syahadah: “bahawa tiada tuhan melainkan Allah” dan kamu memohon keampunan daripadanya.

Adapun 2 kegiatan yang kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia adalah: “kamu memohon ( balasan ) syurga serta kamu meminta perlindungannya daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minuman daripada kolah airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasukki syurga” (Riwayat ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya).

Sekian sahaja dahulu, semoga Allah menerima semua amalan kita sepanjang bulan Ramadan ini dan seluruh amalan kita sepanjang kehidupan kita semua.
Selamat berpuasa.

Wassalamualaikum

Ust Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad

Presiden IKRAM
28 Shaaban 1431H
9 Ogos 2010

09 August 2010

Risalah Mursyid : Ulamak Umat dan Harapan yang didambakan

 
Risalah dari Dr. Mohammad Badie’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin (15 Julai 2010)

Segala puji-pujian hanya bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabatnya serta orang-orang yang mengikutinya sehingga hari Kiamat. 

Muslim dan Muslimah yang diRahmati  oleh Allah SWT,

Sesungguhnya ulamak mempunyai martabat yang tinggi dan kedudukan yang dihormati kerana mereka adalah golongan yang Allah SWT pilih dari kalangan hamba-Nya dan mereka mewarisi Kitab suci yang mulia penuh manfaat.

Firman Allah SWT (maksudnya):
“Kemudian Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami”. (Fatir: 32)

Firman Allah SWT lagi (maksudnya):
“Nescaya Allah akan mengangkat (derjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derjat”. (Al-Mujadalah: 11)

Tidak sama antara orang yang mengetahui (alim) dengan orang yang tidak mengetahui (jahil).

Firman Allah SWT (maksudnya):
“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang tidak mengetahui”. (Az-Zumar: 9).

Allah SWT memuji para ulamak di dalam firman-Nya (maksudnya):
“Allah menyatakan bahawa tidak ada tuhan selain Dia. Dengan demikian pula para malaikat dan orang-orang yang berilmu yang menegakkan keadilan. Tidak ada tuhan selain Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Ali-Imran: 18)

Allah SWT telah memilih mereka untuk menjalankan tugas membimbing manusia mengenali jalan-jalan kehidupan di dunia dan akhirat. Allah telah menjadikan mereka sebagai pemimpin orang-orang yang bertakwa dan imam kepada umat Islam. Mereka adalah pengawal syariat dan agama. Mereka adalah pewaris para nabi.

Sabda Rasul saw (maksudnya):
“Sesungguhnya para ulamak adalah pewaris para nabi. Para nabi pula tidak meninggalkan wang dinar atau dirham tetapi mereka mewariskan ilmu. Oleh itu orang yang mengambilnya dia memperolehi keuntungan yang melimpah-limpah”.

Artikel seterusnya, layari: fikrah & dakwah

04 August 2010

Semarak Ramadan

Marilah sama-sama mewarnai Ramadan ini dengan ibadah.. Sila tonton montaj yang disediakan dengan menekan link ini.